Dec 21, 2010

Kapitalis, dan kesan

Posted by
Jadi, sekarang gua merupakan pengguna tetap bas Sri Maju, ipoh-tanjong malim. Walaupun sejak dua menjak ni, aksident makin banyak dekat area ipoh ni. tapi gua tetap tenang.

Perangai driver bas tu, gua tolak tepi dulu. Ade jugak dia habiskan 70% perjalanan bergayut dengan makwe dia. ontongg laaa.

Jadi, perjalanan naik bas ni boleh tahan gampangnya. Kalau nasib best, dapat la duduk dengan makwe. ahhh, tak pernah dapat pun!

Nak di jadikan cerita, lepas penat pak cik driber tu tekan minyak, tekan brek, sembang satu-dua, tekan minyak lagi, sampai ipoh. 2 jam 30 menet.

Kali ni, gua dekat tempat orang. Mana mungkin gua call siape-siape (padahal gua call member gua, awek dia angkat.fookin'!) Dalam otak, gua tengah fikir berjalan kaki. Gua pun tak berape nak pasti, kalau-kalau gua ade spirit berjalan kaki macam dulu.

Tengah fikiran gua bertekad untuk berjalan kaki dari stesen bas ke rumah gua, satu kerate buatan malaysia bertanda TEKSI berhenti di depan gua.

"nak pergi mane dik? naik naik !" pelawa pak cik teksi mesra. Mungkin pada abad ke 21 ni, masih ade lagi orang baik yang tidak terhanyut oleh arus modenisasi kapitalis.

Gua harus mengakui yang gua masih setahun jagung di tempat ini, tempat luas, moden, global, dan pelbagai lagi perkataan yang mengambarkan bandar besar ni.

tapi, kalau la setakat naik teksi, berjalan pun jauh macam dari tanjong malim pergi hulu bernam. tapi kos bayaran dah same macam tanjong malim pergi kuala lumpur. macam mane nak kira?!!

bodoh, babi!

Dec 8, 2010

Masalah Cekelat

Posted by
Gua mengeliatkan tubuh, sambil tangan mencapai henset yang lantang dan berusaha keras membuat bunyi penggera.

Matahari dengan cemerlang memberi sinaran,yang mana cahayanya masuk ke dalam kamar gua melalui corong-corong rumah.

Gua mengeliatkan tubuh,kali kedua. Lantas, gua membuat satu back-flip dari atas katil dan mendarat dengan cemerlang di lantai bilik. Gua membuka langkah ke dapur, cuba mendapatkan minuman berkondisi sejuk,adalah sangat penting untuk memulakan hari-hari dengan minuman segar.

Peti sejuk dibuka rapi, kelihatan sos cili berkeadaan kering kontang dan beberapa biji telur ayam. Gua capai satu botol, "SUSU COKELAT DUTCH LADY" pemberian mak gua tatkala melawat gua tempoh hari. Umppphh!! gua teguk mana yang patut, lebihan air, gua tinggalkan untuk kesejahteraan hari pagi gua pada masa akan datang.

Selesai meneguk, gua kembali ke kamar. Capai tuala, dan terus ke bilik mandi.

. . .

Sekarang,gua segak bergaya. Berbatik hodoh warna kuning taik itik, berseluar hitam, dan berkasut konverse. Ahhh, gila babi ape nak pakai kasut kulit. gua baru berumur 18tahun. takkan nak pakai pakaian orang berumur 40!

Jam masih awal, sedang teman sebilik gua masih sedap lena. Gua membuat langkah bijak, laju-laju gua capai roti COKELAT yang gua beli secara pukal di kedai apek dihadapan taman gua ni, dan terus memberi satu langkah mendada ke kedai mamak berdekatan.

"Milo Suam satuuuuuuuuuuu", jerit mamak berstatus pelayan restoran kepada komradnya iaitu mamak berstatus pembuat air.

Gua membuka bungkusan roti berinti COKELAT, sambil mata ralat memandang mamak berstatus penebar roti yang terhibur mendengar lagu berkonsepkan hidustan modern pop dancing dancing. Tak syak lagi, semestinya minda mamak berstatus penebar roti tersebut asyik dengan memorinya, mungkin terusik dengan kenangan di taman bunga bersama kekasihnya pada masa lampau. Ahhhhhh, mungkin juga dia teringat akan kuah kari masakan teman istimewanya tatkala hati gundah memikirkan tentang tawaran berkerja oversea.

Lupakan mamak tersebut, air milo suam terhidang dihadapan gua ni, lebih penting. Campuran sempurna diantara serbuk dan susu pekatnya, tidak dilupa. Kasih sayang yang turut disertakan di dalam setiap hidangan,semanis sekiub gula. Mamak berstatus pembuat air, mungkin seorang bapa yang merindui anaknya. Gua pasti, sementara menjerang air panas di sektor pembuatan air, fikirannya leka berimiginasi tentang anaknya. Mungkinkah kaget berdiri dihalaman rumah, menunggu kereta kontrol berprestasi mewah dari bapanya, ataupun sedang berdoa, moga-moga emaknya berkahwin dengan orang yang lebih kaya.

