Oct 19, 2015

siji

Posted by
Perkara pertama
Perkara pertama adalah perkara yang selalunya paling senang melekat di serabutan memori otak manusia.
dan,
ini adalah memori pertama gua menginjak diri ke negara lain.

Sebagai seorang yang penuh sifat pengembaraan dan kelakian yang sejati, gua tidak ditemani keluarga, tidak seperti teman seperjuangan gua.
Jadi perkara pertama yang gua nampak di perlabuhan adalah,
makwe indonesia yang menggunakan seluar padat, ketat dan padu.
seorang manusia yang sedang terlantar kesakitan diatas katil hospital, dan tak ubah macam mayat.
serta keluarga teman seperjuangan gua.
dan perkara yang paling gua tak lupa adalah, akak imegresen cakap,

" Alah dik, ke batam je pun tak payah la nak bergambar bagai " - merujuk kepada kawan gua yang sedak leka bergambar dengan keluarga dia.
" Belajar sana 1 sem kak " - terang gua.
" Bukannya tak boleh balik ! " - balas akak tu.
Sebagai mahasiswa, gua biarkan sahaja kakak tersebut dengan stigma, ideologi dan pegangan hidup dia.

Jarak bukan pengukur hebat tidak pembelajaran kita,
walaupun hanya dipisahkan beberapa kepulauan dan lautan,
ianya tetap tidak sama seperti tanah tumpahnya darah kita.



Sep 21, 2015

Wong Jowo;

Posted by
Gua bubuh gambar seorang jawa, semoga korang tak terlupa kewujudan jawa dalam dunia, gitu.
Wong jowo;
Gua adalah bangsa jawa, jangan lah tanya gua jawa belah mana sebab gua sendiri tak tahu, dan seharusnya gua yang berbangsa jawa ini setidaknya mampu mengikut ada resam yang telah dilenturkan oleh mereka yang terdahulu atau paling cikai pun pernah bercinta dengan makwe jawa.
Tapi sayang, gua jawa yang jatuh pada era menjilat modenisasi. Hampir segalanya hilang, yang tinggal hanyalah ayat "Kabare" dan "Ismangen". Tapi itu tak melunturkan semangat gua sebagai orang jawa.
Dengan menggunakan charm of jawonese , dapat lah gua berinteraksi dengan beberapa manusia yang mempunyai jiwa jawa macam gua.
Seperti gua, mereka juga telah hanyut dengan modenisasi yang dicipta. Bukanlah ingin menunding jari pada generasi yang terdahulu, bukan semua peduli tentang jawa, dan sejujurnya gua pun tidaklah sepeduli mana tetapi sebagai seorang manusia yang punya rasa terhadap keaslian hidup, haruslah gua berkelana minda dan fisikal untuk mencari sebuah kepastian.
Ingin gua ceritakan, seperti judul dalam lagu Aisunam - Jawa Makan Tempe ; dan liriknya - Siapa jawa tak makan tempe ; Habis jawa makan apa?
Gua menyahut cabaran memakan tempe! , okay-lah sebenarnya tak berapa nak sahut sebab dekat sini kalau order nasi dengan ayam gerenti dia kasi tempe sama tauhu dan sambal. Mungkin kalau takde kombinasi Tempe , Tauhu dan Sambal kedai tersebut akan dihalau keluar dari sini.
Jadi gua harus akur dengan ketentuan tuhan.
Semoga gua jadi sang jowo yang berjaya dan berwawasan!


Sep 17, 2015

distribusi frekuensi

Posted by
Bergitulah terkumat kamitnya gua memahami segala terma dan translasi bahasa matematika Indonesia. Kalau ikut sejarah, benda-benda matematik ini benda paling ass dalam hidup gua. Dari sekolah menengah gua mula merasai tinggi langit dunia matematik, betapa dalamnya lautan dan kesedaran gua yang tidak mampu menyelam dalam lautan tersebut.

Segala ketentuan yang bakal gua dapat disini semuanya terserah pada takdir, sama juga seperti sebelum-sebelum ini. Kalau gagal, mungkin ada kejayaan di sebaliknya dan kalau berjaya mungkin ujian paling tersirat dari tuhan.

Pada umur 23 ini, gua sudah tak berapa nak hairan dengan keputusan akhir. A , B , C , Z sekalipun, boleh pergi mampus. Hidup tidak berputar dengan nilai akhir, tapi itulah, disebabkan beberapa variable terpaksa juga menagih A.


Sep 12, 2015

aku mamen, si pertualang.

Posted by

Ini adalah film pertama yang termuntah dari mulut Ninne, gadis campuran melayu dan tiong hwa. Dan pertanyaan gua adalah ; "Film apa yang enak, yang puitis ?"

Kalau di Malaysia wujud cerita sebegini, gua akan rekomen pada teman-teman. Ceritanya menggunakan medium yang universal ; cinta , dan diadunkan di dalam elemen yang sering diasingkan; sejarah.

Filem yang diputarkan di ibu negera Indonesia ; Jakarta.

Sep 8, 2015

abangsador ; baca ambassador.

Posted by
Inilah yang akan berlaku dalam tempoh 6 bulan akan datang, menjadi sosok yang mewakili sebuah negara yang tiada asingnya di tanah Indonesia.

Kalau hari-hari gua makan steak, mungkin orang disini akan ingat bahawa Malaysia sudah mengalami revolusi makanan yang ketara. Tapi secara hakikatnya, tidak ada yang beza pun disini mahupun di sana, kalau ada beza pun mungkin harga makanan yang kurang 500 rupiah berbanding disini.

Tapi terpacak susuk ini bukan sebagai lambang dari sebuah negara yang kucar, sebab gua sendiri ingin mengenal negara paling rapat dan paling serumpun. Untuk pertama kalinya gua rasa betul puas bila bersembang dengan seorang bangsa cina, bila tuturnya menggunakan bahasa yang boleh difahami.

