Nov 26, 2011

komputer

Posted by
sewaktu gua jawap periksa matapelajaran komputer,
gua seakan di interview oleh sosok bernama Bill Gates.

Nov 23, 2011

Lewat

Posted by
sebuah entri yang serius.

Tinggal beberapa hari lagi, untuk gua mencapai umur senja seorang manusia bumi berumur lewat 19. Apa power nombor 19?

gua type dekat google, '19'. keluar la beberapa cariaan yang suam-suam kuku.

apa lain gua punya 19, dengan orang lain punya 19?
apa beza 19 tahun 2000, dengan 19 tahun 2011.

manalah gua tahu gampang !

gua bukan peramal datang dari indonesia, tidak pernah jejak kaki ke pergunungan everest, jauh sekali mengalahkan yeti mengunakan kuasa sakti!

cuma yang gua ingin lewati dalam umur 19; adalah perkara lewat, dan awal.

- bila gua taip "lewat, awal" dalam google, keluar carian kahwin awal dan lambat, ini adalah sangat lari dari apa yang gua nak cerita! -

apasal tiba-tiba gua nak taip semua benda dalam google?
suka hati gua la!

--------------------------------------------------------------

Mungkin sosok tubuh seorang pemuda 19 tahun macam gua, agak jengkel dalam konteks stigma masyarakat untuk gua meminati perkara-perkara yang lalu.

Lalu di sini merupakan perkara yang dah lepas, perkara yang tidak lagi wujud, perkara yang terlalu mustahil untuk di capai.

seperti, musik.

Jujurlah, gila apa remaja 19 tak minat pit bull, justin bibir, tak high bila layan video klip lagu shaking bontot?!!

yes, gua gila - tapi gua masih layan video klip shaking bontot ! .

Pak cik gua cakap; dan di akui oleh abang gua, di mana gua lahir pada tahun yang salah -bukan salah kerumitan mata pelajaran biologi di sini.

gua minat perkara yang lepas; musik yang lepas; persekitaran yang lepas; permasalahan yang lepas; gaya yang lepas; kebahagiaan yang lepas.

dan gua hanya hidup di dalam minda gua sendiri, dalam imiginasi gua sendiri.

mesteri, komlikasi, kabur, mat ganja, orang gila, superman, power rangers, bat man - merupakan stigma yang gua terima ke atas diri gua.

mungkin untuk hari persamaan 20 tahun gua hidup; gua akan cuba untuk move on. faking apa gua putus cinta?! nak kene lempang?!

move on tu perkara yang gua masih kaji, mungkin pada jangkau umur 30, gua akan faham erti 'move on'. keh keh keh

move on to the bullshit 21st century!

------------------------------------------------------------------

Awal ................. terlalu awal untuk gua menghabis kan entri kali ni.

hehehe.

Nov 8, 2011

segar

Posted by
amacam, gua dah kasi up gambar baru, sekarang blok ni boleh di lawati oleh para polis, tentera, penembak rusa, penembak gajah, mahupun budak-budak yang suka main game counter strike.

bakal membawa tips tembakan, jenis-jenis menembak dan lain-lain ( gua tipu ).

Oct 17, 2011

gua dan scene 20an

Posted by
Sekarang gua dah tak berapa nak into dengan scene petik-petik keyboard dalam blog ni, mungkin sebab hidup gua dah semakin barai, atau pun kurang cabaran.

Ikut jam-jam macam ni - 1;32 pagi - gua sepatutnya tekun belajar demi masa hadapan. Tapi perkara-perkara masa hadapan ni gua letak kemudian hari.

Sekarang gua cuba mencabar ke-youth gua semula dengan kerjaya,
pembela kaktus jenis mamillaria karwinskiana.

Yes, seorang kuturokers yang berjaya bukan setakat melawan gomen, main gitar, terajang pintu mahupun bakul sampah, tapi juga seorang pembela kaktus yang power dan berkarisma dalam tugas-tugas kaktus.

sekian

Aug 3, 2011

super power

Posted by
Di waktu getir begini, di mana semua cabaran dunia datang dengan bertubi-tubi,
ternyata kita perlu super power untuk survive.



Datanglah kau ExtraJoss, datanglah kau dalam kondisi sejuk.
Datanglah kau, selamatkan hari-hari aku.

Jul 27, 2011

musuh

Posted by
Gua sekarang tengah cari kedai jual ular. padan muka tikus.

Jul 19, 2011

ptptn

Posted by
Gua puji member gua yang mengunakan sedikit duit pinjaman untuk beli bola sepak.
buat yang belanje makwe, ahhh pergi mati!