Gua menghirup air milo, perlahan-lahan. Umhhhh. Ternyata kasih sayang lebih penting dalam penyediaan hidangan, berbanding bilangan sudu gula.

Cukuplah 15 minit yang begitu bererti pada pagi ini, gua berdiri tegak dihadapan kaunter pembayaran sambil mata liar mencari gula-gula. Ah! gula-gula pilihan hati sudah di jumpa, tangan di panjangkan, menyeluk ke dalam ratusan KOPIKO.

Dua note rm1, dan sedikit senyuman. memastikan kebahagiaan mamak berstatus penjaga kaunter sentiasa berkekalan sehingga ke akhir shift.

. . .

Sekarang ni, kalau gua ulang-ulang benda ni hari-hari. Berak gua boleh jadi keras!
Baru gua sedar, tendency gua terhadap benda cokelat begitu ketara. Mulai esok, gua nak semua putih!

Dimulakan dengan roti berkrim vanila, air suam dan sedikit gula-gula berwarna putih. gua mampu lebih berjimat! dan mampu kaya cepat!

YES! YES!

Gua boleh, gua hadhari, 1GUA!

Dec 7, 2010

Bergelut dengan rokok

Posted by
Baiklah, gua bukan sengaja-sengaja taknak rokok. gila apa, merokok nampak cool, youth,hip,dan segala yang ada dalam sub-kelas trendy. LANCHOWWWWWWWWWWWWWWWWW la!

Kini,mimpi malam gua bukan lagi berteman si manis seperti Zooey Deschanel, ataupun Mila Kumis, tapi dengan bau rokok. Jangan salah sangka, gua tak butt-hurt langsung dengan perokok. Gua pernah berkawan dengan perokok, penagih dadah, gay, kaki lari rumah, kaki makwe-makwe, kaki kedai mamak, kaki bola, kaki bangku. Ahhh,macam-macam punya kaki lah!

Bukan gua yang mintak hidung gua ni tak mampu menahan bau rokok, bukan gua yang mintak. bukan gua.

Kalau boleh, merokok la dekat tempat strategik sikit. depan rumah tu, siap ade bunyi laut. tak ke lebih menenangkan? Bukan senang nak cari ambiance laut dekat bandar.

mimpi malam gua, tak lagi indah. kadang-kadang bau rokok, sekejap lagi lampu benderang (sudahlah jarak kaki gua dengan lampu tu dekat, kalau gua tendang lampu kalimantang tersebut,sia-sia je), sekejap lagi gelak kah kah kah.

Selamat bila bab tidur, gua tak berapa nak ambil tahu benda lain.

Dec 6, 2010

Merancang masa depan punya depan

Posted by
Sebenarnya, gua baru balik. baru balik dari makan. makan dekat kedai mamak yang disediakan sekali servis masakan tom yam. bila ada servis masakan tom yam, maka secara langsungnya terdapatlah makan-makan seperti paprik,telur bungkus dan segala macam dari negara tom yam.

Jadi gua terus mengorder dekat cik adik yang berstatus waiter ;

"nasi paprik satu, limau ais satu" arah(order) gua sambil menyelak buku The Alternative Hero. Entah ape punya semangat kali ni, gua bawak bahan bacaan ke kedai mamak. Sepatutnya, menjadi siswa. gua seharus stadigrup atau paling kodi melepak bersama makwe-makwe. yedop? lancau kome la weh.

Jadi,dengan tangkas. bunyi dapur semakin meriah.

Cukup 10 menet, makanan gua keluar. cik adik berstatus waiter membawa makanan gua dengan rapi, bagai menatang minyak yang penuh. atau kata lain, cik adik berstatus waiter ni sudah punya pengalaman membawa pinggan dengan cemerlang. tak macam gua, dulu bawak satu set sudu dan garpu pun berterabur.

Dengan perlahan pinggan nasi dan lauk diletakkan, dan cik adik berstatus waiter menulis-nulis angka di satu kertas kosong,lalu diselitkan secara terbalik kertas tersebut dibawah gelas berisi air limau dan asam boi. ahhhh,macam nak kasi surat cinta pula nak terbalik-terbalikkan kertas.

Gua selak kertas, tertulis angkat "6.70" dengan besar. Gua buat tak port sangat pasal harga, mungkin sebab gua dalam status kaya atau mungkin sebab nasi paprik ni mempunyai udang galah, ayam kampung mahupun bahan-bahan import.

Gua mematikan fikiran gua tentang harga, lalu gua menyelak-yelak lauk paprik. 2 ketul ayam bersaiz mini, 2 udang. juga bersaiz mini, 3 potong sotong yang pada gua mempunyai saiz yang lebih kecil dari keropok super-ring.

Demi menghormati suasana, gua meneruskan penghadaman gua.

