Feb 9, 2015

23

Posted by
secara kad pengenalannya, gua sudah berumur 23 tahun.
secara mentalnya, gua masih muda remaja.
secara emosinya, gua sudah lama di alam barzakh.

dan

tradisionalnya, gua akan hadiahkan hadiah kepada diri sendiri,
hadiah yang mampu buat gua senyum kambing, dari pagi sampai ke malam.

biarlah di'cop' kasihan.
yang penting gua yakin itu adalah hadiah, simbol sebuah penghargaan untuk sesiapa yang penduli.

dan pada umur 23 tahun , umur yang dikatakan sedap untuk sembang pasal karier, sembang dunia boleh dicapai dengan tangan, rokok tidak lagi perlu mintak kawan dan cinta itu benda yang real.

dan pada umur 23 tahun, sedang kawan sedang giat menayang kejayaan sendiri secara sedar atau tidak, menayang cinta berbuah secara sedar atau tidak,mahupun menayang cahaya mata yang comel ya tuhan.

dan pada umur 23 tahun, gua telah menghadiahkan diri sendiri dengan sepasang slipper,  brand yang gua sendiri tidak ingat.

sebuah penghargaan yang gua letak di kaki
untuk keselesaan sendiri
dan pengubat hati
selepas selipar lama
di curi
di masjid

Feb 4, 2015

K E M B A L I

Posted by

Kembali
Kembali kepada petak pertama

Gua kembali !
Gua harap lu orang hargailah usaha gua yang bersusah payah mencari kembali password dan ekaun blog ni, sampai gua sanggup sms google yang berbunyi bergini

" Gua nak password gua hawau ! "

dan dalam kurang 1 minit, terus dikembalikan password gua, rupanya orang putih juga seperti melayu, bila dimarah barulah kerjanya efisyen.

Oct 9, 2012

"Anyway the wind blows..."

Posted by
"At that time, I often thought that if I had had to live in the trunk of a dead tree, with nothing to do but look up at the sky flowing overhead, little by little I would have gotten used to it." - The Stranger

little by little, we'll get used to it.   the happiness that is gone that we thought would last forever. the everlasting sadness that we wish to end sooner rather that later.   the moment that we embrace together, end. the miserable that we never wish, begin.   little by little, we'll get used to it.
because nothing last forever, nothing.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

power jugak gua menulis omputeh ni, boleh la gua aplikasikan dalam arena mengorat makwe tesl.

Sep 30, 2012

e-mel

Posted by
Disebabkan gua mengaji hal komputer, jadi cara untuk hantar kerja pun kena berteknologi sikit. Nak dipendekkan cerita, satu hari kelas gua kena hantar kerja yang diberikan secara on-the-spot. Gua kena pakai e-mel untuk hantar kerja ke e-mel pensyarah gua.

Jadi pensyarah gua setup satu projekter yang memancarkan peti e-mel dia, untuk disemak kalau e-mel yang kita hantar tu sampai dekat dia.

Jadi sebelum balik, ramai-ramai la check diaorg punya nama dekat projekter tu.
Dari jauh, "woi siapa nama kenyitlabel ni?!" jerit seorang kawan gua.

Gua buat-buat garu perut sambil cakap gua lapar. Balik tu gua setup emel baru yang senonoh sikit.

Sep 25, 2012

jantan

Posted by

Dalam dunia, mesti ada 2 benda yang berlainan dari satu sama lain.

baik, jahat.
tinggi,rendah.
gila,waras.
dan berbagai lagi.

dan didalam gambar diatas.
2 jantan melakukan perkara yang sama, niat yang sama, untuk motif yang sama.
jadi, apa yang berbeza antara dua ni?

satu berambut, dan botak kah?
satu ada tatoo satu takde kah?
satu seluar merah, satu seluar boxer kah?

salah.

satu jatuh, dan berdiri semula macam jantan.
dan satu jatuh, dan menangis.

atau secara mudah, satu jantan, satu lagi pondan.

Aug 8, 2012

naruto

Posted by

suatu masa yang teramat kuno, bersama pemikiran cetek dan tidak baligh. Gua tak pergi sekolah sebab buat benda atas ni. kah kah kah

masa ni gua ingat umor gua 14 tahun, benda ni la paling in.
guna photoshop di zaman tu, orang kata, teknologi baru.

dan benda paling faking, gua main game naruto jenis tulis karangan bahasa ingeris.
pehhh!

Aug 2, 2012

Komuniti

Posted by
Dalam fesbuk , ada puluhan kominiti (group) tempat gua mengaji. Pehhh, ramai betul makwe tempat gua mengaji masuk kominiti tu, gua pun tak pernah tahu tempat gua mengaji ramai makwe.

walaupun ada puluhan kominiti, tapi satu pun tak ingin nak ajak gua join. nampak sangat takut gua kebas makwe dalam tu.

Ahhhh, kalau dia orang ajak pun, gua tak teringin nak join. Diskripsi grup pun macam ni ;

group utk kowg sume..
x kre student PUO or Ex student puo..
kt cni kte semua akn kongsi2 pendapat masing..
n kowg2 leh t...anye mcm2 dlm group ni..
yg penting x mo sombonk2 k..
x rugi kn klu x sombonk??
orait..
enjoy..:)

tulis macam beruk.
pergi sekolah belajar bahasa ape la agaknya dulu