gua berangkat pulang ke kampung halaman - seperti meraka yang lain - kali ini ada istimewa sikit. gua punya kawan sepengajian tolong hantar gua. baik sungguh.
dalam perjalanan , pelbagai topik yang cuba di borak kan.
ada pasal makwe-makwe, ada pasal bola sepak, ada pasal lalu lintas.
dan satu soalan pun ditembak pada gua;
"ada apa dekat kampung lu?"
bagi menjawap soalan yang di tanya oleh orang 100% menetap di bandar yang punyai kekayaan sosial, polohan ruang ekonomi, gua berfikir panjang.
begitu panjang barangkali sampai berkerut dahi gua.
apa yang bergitu best, dan power tanjong malim ni?
gua tak yakin Pau Yik Mun yang pernah keluar beberapa kali di akhbar dan telivisen memberikan jawapan yang total dan kukuh untuk soalan tersebut.
gua juga yakin kewujudan [makwe] UPSI tidak mampu buat tanjong malim begitu gah, dan dikenali.
lebih mengurangkan tahap keyakinan gua untuk cakap, "gua punya majlis daerah ada bangunan baru siap, 3-4 tingkat, sepenuhnya berhawa dingin".
jadi, apa jawapan yang mampu mengondol markah penuh bagi soalan tersebut?
gua pun tak berapa nak pasti ;
mungkin jawapan secara perbezaan tidak boleh di implikasi kan di dalam soalan ini.
tinggal lah kawan gua dengan soalan yang tidak ada jawapan.
.
Keesokkan hari - sabtu - gua pergi ke pasar malam di kawasan gua.
pasar malam tempat gua ni, semenjak 1-2 tahun dah semakin meriah, dari segi makanan, pengunjung dan makwe-makwe. tak kurang jugak dengan harga, pun boleh tahan meriah.
di dalam kemeriahan pasar malam tersebut, gua terkilan, kaku, dan tak bermaya bila gua tak jumpa gerai bundle yang sebelum-sebelum ini menjual barang-barang berkualiti.
gua harap gerai bundle tu masih wujud, dan berdoa bahawa hari ni dia tak bukak gerai sebab sedih Malaysia kalah.
tapi, ketiadaan gerai bundle bukan penyebab utama untuk gua jadi terkilan, kaku, dan tak bermaya.
apa yang gua kilankan, kakukan, dan tak bermayakan apabila gua tengok...
ah...
ah...
ah...
jenis perempuan pakai fesyem melalut ni memang tak berkenan la gua!
amacam, gua dah kasi up gambar baru, sekarang blok ni boleh di lawati oleh para polis, tentera, penembak rusa, penembak gajah, mahupun budak-budak yang suka main game counter strike.
bakal membawa tips tembakan, jenis-jenis menembak dan lain-lain ( gua tipu ).
Sekarang gua dah tak berapa nak into dengan scene petik-petik keyboard dalam blog ni, mungkin sebab hidup gua dah semakin barai, atau pun kurang cabaran.
Ikut jam-jam macam ni - 1;32 pagi - gua sepatutnya tekun belajar demi masa hadapan. Tapi perkara-perkara masa hadapan ni gua letak kemudian hari.
Sekarang gua cuba mencabar ke-youth gua semula dengan kerjaya, pembela kaktusjenis mamillaria karwinskiana.
Yes, seorang kuturokers yang berjaya bukan setakat melawan gomen, main gitar, terajang pintu mahupun bakul sampah, tapi juga seorang pembela kaktus yang power dan berkarisma dalam tugas-tugas kaktus.