"faking! lauk macam nak kasi kucing makan!" bentak gua dalam hati tatkala membayar.

Jadi, siapa yang gua harus salahkan? kedai tersebut? cik adik berstatus waiter? mahupun kedai minyak esso yang naik harga? atau salahkan gua sebab nak makan sedap?

Dec 3, 2010

equal pig

Posted by
Gua hanya bertemankan sebuah komputer di dalam bilik sunyi ini, different place - same situation. Teman sebilik gua sedang seronok keluar dengan makwe agaknya. Gua? baru lepas balik kedai mamak. Selain dari khidmat WiFi yang dibekalkan, takde ape yang menarik mamak sini. Gua tetap bias dengan mamak tanjong malim yang lovely dan superb. Oh, mamak dekat sini reti merajuk,faking hell punye perangai!

Ape yang equal pig-nya dalam entri gua ni? yes. tak lain dan tak bukan adalah minggu orientasi yang sangat faktap. Hal ehwal makwe letak tepi dulu, perumpamaan yang gua boleh cakap hanyalah, padang kiri nampak makwe, padang kanan nampak makwe, depan belakang makwe. Padang bawah nampak gua punya, pandang atas nanti telanggar jodoh gua. kah kah kah!

Gua takdelah nak butthurt sangat dengan program yang maha-bosan tu, tapi yang gua tak suka. Bila masuk bab politik! atau lebih terperinci, kerajaan hensem,lawa,dan berusaha keras!

PUNA dia!

Nov 30, 2010

weird o o o

Posted by
Walaupun gua sepatutnya di dalam mood kucar-kacir, tapi gua masih boleh relek-relek. terima kasih gua ucapkan buat teh tarik mamak 24 yang tak pernah gagal menenangkan andernelin otak gua. Gua sepatutnya tulis benda-benda deep membawa ke tasik di dalam fesbuk, yelah, selalunya orang yang konon-konon nak sambung belajo ni apdate status stail

"sobs sobs, nanti tak dapat jumpe kawan-kawan,famili-famili sobs sobs"

bullocks.

Pagi tadi gua mengayuh basikal, sambil di iringi musik Sonic Youth dan bunyian rantai yang lame tak bubuh minyak pelincir. kcek-kcek-kcek. tujuan gua,ke kedai makan.

Kedai makan ni memang popular dengan nasi lomak yang melampau sedapnya. Kedai Haji Din. Struktur kedai yang simple, sambil strategi perempuan muda genit di guna sebagai pelayan kedai. pehh!

Ok, pelayan kedai melayu. lagi-lagi perempuan memang sombong. so gua tetap akan bias terhadap mamak. Nak di jadikan cerita, lepas gua penat berbasikal, yang mane, hanya makcik-makcik dan pakcik-pakcik je yang berbasikal macam gua.

Gua berjumpe dengan sekumpulan kutu,lebis spisifik. kawan sepermainan komputer. Gua senyum mane yang patut dan meng-portkan diri. Cepat-cepat gua angkat tangan ke arah makwe berstatus pelayan kedai,

"nasi lemak, milo ais!" jerit gua dari jauh.

pong-pang-pong-pang-puji nasik lepak-pong-pang-pong-pang-gossip makwe-pong-pang-pong-pang-hal dunia. dari semenet,membawa ke setengah jam, membawa ke dua jam. seterusnya tibe di mana,atmosphera untuk meng-buka langkah pulang.

Gua baru je nak melangkah ke arah makwe berstatus pelayan tersebut,tapi seorang kutu cakap

"weh,aku dah bayarkan dah"

pehh! sekarang gua betul-betul rasa terharu. Insan kamil yang gua sendiri tak kenal belanje gua, walaupun hanya sepinggan nasi lemak dan secawan milo ais. gua tetap terharu. dari lu orang? mintak no makwe pun dah buat mulut senget! macam gampang!

list yang gua patut buat bila gua sampai holliwood nanti,

1)cari kedai mamak yang kiut-kiut
2)cari kedai mamak yang kiut-kiut dan berkasih sayang
3)cari kedai mamak yang kiut-kiut dan berkasih sayang dan bernama jambu.

Nov 25, 2010

Stedium Perok! tunggu teman datang!

Posted by


"langkah kami langkah seladang,siapa datang akan kami tendang" (tagline tim teman ade unsur-unsur hooligan,tim teman kuat apeadehe?)
ni teman nak kabor kat mike, biarpun tim teman sekarang tendang kelaut. passing pun ke penonton,teman tak peduli. walaupun tim teman pemain muke upe rempit,rambut karat,takde makwe datang stedium. teman tak peduli jugak.

setat taun depan,sape berani kabor dekat teman tim kedah ke,putrajaya united ke. teman tendang terus.

ysosrsy

Posted by

Nov 24, 2010

foreveraloneeeeeeeee

Posted by

FOREVERALONEEEEEEEE



forthalulz

Nov 22, 2010

komputer? nerd? siape kate !

