Feb 17, 2011

sistem ( untuk mereka yang ada hati untuk memilih )

Posted by

Ini barangkali bukan cerita mengenai krisis di pertengahan hidup, mahupun krisis ekonomi global. Jadi tak perlu minda yang matang, mahupun jiwa yang radikal untuk memahami segala tanda seru,koma dan noktah dalam cerita ini.

Seperti biasa, gua selalu struggle dalam perubah. Perubah dari memakai t-shirt hitam bercop band kegemaran gua kepada pakaian batik,serta baju berkolar di kemaskan dengan tie pelbagai corak. Perubahan dari suatu sistem ke suatu sistem yang lain, sistem yang dahulu gua selalu anggap sebagai dogma dan barangkali menyokong bahawa yang tidak jujur merupakan Winrar.

It’s all about being one of us, or against us. Walaubagaimanapun, gua dikurniakan dengan ‘pilihan’ dan lu orang juga ada ‘pilihan’.

Kita bukan kucing peliharaan, tak berdaya untuk ‘memilih’. Hari ini dijamah makanan kucing berjenama dari Germen, dan esok makan tulang ikan dari sungai berdekatan yang ikan itu sendiri belum mumayiz. Apa yang diberi, itu yang kita telan. Best tak best, letak tepi. Walaupun hati kata yang ikan ni merupakan ikan haram kacukan ikan pari dan jaws jawa,kita kene tetap mamah juga untuk terus hidup.

Sebab kucing peliharaan tersebut tiada ‘pilihan’ seperti kita.

Dalam setiap perkara, pasti ada ‘pilihan’. Sama ada 2, 3, 4 atau pun lebih dari 61. Kita tetap akan ada ‘pilihan’, walaupun perkara itu semudah memilih tandas mana untuk dijadikan tempat melabur. Ataupun serumit memilih posisi tidur untuk mendapatkan rasa tidur yang syurga dan deep.

Dan yang paling utama, ‘pilihan’ kita janganlah dijadikan senjata untuk menghentam ‘pilihan’ orang lain, ‘pilihan’ adalah kombinasi rasa,jiwa dan akal. Bukan kombinasi serbuk berlerang, kacukan atom-atom letupan dan rasa benci.

Contoh,

Mak Eton jual nasi lemak berlauk udang galah dari perancis, tapi Rosnah Gelek jual nasi lemak berlauk karipap ber-inti sambal ikan bilis. Ehhh, Mak eton tiada hak untuk menkritis ‘pilihan’ Rosnah Gelek!

Pak Sharifp tangkap ikan guna jala, manakala Daud Besi guna kaki untuk tangkap ikan. Ehhh, Pak Sarip tak boleh cakap yang Daud Besi guna magis kaki yang harom dari sudut agama! Pak Sharifp juga tak boleh cakap yang jala dia ada ISO 9001:123, dan dengan ISO tersebut rasa ikan tangkapan dia akan rasa seperti chicken chop!

Dari kombinasi rasa,jiwa dan akal. Kita menkonklusikan ‘pilihan’ ikut keselesaan. Bukan ikut keselesaan kucing kedai makan, mahupun keselesaan Salmah penjual karipap taman Cempaka yang paras rupa horny gila babi.

Jadi, guna kan kudrat lu orang untuk membuat ‘pilihan’. Jangan jadi kucing perliharaan yang tak punya ‘pilihan’, walau bagai mana pun. Gua yakin ketiadaan ‘pilihan’ juga membuat kucing jantan tak pernah segan silu bersenggama dengan puluhan kucing betina walaupun tanpa ikatan yang sah, mahupun sijil yang di cop oleh JPA.

Feb 1, 2011

Paling Youth! paling hip! paling da BOM BOM ! dan semestinya objek ini akan menjadi sumber yang ditagih oleh generasi XY

Posted by

Sepanjang kehidupan gua sebagai masyarakat kolonial bumi, pelbagai projek yang gua dah buat. Bermula dari hari lahir gua sehingga la sekarang, 2 balang berisi jari kaki labah-labah pun tak mampu nak menyamai bilangan projek yang gua dah laksanakan. Tapi, gagal atau berjaya itu perkara nombor dua, lagipun gua tak peduli sangat, jujur kata. Lagi bagus kalau gagal kerana mencuba, dari gagal kerana tak mencuba.

Kini ada lagi satu projek, yes. Tugas gua cuma picisan sahaja dalam projek jutaan pound sterling ni. Tapi, gua uar-uar kan jugak lah di sebabkan gua yakin objek di atas punya potensi yang power. Mampunya tak power, orang belakang tabir yang buat benda-alah ni sangat gila babi muka karpet.

