hah? pergi berubat kah? minum air R.O 2 balang kah?
bagi gua, cukup lah hujung minggu lu.
lepak mamak sorang2 sambil tengok bola.
Kenapa mesti malaysia ada politik berunsurkan jubo? kenapa mesti ada berunsur main pintu belakang?
Adakah jubo dan pintu belakang adalah perkara paling importanto dalam politik malaysia?
Kenapa mesti politik yang membincangkan posisi ape yang digunakan, fizikal apa yang di gemari, mahupun obat apa yang digunakan untuk kekal power.
dan paling penting, kenapa driber teksi yang membincangkan isu yang lameass ni?
bodoh! bodoh! bodoh!
kalau bincang pasal matematik lagi bagus! lagi membuka minda. lagi mencermelangkan bangsa!
dan buat pemandu teksi semua, tolong hentikan penggunaan ayat kote dan jolok.
jangan tambahkan kebangangan anda semua, selepas harga teksi yang mahal nak mati.
babi kapitalis!
Bila hati sudah gembira, dapat pulak baru lepas pekene teh tarik. Memang pri-laku gua akan menjadi macam cerita HKLBR – scene dimana usop naik basikal sambil berangan-angan – begitu juga gua sewaktu naik motorsikal pada waktu pagi yang nak menjelang ke subuh.
Speed biar tahap sedap-sedap angin, otak dah jauh di awangan, ishhhhhh. Merepek lah kalau ada kucing mahupun anjing buat babak percintaan tengah jalan raya, jadi gua tak berapa nak hairan sangat apa yang ada dekat depan.
Dan situasi kali ini, selepas tengok kelab yang power,hensem,dan hebat, Liverpool membelas pasokan Mencester Citi, kelab yang kaya raya, penuh sifat tamak, main bola macam budak pengakap berkawat.
Liverpool 3 – 0 Mencester Citi, 2 jaringan dari penyerang no.9, Andy “Bassier” Carrol. Cukup buat gua melihat masa depan Liverpool, angkat cup itu, angkat cup ini, beli player itu, latih player ini. Pehhh! Di tambah pulak hujan renyai, dan penyakit pundi kencing gua.
Memang berangan tahap paling deep, paling real.
Gua amik jalan, yang selalu gua amik. Jalan yang sifatnye, cemerlang – rata, baru diturap, ada line putus-putus yang di buat dengan rapi,jalan yang lurus,cukup sempurna untuk aku beranggang2.
Cuma, pada hari yang bahagia dan cuaca yang dingin tersebut, dengan kuasa hujan lebat. Ter baring, satu batang pokok kayu yang tidak kecil, tidak besar. Mungkin sudah di tugaskan untuk menjatuhkan gua.
Entah tiba-tiba,mana hilang skill memandu gua. Pokok yang di ketegori sebagai setahun jagung tu pun tak mampu gua elak.
Kecundang.
Kecundang.
Gua balik rumah dengan rasa sakit, dan rasa nak kencing.
Dan gua hilang selipar pemberian mak gua.
Entah ape rasa mak gua.
Power.
Dia punya feel, pergi jauh.
Angin malam jadi lain macam.
Peluh badan jadi macam air sungai.
Sejuk.
Kayuh, terus kayuh.
Sedikit lagi nak sampai ke destinasi – 150meter -, gua upkan sedikit kayuh, biar kalau berhenti ada bunyi, baru boleh belagak sombong. Baru satu tempat futsal tu tahu kehadiran gua.
+ + + + + + + + + + + + + + + +
Yes, ternyata gua mendapat perhatian ramai.
Apabila gua melanggar satu motor yang parking secara dabble stend, dan motor itu jatuh dan menolak motor di sebelah, dan motor yang di sebalah, menolak lagi motor di sebelah, dan motor yang di sebelah,sebelah, menolak lagi motor di sebelah, dan motor yang di sebelah,sebelah,sebelah, menolak lagi motor di sebelah.
Gua terima sorakan gemuruh. Gua jadi bangga.
( Gemuruh yang cenderung ke maki-hamun )
“ Tak ada teman, telah terpancar, namun aku tetap berputar “
****************************
"Nama gua Sidek", ujar Sidek apabila ditanya namanya oleh makcik bertudung ala Yuna yang merupakan orang sebelah di dalam bas.
Sekali pandang,Sidek seperti manusia yang kuraj - kurang ajar - tapi tak, dia cuma lebih suka berdiam. Tambahan pula, bila dah mengantuk, lagi-lagi dalam bas yang ber-kondisi 21 darjah celcius. Memang lari mood nak bersembang, mesti dah terfikir pekena baring terus.
Jadi mula lah pengembaraan Sidek dari point A ke point B, yang setiap minggu di ulang-ulang perjalanan yang sama, cuma yang beza hanyalah orang yang duduk disebelah, tapi belum pernah lagi dia jumpa dengan makwe-makwe jenis lawa, yang kerap adalah makcik tudung ala Yuna dan kadang-kadang makcik bertudung anak dan kain belah.
Bunyi ejen bas yang kuat, sama kuat dengan degupan jantung Sidek. Walaupun Sidek punya paras yang kasar, dan buat mereka yang rabun jauh, acapkali Sidek di anggap Stone Koll.
Namun,Sidek masih punya hati yang sangat halus,pink dan mentah. Mungkin sebab dari kecil, dia sudah gemar main anak patung berbentuk tedy ber, dan selalu tengok sinetron indonesia. Tapi, tak pernah sekali pun dalam hidup dia, dia menyalahkan tedy ber mahupun sinetron yang telah membuatkan dia punya hati yang halus,pink dan mentah.
*bersambung (kalau gua rajin)