Posted by
lu tengok gambar atas ni, ketepikan komputer yang zaman 2005 tu!
ini gambar yang gua cilok dari laman sesawang tempat gua bakal mengaji. its full of makwe!

despite the bollocks law, this picture make my day!

Nov 19, 2010

Berita Kepada Kawan

Posted by


"Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang, engkau tak duduk di sampingku kawan"
Kali ni post emo sikit, asik-asik stail blogger terkenal. kitsch gila babi.

Sepanjang gua terpisah dengan scene brotherhood dari bulan 6 membawa ke bulan 11 ni, baik kawan yang mengaji di tempat jauh yang batang hidungnya nampak sebulan sekali mahupun yang dekat sampai setiap minggu pun boleh keluar dengan makwe di pekan Tanjong. Let alone yang belajar di tempat-tempat elite, stail bila dah berjumpa mula la nak sebut " ai yuu ai yuu".

Gua sedih sebenarnya, kutu yang dulu semangatnya kental tiba-tiba jadi luntur. setengah tunding jari dekat assigment yang bertimbun; walaupun gua tahu di sebalik assigment tu terletak susuk tubuh di panggil makwe 1,makwe 2,makwe 3 dan berterusan. Baru ajak lepak mamak dah pandai menyepi, tapi status fesbuk berselang-seli tukar dari single ke kawin ke cerai ke windowed ke still banging the ex. lol.

Bagi golongan yang elite pulak, topik seperti longkang, poster urutan batin, picisan. tak serius.
dan yang paling serius,

yes. gambar di ambil dari laman ini
Menjadi kutu/penganggur adalah perkara serius. serius dimana tahap kesabaran+komitmen+struggle+loser+"get-a-life" di campur menjadi satu. serius.

unemployed is coool! (dan serius.)

Nov 9, 2010

Nurse, gua dan BMI

Posted by

Begitulah kate nurse kerajaan yang periksa kesihatan gua, dari berat, tinggi, tekanan darah,rabun warna,jauh,dekat dan segale semua dia periksa. Gua hanya mampu senyum nipis bila nurse kate begitu, ahhhh cakap kurus yang tune dia lebih berat kearah nak menyidir.

Gua hentak meja, meninggalkan nurse tadi dengan alunan muzik mainstream. Terus gua bukak langkah besar ke kedai mamak!

Oct 28, 2010

Macam mana kau hidup sial?

Posted by

"Macam mana kau hidup sial?" merupakan soalan paling laris. Asyik gua jumpa member lame,tanye soalan same. Ape luorang ingat gua tak sambung belajar,dan menjadi kutu sejati tak boleh hidup ke woit!

Hah! gua siap buat kajian lagi macam mana nak hidup. Atas ni adalah tiori Abraham Maslow, lu orang google la sendiri siapa Abraham Maslow, gua tak pasti kalau dia ade bau-bau bacang dengan Abraham Lincoln, ahhh itu lain cerita la.

"Knowing yourself is the beginning of all wisdom."- Aristotle
Dalam masa 7 bulan berkutu ni,gua mengenal diri sendiri. tapi,gagal. Setannnnnnnnnnnn

Oct 22, 2010

rage of undang-undang.

Posted by

Sekali imbas buku panduan pelajar, dah serupa microchip buat sumbat dalam kepala robot.

Penuh dengan larangan, tidak itu tidak ini dan penggunaan kata harus yang melampau banyak.mual sial. Gua tak paham dengan penghambaan imej ni, tali leher? ni negara iklim sejuk ke nak pakai tali leher?

Kalau dekat UK yang pukul 3 petang masih suhu sesejuk subuh boleh la, ni Malaysia. Iklim khatulistiwa,pukul 10 pun dah panas beb.

Rambut,rambut. Lu tengok gambar rambut dekat atas, sideburn singkat campur sikat rapi. Waktu sekolah dulu,rekod rambut gua adalah sangat teruk sampai gua pernah dipaksa angkat sumpah, bukan sumpah berjuang untuk ketuanan bangsa melayu tapi bersumpah potong rambut. Sangatlah babi.

Walaupun gua mengaji hal komputer dan bakal menjadi nerd-herd-arse,sekurang-kurangnya biarlah gua menjadi nerd seperti CHUCK,dan bukannya mempunyai rambut yang sangat lame arse. Maaf beb, bapak gua dulu berambut rock jugak waktu mengaji, tapi takde pulak kene buat rambut lame-arse macam tu untuk berjaya.



Penghambaan imej ni gua ketegorikan sebagai perompakan jati diri anak muda,dan penyakit yang sangat merbahaya. Undang-undang seperti tidak boleh berseluar jeans, selipar dan keharusan memakai seluar paras pusat adalah sangat lame.

Tapi gua terpaksa jugak ikut,itu lagi lame kan? hahaha.

"I'm not like them,but I can pretend" - Kurt Cobain,Dumb.

