Showing posts with label tribute. Show all posts
Showing posts with label tribute. Show all posts

Feb 1, 2011

Gugusan-gugusan Memior Pernando

Posted by

Goal pertama Torres selaku pemain kelab terunggul,hensem dan power. Liverpool. Sewaktu pertemuan di antara Liverpool ( kelab terunggul,hensem dan power) dan Celski (kelab yang tak punyai rasa cinta dan dipenuhi dengan nafsu buas saiton ni rojim).

Umum maklum bahawa gua merupakan peminat,penyokong dan (bakal) pemain kelab terunggul,hensem dan power. Liverpool. Kepoweran kelab bernama Liverpool ini sudah tiada tolok bandingnya.

Dan hari ini, 1 febuari 2011.


Ini bukan Torres, ini Karim Mahmud, raja of mengorat perempuan dan pemutar cerita cinta. Dan sedikit masa lagi, raja of clubing dan segala rumah pelacuran di kota Landon.

Seorang kesatria dari bumi Metador, telah menikam, meludah serta melakukan pelbagai perangai yang tidak senonoh lagi kepada rakyat jelata kelab Liverpool yang sebelum ini memberi rasa cinta, kasih dan pancaran suria kegemilangan kepada kesatria dari bumi Metador tersebut. Rasa cinta yang betul-betul made in Liverpool. Sememangnya rasa cinta itu di tagih oleh kesatria dari bumi lain.

Interview sahaja Sami Hyypia, satria berbadan lampai yang punya akal serta otak untuk meng-iterperasi lawan. Pastinya, anggukkan kepala sebanyak 50 ribu kali di tambah dengan gaya tangan seperti penjual ubat terkemuka, rozmey di dalam promosi filemnya. bersetuju dengan keistemewaan cinta made in Liverpool.

Ya, rasa cinta yang telah di nikmati oleh ratusan satria dari bumi Liverpool yang mekar di dalam hati setiap seorang. Pekikan nama, melodi indah dicipta serta layanan kelas A diberikan buat meraka yang di anggap tersayang di setiap seorang rakyat jelata Liverpool.

Memori yang semestinya akan di ceritakan pada setiap generasi satria, dan cerita itu akan di ulang-ulang sehingga tiada lagi manusia di muka bumi ini.

Seperti di dalam setiap kisah yang dikarang, pasti terjadinya peristiwa yang menyedihkan. Tidak terkecuali juga buat Liverpool, satria yang selama ini di puja oleh para kanak-kanak. Makwe-makwe berusaha tekun memetik bunga di taman untuk di jadikan sejambak bunga segar demi di hadiahkan buat beliau dan para pakwe-pakwe yang tak putus-putus mencipta senjata tajam untuk di berikan kepada satria yang dipuja.

Dan, 6 febuari 2011 merupakan hari yang di tetapkan oleh takdir dimana, satria pujaan, satria yang selama ini nampak hensom walaupun sedang mengait buah rambutan, akan ber'gaduh' dengan Liverpool.

Adakah rasa cinta made in Liverpool akan membuatkan hati satria bumi el-matador berlembut? atau pun menjadi punca kehebatan untuk menewaskan Liverpool. Walau apa pun yang di tetapkan oleh takdir,

gua tetap menghargai setiap memori yang di kongsi bersama.

You;ll Never Walk Alone.

Jan 28, 2011

PROLOG ;

Posted by

Sebagai insan yang lahir pada bulan yang awal, gua sering di datangi dengan ujian-ujian besar. Ujian seperti, amik gambar kad pengenalan, ujian lesen moto. Di mana kawan-kawan yang lain masih mampu berseronok, gua terpakse bertarung dengan benda-benda ini.

Gua pun tak tahu dengan masalah diri gua ni, selalunya bila naik kenderaan 2 roda ni. Gua selalu gagal untuk kali pertama (selalunya lebih dari gagal, lebih berat kearah tragedi).Kali pertama gua naik basikal adalah seawal umur 6 tahun, basikal racing bapak gua yang gua pasti bertaraf RARE dan LAGENDARY, sebab basikal ini merupakan evolusi kepada zaman remaja bapak gua. Yes, bapak gua juga pernah ade spirit of youth di mana waktu mula-mula berkecimpung dengan arena siswa dahulu, dia ada angkot sebuah basikal ( bapak gua dulu atelit basikal, tapi gua jadi ragu-ragu sebab dia kaki bangku, tapi lepas dia tunjukkan dia masih mampu mengayuh dari rumah gua sampai ke proton city pergi balik di usia 50an. Gua jadi kagum ) . Untung lah, zaman tu kalau ade basikal masih di anggap normal. Tapi zaman sekarang orang jadi pelik ( dengan pengecualian budak sekolah tabika dan rendah). Ohh, basikal bapak gua tu, gua tak kayuh pun,setakat naik dan terus jatuh.

