Feb 17, 2015

teknologi , gari diri.

Posted by

Feb 16, 2015

soal hati

Posted by
hati ini rumit , kompleks , penuh benda mekanikal yang budak mekanikal sendiri tak nak belajar mahupun ambil tahu.

tapi, gua yakin.
faveret tuiter pun, adalah mekanism hati.


Feb 14, 2015

pagi

Posted by
suatu pagi ,
gosok mata.

kuasa mana mampu bangkitkan kutu sedang sedap dibuai mimpi,
mimpi soko mendendang lagu wet dream ,
dalam bahasa Francais.

I feel like a whore when I see you in my dreams
I feel like a whore when I see you in my wet dreams
I feel like a whore when I see you in my dreams
I feel like a whore when I see you in my wet dreams

bukan soko punya mimpi yang buat gua bangun,
bukan.
bukan susuk bernama haziq kejut gua dari mimpi untuk pergi main dota ,
bukan.
bukan terjahan pintu oleh abang gua, suruh pergi tusyen pagi,
bukan.

gua hidu, ini bau tulen, bau yang real.
bau yang sangat autentik dan mulia caranya untuk mengejutkan manusia.

untuk mengejutkan melayu yang pemalas macam gua.
ini,tak lain dan tak bukan,
bau Nasi Lemak yang mak gua tengah sedap masak dekat dapur.

suatu pagi,
gosok perut.

Feb 11, 2015

bina keluarga online

Posted by





Kali terakhir gua jumpa flow yang real macam ni adalah sewaktu cari tempat untuk sambung belajar lepas spm dimana satu flyer dari kolej metropolitan buat flow,



DAFTAR

BELAJAR

GRADUASI

KERJA

KAHWIN

dan gua yakin di terlupa bubuh

MAMPOS

dalam tu.

apa-apa pun, tahun 2015 adalah tahun gua taknak cakap pasal kahwin.
siapa cakap pasal kahwin dengan gua tahun ni, gua kasi dia makan slipper hari jadi gua.

Feb 9, 2015

kepentingan Latihan Industri

Posted by
semua manusia yang gua tanya, kata, latihan industri pada sesi diploma adalah sangat penting,

ada yang kabar,
gunakan waktu itu untuk kumpul ilmu kerja

tak lekang juga,
yang memberikan nasihat,
boleh la praktik apa yang dibelajar

dan yang paling rare adalah,
boleh la cari jodoh.

okaylah,
yang rare tu gua cakap dekat diri sendiri yang sudah tak tahan ulang-alik kerja, dan hari-hari tengok makwe upsi yang berkeliaran.

tapi apa yang dikabarkan semua tu ada betulnya,
latihan industri ni ada kepentingannya,

dan pada gua ada,
gua dapat tengok semua episode cerita 'spanar jaya' dan 'pi mai pi mai tang tu'.

dua cerita tu pun ada kepentingan tersendiri pada era gua!

23

Posted by
secara kad pengenalannya, gua sudah berumur 23 tahun.
secara mentalnya, gua masih muda remaja.
secara emosinya, gua sudah lama di alam barzakh.

dan

tradisionalnya, gua akan hadiahkan hadiah kepada diri sendiri,
hadiah yang mampu buat gua senyum kambing, dari pagi sampai ke malam.

biarlah di'cop' kasihan.
yang penting gua yakin itu adalah hadiah, simbol sebuah penghargaan untuk sesiapa yang penduli.

dan pada umur 23 tahun , umur yang dikatakan sedap untuk sembang pasal karier, sembang dunia boleh dicapai dengan tangan, rokok tidak lagi perlu mintak kawan dan cinta itu benda yang real.

dan pada umur 23 tahun, sedang kawan sedang giat menayang kejayaan sendiri secara sedar atau tidak, menayang cinta berbuah secara sedar atau tidak,mahupun menayang cahaya mata yang comel ya tuhan.

dan pada umur 23 tahun, gua telah menghadiahkan diri sendiri dengan sepasang slipper,  brand yang gua sendiri tidak ingat.

sebuah penghargaan yang gua letak di kaki
untuk keselesaan sendiri
dan pengubat hati
selepas selipar lama
di curi
di masjid

Feb 4, 2015

K E M B A L I

Posted by

Kembali
Kembali kepada petak pertama

Gua kembali !
Gua harap lu orang hargailah usaha gua yang bersusah payah mencari kembali password dan ekaun blog ni, sampai gua sanggup sms google yang berbunyi bergini

" Gua nak password gua hawau ! "

dan dalam kurang 1 minit, terus dikembalikan password gua, rupanya orang putih juga seperti melayu, bila dimarah barulah kerjanya efisyen.