Oct 24, 2009

TAMAK

Posted by


terima kasih atas kurniaan sifat tamak, hendak atau tidak. ianya tetap ada.
tidak kisahlah dari mana sudut itu dilihat. baik atau buruk. kelihatan dua-dua sama sahaja.

tamak, mampukah si pencuri hanya mahu mencuri sekor ayam selamanya?hah. pasti tidak.
mampukah si kecil menahan wang saku yang sedikit?hah.pasti tidak.

kau aku, tamak.
dia mereka, tamak.

peduli apa sekali pun kita tamak.
yang pasti kita tamak untuk mendapat sesuatu yang lagi bagus.

atau aku saja yang tak puas dengan kebodohan.

Oct 3, 2009

azam mati

Posted by
endah akan tajuk diatas ianya tiada kaitan dengan entri kali ini.
sepetang bersama kemalasan, alang kepalang membawa diri menjenguk laptop abang.
Shijaku Tragedy
menjadi tatapan buat kali ini.

lakonan oleh Jackie Chan. satu pandangan seperti biasa untuk pelakon ini.
Aksi.

Cerita mengisahkan tentang sejarah lorong-lorong Shijaku yang dipenuhi dengan pendatang tanpa izin dari negara China. *Shijaku ialah tempat di Jepun .
Cerita menunjukkan susah payah pendatang dari China untuk hidup di negara ini sambil mengharungi suasana Jepun yang terkenal dengan thug life and yakuza tradition.

Tidak tahu akan ketulenan sejarah cerita ini, tetapi ianya mengambil plot diawal 90'an dahulu. Seorang penduduk China yang berhijrah ke Jepun secara haram dengan tujuan mencari kekasih hati yang dikatakan hilang. *She had an earlier journey to Japan.
Dalam perjalanan, apa yang dilihat hanyalah diskriminasi terhadap kaumnya sendiri oleh penduduk majoriti disitu. Nak tau lagi banyak, tengoklah sendiri!

Apa yang menarik dalam cerita ini adalah ciri-ciri pepecahan serta perbalahan oleh sebab musuh dan teman rapat. wang
Sinonim sungguh dengan dunia. Terdetik dalam hati ini, mungkinkah wang mampu merubah diri dan sekeliling?
kelihatan didalam filem ini ianya hanya mengundang lebih musuh dan kenalan yang bakal menikam diri sendiri. seperti bom jangka.

Oct 2, 2009

malam

Posted by
sunyi sunyi. Perkara biasa bagi ak yang digelar pak guard oleh keluarga.
malam hanya masa tambahan untuk pendidikan tidak formal.
Laptop dibuka , tangan memegang kehebatan teknologi kamera. lekang insiprasi untuk tidor,hobi lama hanya mimpi ngeri sekarang. buka mata lebih indah dari menutup dan melayan mimpi mimpi rawak.

mengimpikan pemikiran si budak-budak yg jelas tertumpu pada satu sudut.
tidak perlu membahagi tubuh menjalankan tugas, mentetak otak berfikir terhadap 10 subjek dan perkara lain. rasa mati tanpa insipirasi disaat klimaks semakin hampir. Ah, inspirasi , lalai diri kerana mempercaya akannya. ternyata dusta dan mengelirukan.

hanya berharap beberapa sisa sisa kekuatan untuk ke sekolah yang ternyata sudah hilang minat akan hari-hari statik yang seakan robot. bodoh diri ini kerana mengimpikan penamat yang awal, bodoh diri ini kerana tidak mampu melawan rutin serta jadual.

bukan bodoh&akan terus hidup.