Kegagalan (baca tragedi) gua ni menjadi lebih terserlah lagi apabila gua accident gaya Valentino “the Doctor” Rossi mengunakan motor milik abang gua (yakni motor yang hilang). Baru first time naik motor, terus accident. Gua jadi tak berape nak nikmat bila naik motor. Tapi itu tak mengagalkan gua untuk menunggang motor. Mungkin gua tak berape nak minat dengan motor ni, sebab utamanya adalah ; motor ni rumit, walaupun pada mata kasar hanya pulas throttle dan tayar tu bergerak, tapi pada gua tak ada makna sesuatu itu kalau kita tak mengenalinya 100%. Bayangkan seorang pelumba motosikal, hanya tahu pulas throttle, goyang bontot kiri kanan dan brek. Ehhh, babi ape kalau mamat tu tak tahu apa itu pitstop, nama krew-krew pitstop, makanan kegemaran brader tukar tayar, moto guna minyak petrol ron97 atau ron95, atau guna bateri sel kering. Jadi semua itu penting, ini dapatlah gua sama ertikan bila seorang rempit itu menjadi sell-out. Ok,rempit sell-out ni gua ketegorikan rempit yang sekejap dia minat motor. Lepas tu cukup 2minggu dia berubah angin menjadi seorang penari lagu teknologi dan lagi 2 minggu dia masuk scene cross-dressing. Ahhh! Merepek-repek!

Mungkin pertemuan gua dengan motor ni agak pelik, selalunya bagi pemuda era modenisasi ni. Jarang pertemuan macam ni berlaku, selalunya pertemuan yang jenis, motor baru keluar kedai je yang banyak. Walaubagaimanapun, ini yang buat motor ni bermakna. Ahhhh! Jangan fikir bukan-bukan, makna motor gua ni sama sekali tak ada sangkut paut dengan arena of rempit!

Jadi selepas gua berhempas pulas, bertarung dengan ujian komputer,ujian brek emergenci,dan ujian insyarat tangan. Gua lulus untuk menjadi seorang pemandu kenderaan berkelas B2 didalam sistem kerajaan Malaysia dan disitu, pahit getir gua dengan Belalang Tarung bermula.

Pahit getir yang jenis aksi kejar-kejar dengan polis, langgar lari dan angkut makwe-makwe tu takda. Kalau itu yang lu orang harap, cepat-cepat bukak “rempit” dalam youtube.

Jan 18, 2011

Hilang

Posted by

*Lagu Isabella rancak berkumandang*

Gua tekun memberi keterangan mengenai tragedi yang penus drama, erotis dan tragis.

Ahhhh! Rasa macam baru semalam, gua dengan dia. Ahhh! tak. rasa macam baru seminit tadi, gua dengan dia. Tiba-tiba gua rasa macam mimpi, tiba-tiba perasaan klise itu datang kembali.

Baru sebentar tadi, senyuman paling indah terukir dari mulut gua. Terbayang, akan asyik berdua. Hadiah yang gua selitkan dalam beg, dari Tg Malim gua beli. Harap-harap bakal buat hati dia berbunga-bunga. Bunga raya, atau bunga tulip itu cerita no.2.

Tapi sekarang?

Dia hilang........................... meninggalkan gua. Terpaku gua berdiri.

Sekarang ni, siapa yang mampu tolong gua??

Kelab bolasepak Liverpool kah?? pekerja kedai mamak kah?? Rakan sepermainan kah?? impian gua untuk mendapat basikal berkuasa tinggi kah?? Makwe muke lawa kah?? spirit of youth gua kah??


Tak. Tak. Tak!


Baiklah, tulisan gua mungkin sedikit kucar-kacir dan berbaur gila. Ini disebabkan, teman seperjuangan gua, merangkap Belalang Tarung telah selamat di culik dengan jayanya. Gua bukan suka sangat nak tunding-tunding jari ni, mungkin ini takdir. Mungkin bukan jodoh gua dengan dia. Atau lebih tepat, tuhan sengaja merancang peristiwa ini untuk memberi gua peluang mendapat sesuatu yang lebih bermakna.


Kah kah kah!!

P/s : Buat pencuri motor, gua harap lu maju jaya dalam bidang ni!

P/s : Untuk bulan ni, gua cuba menyemai segala penat lelah, struggle, bertarung, melawan arus, rempit dan segala memoir gua dengan Belalang Tarung.

AFD 2034, sebuah motosikal merangkap teman seperjuangan.

Moga kau bahagia di sana.

Sep 2, 2010

Bill Shankly , working class hero.

Posted by

Bill Shankly, pengurus Liverpool 1959-1974.
Hero buat manusia kelas pekerja.
2 September 1913 – 29 September 1981


"The socialism I believe in is not really politics. It is a way of living. It is humanity. I believe the only way to live and to be truly successful is by collective effort, with everyone working for each other, everyone helping each other, and everyone having a share of the rewards at the end of the day. That might be asking a lot, but it's the way I see football and the way I see life."