Oct 18, 2010

PERKAS : Pudu Raya dan Air Pancut Klcc

Posted by

Waktu gua into dengan scene duduk sengsorang dulu, gua selalu dihampiri dengan susuk yang tidak gua kenali. Malangnye gua tak pernah dihampiri susuk makwe hot mahupun susuk rockstar mintak gua jadi vokalis.

Zaman gua masih mumayiz dengan jadual perjalanan bas ke tanjong malim, gua dan kutu bernama Faroq meng-port-kan diri ke Pudu Raya. Luorang jangan mengaku nasionalislah kalau tak pernah tidur Pudu. Terselah ke-Kodi-an semangat 50tahun merdeka luorang kalau tak pernah merase tidur Pudu.

Gua dan Faroq port di satu tempat duduk didalam bangunan Pudu, beg sandang dijadikan bantal alas kepala. Ahhhh, ini sumua salah Faroq yang beriya-iya kata bas ke tanjung malim pukul 10 pun masih on,dan bontot gua yang keberatan melepaskan scene makwe tepi air pancut KLCC.

Jam besar Pudu Raya menunjukkan pukul 2pagi, jalan dihadapan pudu hanya dipenuhi pak cik teksi yang rancak berborak ,polis bermotor ulik-alik dan sekali sekala sahaja kelihatan susuk perempuan (baca;pondan) di sini.

Faroq ni gua tengok releks je tidur, dia tak takut ape-ape ke? Suasana suram di dalam pudu ni boleh tahan seramnya, lampu bumbung malap dan bilangan manusia yang sedikit. Pondok polis pun gua tengok kosong.

Gua duduk diam, ralat memerhati keadaan sekeliling. Sekejap ada perempuan berbaju kurung, molek. Sekejap lagi ada pakcik membakar kretek, duduk berseorangan.

Tiba-tiba gua didatangi seorang susuk lelaki berbangsa India. Gua diamkan saje mungkin datang untuk duduk-duduk,tapi tempat lain masih kosong.

"hai adik,name sape?" tanya lelaki tersebut, penuh dengan nada erotis manja.

Gua jadi kaget, faking!

"Umur berapa,buat ape dekat sini" soal lelaki tersebut bertubi-tubi tapi guna stail lembut. Gua diam tak berbahasa, mata gua fokus pandang ke bawah. Genggaman tangan gua eratkan hingga naik urat.

"uh! sombong!" getus lelaki tersebut sambil pergi ke tempat lain.

"huh baru tunjuk urat dah takut" kata gua dalam hati.

Kejadian macam ni boleh dikira biasa-biasa lagi bagi gua, sudah masak. Gua juga pernah disoal bergini sambil peha gua disentuh-sentuh. Babi, apa masalah lu? Makwe sebelah yang berpakaian skirt pendek peha menyerlah dan baju nampak ketiak tak cukup memuaskan nafsu lu ke woi!

Sekejap selepas itu,datang pula seorang lelaki Melayu, perut timbul atau nama mainstreamnya, buncit. Duduk disebelah gua sambil rokok ditangan. Gua dan dia berborak ringkas.

"adik buat ape sini? lari rumah ke?" tanya pakcik tu.

"tak,tertinggal bas je" jawab gua.

"pak cik buat ape dekat sini?" soal gua untuk merancakkan borak.

"Pak cik sesaje lepak, dekat rumah ada masalah dengan bini, bla bla bla bla bla " terang pak cik tu menceritakan hal rumahtangga yang gua sendiri tak ambil peduli,gua tanya 5 patah, tapi jawab bukan main lagi rancak.

"Jom la lepak kedai depan tu, minum-minum,pakcik belanja", gua tolak pelawaan pak cik tersebut mentah-mentah. Ahhh, gila apa gua nak melepak dengan orang yang gua tak kenal langsung. Faroq masih sedap tidur.

Selang beberapa minit setelah pak cik tersebut tidak putus asa mengajak gua ke restoran dihadapan, dia berlalu. Gua masih disitu, mata ralat memerhati keadaan sekeliling. Bilangan makwe berbaju kurung saling tak putus, satu pergi,satu datang.

Gua cuma dapat tidur ayam sebelum gua didatangi satu lagi susuk, lelaki berbangsa cina,kurus. Dia duduk sebelah macam susuk sebelum ini, dia tune perbincangan ape yang patut.

Dalam keadaan pukul 3 pagi, bersembang dengan orang yang tak dikenali memang lain macam rasenye. Tapi gua bersembang jugak, saje nak membunuh bosan. Dalam hati gua cemas juga kalau-kalau ada yang tak kena dengan orang sini, hari-hari gua baca dalam surat khabar pasal kes ini,kes itu. Sememangnya surat khabar telah berjaya menakut-nakutkan kita.

Baru berapa minit gua bersembang dengan cina ini, dia dah mula tunjuk perangai. Terjerit-jerit dalam pudu, gua malas la nak masuk campur. Tiba-tiba terjerit ni bukannya kepakaran gua, faroq bangun dan gua terus ke halaman luar pudu yang lebih hidup dari sebelah dalam.