Muka karpet? Muka karpet merupakan kata lain untuk mendiskribkan muka yang di gemari perempuan gila shopping, dan bentuk karpet di tagih oleh homo.

Gua tak boleh nak cakap lebih-lebih, bukan tak mahu. Tapi tak mampu. Kabornye orang belakang tabir benda ni 'sibuk' dengan hal perempuan-perempuan. Jadi, gua berhenti sampai di sini sahajalah. Biarkan objek ini menjadi misteri, mungkin satu abad dari sekarang, para profersor dan ahli ilmuwan akan mengkaji punca-punca kegagalan benda ini tak mampu terbitkan.

Salah orang belakang tabir yang banyak menghabiskan tenaga di hal makwe kah? Salah kolinial bumi yang hanya berminat dengan kisah berhawa-nafsu, cinta dan dogengan kah?

itu kita kena tunggu, dan semestinya benda ni mampu membuat Salmah Fahmi, penjual goreng pisang bermuka horny di taman cempaka berasa spiritual meneruskan hidup. Gua di fahaman 5 orang testimonial bakal di ambil, ape kome ingat ddR je boleh buat testimoni yang mahabrata-epiknya? Projek Postal pun boleh la woi !

Gugusan-gugusan Memior Pernando

Posted by

Goal pertama Torres selaku pemain kelab terunggul,hensem dan power. Liverpool. Sewaktu pertemuan di antara Liverpool ( kelab terunggul,hensem dan power) dan Celski (kelab yang tak punyai rasa cinta dan dipenuhi dengan nafsu buas saiton ni rojim).

Umum maklum bahawa gua merupakan peminat,penyokong dan (bakal) pemain kelab terunggul,hensem dan power. Liverpool. Kepoweran kelab bernama Liverpool ini sudah tiada tolok bandingnya.

Dan hari ini, 1 febuari 2011.


Ini bukan Torres, ini Karim Mahmud, raja of mengorat perempuan dan pemutar cerita cinta. Dan sedikit masa lagi, raja of clubing dan segala rumah pelacuran di kota Landon.

Seorang kesatria dari bumi Metador, telah menikam, meludah serta melakukan pelbagai perangai yang tidak senonoh lagi kepada rakyat jelata kelab Liverpool yang sebelum ini memberi rasa cinta, kasih dan pancaran suria kegemilangan kepada kesatria dari bumi Metador tersebut. Rasa cinta yang betul-betul made in Liverpool. Sememangnya rasa cinta itu di tagih oleh kesatria dari bumi lain.

Interview sahaja Sami Hyypia, satria berbadan lampai yang punya akal serta otak untuk meng-iterperasi lawan. Pastinya, anggukkan kepala sebanyak 50 ribu kali di tambah dengan gaya tangan seperti penjual ubat terkemuka, rozmey di dalam promosi filemnya. bersetuju dengan keistemewaan cinta made in Liverpool.

Ya, rasa cinta yang telah di nikmati oleh ratusan satria dari bumi Liverpool yang mekar di dalam hati setiap seorang. Pekikan nama, melodi indah dicipta serta layanan kelas A diberikan buat meraka yang di anggap tersayang di setiap seorang rakyat jelata Liverpool.

Memori yang semestinya akan di ceritakan pada setiap generasi satria, dan cerita itu akan di ulang-ulang sehingga tiada lagi manusia di muka bumi ini.

Seperti di dalam setiap kisah yang dikarang, pasti terjadinya peristiwa yang menyedihkan. Tidak terkecuali juga buat Liverpool, satria yang selama ini di puja oleh para kanak-kanak. Makwe-makwe berusaha tekun memetik bunga di taman untuk di jadikan sejambak bunga segar demi di hadiahkan buat beliau dan para pakwe-pakwe yang tak putus-putus mencipta senjata tajam untuk di berikan kepada satria yang dipuja.

Dan, 6 febuari 2011 merupakan hari yang di tetapkan oleh takdir dimana, satria pujaan, satria yang selama ini nampak hensom walaupun sedang mengait buah rambutan, akan ber'gaduh' dengan Liverpool.

Adakah rasa cinta made in Liverpool akan membuatkan hati satria bumi el-matador berlembut? atau pun menjadi punca kehebatan untuk menewaskan Liverpool. Walau apa pun yang di tetapkan oleh takdir,

gua tetap menghargai setiap memori yang di kongsi bersama.

You;ll Never Walk Alone.