Sep 30, 2012

e-mel

Posted by
Disebabkan gua mengaji hal komputer, jadi cara untuk hantar kerja pun kena berteknologi sikit. Nak dipendekkan cerita, satu hari kelas gua kena hantar kerja yang diberikan secara on-the-spot. Gua kena pakai e-mel untuk hantar kerja ke e-mel pensyarah gua.

Jadi pensyarah gua setup satu projekter yang memancarkan peti e-mel dia, untuk disemak kalau e-mel yang kita hantar tu sampai dekat dia.

Jadi sebelum balik, ramai-ramai la check diaorg punya nama dekat projekter tu.
Dari jauh, "woi siapa nama kenyitlabel ni?!" jerit seorang kawan gua.

Gua buat-buat garu perut sambil cakap gua lapar. Balik tu gua setup emel baru yang senonoh sikit.

Sep 25, 2012

jantan

Posted by

Dalam dunia, mesti ada 2 benda yang berlainan dari satu sama lain.

baik, jahat.
tinggi,rendah.
gila,waras.
dan berbagai lagi.

dan didalam gambar diatas.
2 jantan melakukan perkara yang sama, niat yang sama, untuk motif yang sama.
jadi, apa yang berbeza antara dua ni?

satu berambut, dan botak kah?
satu ada tatoo satu takde kah?
satu seluar merah, satu seluar boxer kah?

salah.

satu jatuh, dan berdiri semula macam jantan.
dan satu jatuh, dan menangis.

atau secara mudah, satu jantan, satu lagi pondan.

Aug 8, 2012

naruto

Posted by

suatu masa yang teramat kuno, bersama pemikiran cetek dan tidak baligh. Gua tak pergi sekolah sebab buat benda atas ni. kah kah kah

masa ni gua ingat umor gua 14 tahun, benda ni la paling in.
guna photoshop di zaman tu, orang kata, teknologi baru.

dan benda paling faking, gua main game naruto jenis tulis karangan bahasa ingeris.
pehhh!

Aug 2, 2012

Komuniti

Posted by
Dalam fesbuk , ada puluhan kominiti (group) tempat gua mengaji. Pehhh, ramai betul makwe tempat gua mengaji masuk kominiti tu, gua pun tak pernah tahu tempat gua mengaji ramai makwe.

walaupun ada puluhan kominiti, tapi satu pun tak ingin nak ajak gua join. nampak sangat takut gua kebas makwe dalam tu.

Ahhhh, kalau dia orang ajak pun, gua tak teringin nak join. Diskripsi grup pun macam ni ;

group utk kowg sume..
x kre student PUO or Ex student puo..
kt cni kte semua akn kongsi2 pendapat masing..
n kowg2 leh t...anye mcm2 dlm group ni..
yg penting x mo sombonk2 k..
x rugi kn klu x sombonk??
orait..
enjoy..:)

tulis macam beruk.
pergi sekolah belajar bahasa ape la agaknya dulu

Jul 26, 2012

Kerusi Hijau Hitam : Tahap

Posted by

Pehhh, sejuk betul duduk pejabat ni rupenye, jadi pekerja kelas kolar putih lagi. amboi, pagi-pagi keluar rumah bukan main segak lagi, macam nak pergi jumpa perdana menteri.

walaupun pisikalnya gua macam kolar putih,tapi gua masih mengekalkan rentak lagu yang sama, memastikan hati gua sentiasa rok. dalam opis dgr lagu-lagu alternatif ni, baru nampak garangnya.

----------------------------------------


poster game atas tu bukan gua tayang saja-saja. game tu banyak maknanya, bukan dari sudut kenangan. tapi nilai moral dan pengajaran game tersebut. amboi, macam game matematik pulak ada pengajaran yedop.

Tahap.

Semua benda dalam dunia ada skala, atau tahap. mudah, kacang goreng, senang, pejam mata, susah, susah gila, mahupun tahap faking hell.

Kerja, makan, belajar, mengaji, kait rambutan, belah durian, sapu lantai, cuci tingkap, jalan kaki, lompat bintang. semua ada tahap.

contoh.

ada orang suka buat kerja sambil dengar lagu, bila dapat pulak lagu Search, pehhh! kerja jadi tahap kacang goreng.

ada orang suka buat kerja sambil sedut rokok, bila dapat rokok kawan belanje, pehhh! kerja jadi tahap kacang goreng.

cuba tukar.

mamat yang suka sedut rokok pergi dengar lagu, yang dengar lagu pergi sedut rokok.
masing-masing kerja jadi terabur, barai, tak senonoh. masing-masing yakin kerja tu di tahap faking hell.

macam tu jugak dengan permainan bideo yang gua cuba kait kan. game tu, ada tahapnya jugak dan kita ada pilihan untuk menentukan tahap kesukaran keseluruhan game.

tapi, kita nak kesenangan ke?
apa? 1 jam boleh habis main?

tapi, kita nak kesusahan ke?
apa? sampai kiamat tak habis main?

entah, kalau lu orang suka hidup ni selesa, goyang montot, lu pilihlah jalan yang mudah.
rok macam gua, gua amik tahap paling susah. dan akan habiskan 0.000000234% masa hidup gua untuk habiskan game ni.

kita kena faham, pilihan kena pantas.
hidup hanya sekali, kalau tak cuba gerenti rugi.

Jul 16, 2012

Kerusi Hijau Hitam

Posted by
sekarang, gua bakal memulakan pengembaraan gomen gua. pengembaraan selama 6 bulan, berserta dengan cabaran maut seperti makwe upsi yang lawa,  makwe upsi yang lawa, dan makwe upsi yang lawa.

ahhhh! sukar.

genap seminggu gua dekat sini, kerja satu hapa pun takde.
ahhh! gomen.

Mar 20, 2012

5 years, and still. together we walk on!

Posted by

Maka, sudah 5 tahun kita bersama.
kau, dan kaki. kombinasi mencetuskan keselesan, sempurna.

Lari dari polis, terjun lombong, tendang bola, pijak taik, terajang pintu
semua kau mampu laksanakan, dengan sempurna.

Mengenal dunia, mengenal rok, mengenal manusia, mengenal cita, mengenal cinta
sentiasa kau ada, dengan sempurna.

Mengenal susah, mengenal payah, mengenal duka, mengenal celaka
sentiasa kau ada, dengan sempurna.

Koyak, kesan hitam, pudar
kau tahu, kau sempurna.
pedulikan semua.