Pong-pang-pong-pang, gua berjaya bersembang 4jam. tepat pukul 7 gua terus amik bas ke tanjong malim.

babi. Memang scene tidur di pudu ini antara hidup dan mati.

Oct 16, 2010

Baris !! Setippp!!

Posted by

75peratus zaman persekolahan gua habis untuk sebuah unit beruniform, Pengakap. Yang best pasal Pengakap ni bukanlah sebab boleh pakai uniform dengan lencana yang merapu-rapu, tapi sebab tiket untuk tak ada dalam kelas, gua akui rekod gua dalam kelas dipenuhi dengan tidur, denda dan tidur.

Dengan Pengakap ni,gua tak perlu guna pintu belakang untuk ponteng, gua hanya perlu cakap ;

"Ada aktiviti Pengakap cikgu!" sambil tersenyum dan pasti gua akan lepas. Sekurang-kurangnye tektik ni menjadi sampai gua tingkatan 4.

Waktu gua tingkatan 4, gua akan disoal macam-macam soalan kalau nak keluar, punye susah lah nak keluar sampai kadang-kadang gua kene tumbuk dengan cikgu,bukan tumbuk manje ye, tapi tumbuk yang real-real macam cerita kombet. Lagi pedih kalau dia orang cakap, "Kamu pengakap ni boleh buat makan ke", gua buat relek.

Aktiviti pengakap yang paling bodoh adalah berkawat, gua pun tak pasti kalau Baden Powell tu tubuhkan pengakap sebab untuk berkawat. Malangnye jadi unit beruniform dekat Malaysia ni adalah sebab asyik kene berkawat. Paling lawak adalah unit uniform Bulan Sabit Merah, bangge sebab menang kawat. kah kah kah. Kalau menang rawat orang bolehlah lagi, ni kawat? Bulan Sabit Merah ditubuh untuk berkawat ke?

Pengakap ni yang jadi real bila ade aktiviti berkhemah, ini yang paling seronok sebenarnye. Bukan senang nak tidur di dalam ambiance air terjun, bunyi cengkerik, hantu terposok atas pokok tu belakang cerita la yek? Gua sebagai seorang pakar dalam bab tidur tahulah mengenal mane tidur yang ade makne,ade soul mahupun ade berahinya.

Yang pertama adalah tidur dalam kelas, sedang orang lain tahan tidur sebab taknak kene cop kurang ajar, ini lah time paling syok. Orang yang tidur dalam kelas adalah orang yang tidak hipokrik. Yang kedua adalah tidur malam berkhemah, ahhhh. dia punya syok, sampai kawan sebelah pun boleh buat bantal peluk dan kaki kawan buat alas kepale.

Brotherhood waktu berkhemah ni memang kene tinggi, pergi tandas pun nak beramai-ramai. Kalau sorang tak mandi, semua tak mandi. Kalau sorang busuk sangat, tendang dari khemah terus. kah kah kah

Sekarang gua dah tak berapa nak into dengan scene pengakap, sebab utamanya adalah gua pengerusi pengakap yang paling loser pernah dilantik. Selain itu, pengakap jugak merujuk kepada sistem pangkat dan darjat seperti sistem polis yang gua tak minat. Selain tu jugak pengakap tahun ni kene bawak tema 1Malaysia, lagi la gua rejekk!

"There's no happiness when you don't share with others" - Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell

Oh,baru gua perasan kenape budak-budak zaman sekolah gua dulu tak nak masuk Pengakap, mungkin sebab di ilhamkan dari seorang kafir? kah kah kah

Bagus la, duduk la korang dalam dunia islam sampai mati,jangan lupe dengar maher zain hari-hari. kah kah kah

Oct 7, 2010

Gua serta scene rock tempatan

Posted by


Scene rock memang suram,lagi-lagi buat pemuda macam gua yang lahir tahun 90an,rock mase tu hanya tinggal sisa. Ni semua gara-gara rambut panjang,seluar ketat dan baju singlet ala cap pagoda yang telah di-haramkan gomen.

Lepas tu muncul la perkara-perkara yang lebih mengarut dari scene rock, bagi budak-budak zaman sekarang memang boleh ghairah bila di dendang dengan lagu ala-ala jastin biber dengan lady gaga. Tapi bagi gua ni hal-ehwal struggle.

Lagu Search diatas antara hits,lagu penaik spirit buat gua belajar photoshop tengah pagi mase zaman mencari rock.

Rock (2005) : Mamat Khalid

Tahun 2005,muncul satu cerita Rock dari Mamat Khalid. Cerita ni kira suam-suam saje bagi gua, tapi perubahan sekeliling memang hebat.

Gua ingat lagi waktu cerita ni baru keluar, kedai Ravi, kedai cetak rompak tetap di kawasan gua, bukan main laku lagi. Yang buat gua terkejut, kawan se-persekolahan gua yang sebelum ni asyik bercerita tentang artis hip hop, terus tukar track.