Budak kecik main dekat taman pun, tak kira bangsa, cakap bahasa yang sama.
Apalah yang gua merepek ni, harap saban hari nanti gua update la dekat sini.

Apr 17, 2015

kisah klasik

Posted by
bukan tak biasa, bulan tidak dipagari bintang.

ada yang mencari, sehingga tak kembali
ada yang berenang, dan terus tenggelam

ada yang berbicara, sehingga tak terjejak kaki di tanah
ada yang jalan terus, tanpa menoleh yang tumus

aku hanya sendiri sendiri, bukan bulan yang harus dipagari.

ada yang terbang, hingga tidak kelihatan di awang-awangan
ada yang menari, hingga lewat pagi

dulu yang kerdil, kini mencabar gunung
dulu yang bergelora, kini menjadi kuala

Mungkin diriku,
ingin masih bersama kalian.
Mungkin jiwaku,
masih haus sanjungan kalian. 
 

Feb 17, 2015

teknologi , gari diri.

Posted by

Feb 16, 2015

soal hati

Posted by
hati ini rumit , kompleks , penuh benda mekanikal yang budak mekanikal sendiri tak nak belajar mahupun ambil tahu.

tapi, gua yakin.
faveret tuiter pun, adalah mekanism hati.


Feb 14, 2015

pagi

Posted by
suatu pagi ,
gosok mata.

kuasa mana mampu bangkitkan kutu sedang sedap dibuai mimpi,
mimpi soko mendendang lagu wet dream ,
dalam bahasa Francais.

I feel like a whore when I see you in my dreams
I feel like a whore when I see you in my wet dreams
I feel like a whore when I see you in my dreams
I feel like a whore when I see you in my wet dreams

bukan soko punya mimpi yang buat gua bangun,
bukan.
bukan susuk bernama haziq kejut gua dari mimpi untuk pergi main dota ,
bukan.
bukan terjahan pintu oleh abang gua, suruh pergi tusyen pagi,
bukan.

gua hidu, ini bau tulen, bau yang real.
bau yang sangat autentik dan mulia caranya untuk mengejutkan manusia.

untuk mengejutkan melayu yang pemalas macam gua.
ini,tak lain dan tak bukan,
bau Nasi Lemak yang mak gua tengah sedap masak dekat dapur.

suatu pagi,
gosok perut.

Feb 11, 2015

bina keluarga online

Posted by





Kali terakhir gua jumpa flow yang real macam ni adalah sewaktu cari tempat untuk sambung belajar lepas spm dimana satu flyer dari kolej metropolitan buat flow,



DAFTAR

BELAJAR

GRADUASI

KERJA

KAHWIN

dan gua yakin di terlupa bubuh

MAMPOS

dalam tu.

apa-apa pun, tahun 2015 adalah tahun gua taknak cakap pasal kahwin.
siapa cakap pasal kahwin dengan gua tahun ni, gua kasi dia makan slipper hari jadi gua.

Feb 9, 2015

kepentingan Latihan Industri

Posted by
semua manusia yang gua tanya, kata, latihan industri pada sesi diploma adalah sangat penting,

ada yang kabar,
gunakan waktu itu untuk kumpul ilmu kerja

tak lekang juga,
yang memberikan nasihat,
boleh la praktik apa yang dibelajar

dan yang paling rare adalah,
boleh la cari jodoh.

okaylah,
yang rare tu gua cakap dekat diri sendiri yang sudah tak tahan ulang-alik kerja, dan hari-hari tengok makwe upsi yang berkeliaran.

tapi apa yang dikabarkan semua tu ada betulnya,
latihan industri ni ada kepentingannya,

dan pada gua ada,
gua dapat tengok semua episode cerita 'spanar jaya' dan 'pi mai pi mai tang tu'.

dua cerita tu pun ada kepentingan tersendiri pada era gua!

23

Posted by
secara kad pengenalannya, gua sudah berumur 23 tahun.
secara mentalnya, gua masih muda remaja.
secara emosinya, gua sudah lama di alam barzakh.

dan

tradisionalnya, gua akan hadiahkan hadiah kepada diri sendiri,
hadiah yang mampu buat gua senyum kambing, dari pagi sampai ke malam.

biarlah di'cop' kasihan.
yang penting gua yakin itu adalah hadiah, simbol sebuah penghargaan untuk sesiapa yang penduli.

dan pada umur 23 tahun , umur yang dikatakan sedap untuk sembang pasal karier, sembang dunia boleh dicapai dengan tangan, rokok tidak lagi perlu mintak kawan dan cinta itu benda yang real.

dan pada umur 23 tahun, sedang kawan sedang giat menayang kejayaan sendiri secara sedar atau tidak, menayang cinta berbuah secara sedar atau tidak,mahupun menayang cahaya mata yang comel ya tuhan.

dan pada umur 23 tahun, gua telah menghadiahkan diri sendiri dengan sepasang slipper,  brand yang gua sendiri tidak ingat.

sebuah penghargaan yang gua letak di kaki
untuk keselesaan sendiri
dan pengubat hati
selepas selipar lama
di curi
di masjid

Feb 4, 2015

K E M B A L I

Posted by

Kembali
Kembali kepada petak pertama

Gua kembali !
Gua harap lu orang hargailah usaha gua yang bersusah payah mencari kembali password dan ekaun blog ni, sampai gua sanggup sms google yang berbunyi bergini

" Gua nak password gua hawau ! "

dan dalam kurang 1 minit, terus dikembalikan password gua, rupanya orang putih juga seperti melayu, bila dimarah barulah kerjanya efisyen.