Aug 3, 2011

super power

Posted by
Di waktu getir begini, di mana semua cabaran dunia datang dengan bertubi-tubi,
ternyata kita perlu super power untuk survive.



Datanglah kau ExtraJoss, datanglah kau dalam kondisi sejuk.
Datanglah kau, selamatkan hari-hari aku.

Jul 27, 2011

musuh

Posted by
Gua sekarang tengah cari kedai jual ular. padan muka tikus.

Jul 19, 2011

ptptn

Posted by
Gua puji member gua yang mengunakan sedikit duit pinjaman untuk beli bola sepak.
buat yang belanje makwe, ahhh pergi mati!

Jul 17, 2011

scene paling baru

Posted by
lepas ni, gua kene tapis sedikit kosakata, tatabahasa dan segala benda yang ada kena mengena dengan kata-kata.

sebab apa?
adakah gua dah mula nak jadi manusia berwawasan? tidak.
adakah gua dah mula bermakwe-makwe? tidak.
adakah gua dah mula mendekati irama pop korea? tidak.

sebab sekarang, dalam kelas, gua kene belajar hal-ehwal blog.
gua rasa, tak manis pula kalau gua taip yang tak berapa nak senonoh yedop?

Jul 8, 2011

Umi

Posted by
Kadang-kadang gua jeles jugak dengan Umi gua sebab dia punya variasi skil power seperti memasak,menjahit,basuh baju, sidai kain dan pelbagai lagi skil yang gua takda.

Tapi, setakat memasak tu. Gua tak berapa nak hairan.
jadi hari ni, muncul rasa yang paling tak berapa senang.

Mak gua reti bawak Motor Klass Tangan !

mana gua nak letak muka?!! mana? mana?!!

gua pun terkial-kial nak bawak!

Jun 22, 2011

makan maggi

Posted by
Gua baru selesai makan maggi yang gua masak secara DIY, sudah hampir 4-5 bulan jugak gua tinggalkan scene maggi ni. Gua mula into balik scene maggi ni sebab mak gua dah start berkerja balik, jadi peluang gua nak makan sedap-sedap dah kecundang.

Maggi pada zaman gua kecik-kecik dulu, sama level dengan KFC zaman sekarang. Bukan tahap kesedapan, tapi tahap bolehcapai.

Jika gua kecik-kecik dulu, jauh restoran KFC dan jauh kedai runcit, bagai langit dan bumi. Gua hanya perlu jalan kaki se-menit dua,dan sampai ke kedai runcit. Kalau restoran KFC, mungkin gua terpaksa naik bas, menapak dan pelbagai lagi cabaran yang gua tak mampu hadapi waktu zaman kanan-kanak gua.

Dan, perkara paling core dalam ilmu pembesaran seorang rokes adalah mempelajari cara-cara masak maggi, gua tengok budak zaman sekarang dah hilang spirit of masak maggi. Kalau setakat tuang air panas, lu sebenarnye tengah menghina kredebiliti maggi.

Gua mula berjinak dengan scene maggi sewaktu zaman kecik gua. Gua yakin scene maggi gua bermula dari abang gua - dan rasanya segala benda pun datang dari diaorang .

Sewaktu gua darjah 4. Gua selalunya berjaga sampai ke subuh, bersama dua tiga orang sepupu gua yang di dalam arena pembesaran yang sama. Waktu ni gua dekat kampung gua.

Kalau dah pukul 2-3 pagi, mesti lah takda makanan. Jadi gua dan sepupu gua membuat kata putus, kalau asik-asik pukul 2-3 pagi je lapar. Ini masalah yang sangat serius dan tak boleh dipandang enteng.

Gua terus belajar cara-cara masak maggi dari nenek gua. Bagi gua, nenek gua merupakan ikon,idola serta mentor dalam aspek masakan ni.

Selepas sessi belajar lebih kurang 2-3 minit, gua dan sepupu gua tu yakin, masalah lapar tengah malam takkan muncul lagi.

***

Sebenarnye banyak lagi gua nak tulis, tapi lagi banyak gua nak tulis. lagi macam takkan wujud entri ni.

keh keh keh

May 27, 2011

Dalam proses

Posted by
Gua pernah mem-buruh 2kali dalam hidup.
Satu untuk suka-suka, lagi satu untuk sara diri - atau nama lain secara serius.

ni antara quote dari teman kerja gua.

Pak cik gua ; " Kuat la sikit angkat tu min! "

Bangla PA pak cik gua ; " @!#$$ ( bahasa melayu yang tak berape nak melayu) "

Member gua ; " kuat la lagi doh! "

Brader kelatan ; " teke kuat siki "

Brader perak ; " hang angkat la banyak sikit, senang habis"

lu orang sabar, nanti gua jadi badang. gua selesaikan semua kerja gua sebelah tangan!