Sebelum ni bawak kaset ruffaedge, tapi sekarang kemain lagi dengan keseronokan pakai seluar ketat. Gua tumpang seronok jugak bila ada ramai member sealiran muzik, tapi benda ni semakin parah.

Parah tak parah jugak bila Slam pun dikatakan rock, ahh tu gua boleh berkerjesama lagi. tapi kalau sampai band yang semua lagu pasal putus-cinta,suka-cinta,mati-cinta,cinta-cinta-cinta. rock ape dah tu?

Semenjak dari peristiwa tu,gua dah berpatah-arang dengan scene rock tempatan. Gua tak mengaku rock lagi,gua terus berdiam diri bila ade topik-topik rock.

Oct 6, 2010

PERKAS (perjalanan ringkas)

Posted by

"Remember: the time you feel lonely is the time you most need to be by yourself. Life's cruelest irony." - Douglas Coupland.

Pengangkutan awam paling mainstream dekat Tg Malim ni adalah bus, no.2 jatuh dekat keretapi. Ada lebih kurang 3 syarikat bus beroperasi dengan disiplin untuk memastikan warga Tg Malim ke kuala lumpur dengan gembira, pak cik driver tersenyum lebar sambil pekene uniform syarikat, kadang-kadang harap je beruniform, bila pasang radio tak ingat dunia. Takpelah, mungkin pak cik tu driver utama rombongan sekolah, sebab tu dia suka suasana meriah.

Ahhh,lupakan drebar bas, dia takde dalam kisah perkas gua hari ni.
Perkas bukan benda baru dalam diri gua, selalunya gua akan ber-perkas seorang diri. Baru true ber-perkas. Tak-tak, sebenarnye rakan se-perkas gua sudah tiada, bukan mati. cuma, diaorang lebih seronok di belah sane, belah mane? haaa itu gua tak tahu.

Berbalik kepada cerita perkas, gua pernah ke kem pengakap berseorangan, ke petaling jaya yang gua tak pernah jejak, berseorangan dengan niat dihati untuk ber-art. Berbasikal di tanjung malim pukul 4 pagi, ahhh taklupa jugak ke shah alam dengan henset mati. Banyak lagi kes-kes perkas gua ni.

Satu je yang boleh gua konfemkan dalam sesi perkas ni, lu orang tak akan jumpe makwe super-hot, single yang luorang akan terserempak/ter-eksident dan dengan kuasa tuhan lu orang berkenalan, ape? macam cerita korea? lu nak kene paranawei dengan gua?!!

Oklah,gua pernah jumpa sekali sewaktu gua berpeleseran di kota kuala lumpur. itupun kalau lu nak ketegorikan cerita ni cerita makwe-makwe.

Jam menunjukkan 2pagi, kondisi moto kriss gua masih tip-top untuk lari dari polis kalau-kalau muncul. Tidak-tidak, gua tak merempit, cuma gua sesat sambil cuba menutup kepale yang tak berhelmet,polis mana mungkin faham keadaan gua mase tu. mustahil.

Sedang gua meniti lorong gelap sekitar CM, mata gua ternampak satu susuk tubuh di perhentian bas yang suram, duduk berseorangan sambil tangan giat bermain-main dengan rambut halus, sambil pekene kasut tumit tinggi dan skirt pendek dedah peha, mata mane tak tertarik?

Gua memperkemaskan kelajuan moto gua dan pertajamkan imbasan mata.
"macam jahanam lawa!" benak hati gua.

Susuk tersebut berdiri dan melangkah manja ke kawasan diterangi suluhan lampu jalan dan bulan,
pehhhh!

"WOI PONDAN TU WOI!" jerit member gua dari belakang.

Gua terus pandang ke depan dan cepat-cepat membetulkan nafsu.

"cilakak!!!" jerit nafsu gua yang telah ditipu.


Hmm... sebenarnye gua dah tersasul jauh dari topik yang gua nak ceritakan. kah kah kah
gua sambung esok-esok je la, gua tak larat nak menulis lepas penat menganjing usahawan fesbuk.

Kalau esok-esok gua punya fesbuk cakap nak beli kerate sukan bumbung boleh bukak tutup jangan terkejut sangat.

Oct 5, 2010

scene keluarga

Posted by

Sebelah kanan gua bakal ke jepun, sebalah lagi ke austrolia. gua? kah kah kah!

ini gambar pegang bom gua syak,gua pun dah lupa.

serupa gampang juga rambut gua side-burn singkat, kah kah kah! selamat hisap lolipop, baru la cool yedok? cool kepale tengkorak gua!

Oct 4, 2010

RAGE #2

Posted by

"We choose our joys and sorrows long before we experience them." - Kahlil Gibran.

FUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!! RAGE RAGE RAGE!!!

Posted by

Dengan keputusan macam ni, memang gua akan berpuasa dari semua laman sesawang sukan. Selamat minggu depan international break, boleh gua tenteramkan diri.

Tenteramkan diri ni proses yang sangat lambat, gua terpakse guna catalyst. Sebagai seorang penduduk negara kapitalis yang mementingkan ONTONG (why men kene cukai,ilmu pun nak bercukai ke!),gua terpakse berbelanje. ahhhh,nak harap perpustakaan hulu bernam nak muncul buku-buku macam ni memang susah. Buku mainstream banyak la.






Gua dah korek, sume buku ni ade dekat MPH mid valley. cuma. gua takde uang yang cukup. Terpakse la gua gune duit bayar saman nak beli buku saman. kah kah kah

Gua baru selesai baca buku Bill Shankly : Its More Then That setebal 300 muka surat dan 200/400 muka surat dari buku Gerrard:My Autobiography. Dia punya syok bace buku Liverpool ni sama taraf dengan syok bile bace buku art of kamasutra, ok gua tak pernah bace buku art of kamasutra, tapi gua dengar kawan gua cerita pasal buku tu macam seronok. Gua cadang-cadang nak angkot buku Kenny Dalgish : My Liverpool Home kalau gua ade uang lebih.

Secara total gua dah bace lebih 600 muka surat sarat dengan huruf, sama bilangan dengan waktu gua sekolah, dari darjah 1 - tingkatan 5. Buku sekolah memang tak syok, formaliti melampau tak patut.

Ok,gua bakal memulakan pengembaraan gua ke MPH mid valley bila gua ade duit nanti. kah kah kah.


Yes,sedang gua leke menghirup teh tarik mamak dengan pandangan 2-0 dikaca tivi, skor tim celsea lawan arsenal. Gua terfikir, nak buat pertandingan Futsal dekat Elite ( salah satu ejen kapitalis true di tanjung malim ). Sekarang gua giat mencari tim-tim, kalau boleh jalan, kire up jugak scene bola sepak tanjong malim ni.

Luorang jangan risau, kalau gua buat, gua takde nak buat ceramah hal politik "ai dah tolong yu,yu tolong ai pulak", macam pilihan raya hulu bernam tempoh hari. Faking punya perangai gune bola sepak medium politik. Ahhh! kalau Sepp Blatter tahu, sah-sah Malaysia punya bola sepak lingkop. Ahhh! gua lupa, tak payah dia tahu, memang dah lingkop dah!

Doakan usaha gua mengubah tanjong malim buat kali ke-123456789 ni.

Sep 28, 2010

Dash yang kuro (mungkin)

Posted by

hah.amacam? lu orang ingat lagi tak dekat cerita kartun dekat atas nih? ahhhh! tak true la semangat tv2 lu orang waktu kecik-kecik dulu. sebenarnye gua pun tak ingat, tapi cerita ni memang super power. same taraf dengan cerita transformer versi binatang yang gua tengok setiap kali balik sekolah agama sebelah pagi, yang ketua dia adalah sekor gorilla.


Kerate atas ni la jadi tumpuan utama cerita ni hangat semacam. Entah macam mane,scene konda-kondi dengan guli jadi surut, seluruh budak taman gua ade kerate ni. Kedai berdekatan pun bukan kemain promosi bende ni, kotak permainan ni diletak dekat sume bahagian, bahagian sayur pun ade, bahagian ikan pun ade. ahhhh! tektik tektik. tapi sebab tektik tu jugak gua ter-bejaya membeli selepas sedikit rundingan dengan mak gua. kah kah kah!

Gampang ape gua kecik-kecik tahu berrunding, yang gua tahu gua nak bende alah tu untuk nampak cool. Mak gua kalau beli barang hal-hal mainan terpakse fikir panjang, katekan satu mainan tu harga rm15. Dia terpakse darab 3, sebab kene beli untuk gua,abang gua no.2 dan abang gua no.1. 15 darab 3 dah 45. zaman tu rm50 bukan boleh pandang sebelah mate woit!


Pehhhh! sebijik dengan gua punya beb, name kerate ni Burning Sun hak milik si gemuk dekat gambar atas sekali tu. Balik-balik terus gua bukak, ni lagi satu masalah selain berunding dengan mak gua. Gua terpakse pasang segale kompunen haram jadah sebelum nampak bentuk kerate. Gua mase ni sekolah tadika je,naik basikal pun berakhir ke tanah aje. Jadi gua terpakse la serahkan tugas macam ni dekat abang gua, tapi sayang. Abang gua pandang remeh dengan masalah gua, dia pergi pekene main kerate dia dulu. seminggu dua baru la dia pasang gua punya. cilakak.

Ramailah warga Taman Seri Nanding yang ade kerate ni, tapi semua nampak same sebab kerate ni ade 5 jenis je. Maka naik la spirit D.I.Y masing-masing, ade yang spray body kerate, ade yang pasang eksesori ade yang terlanjang kan terus.

Maka terbitlah kotak ni dalam rumah gua. Abang gua secare tak langsung menjadi brader sperepart kerate ni, dari rangka body, tayar, enjine, bateri murah dan segale bende ade.


Ni track litar untuk kerate tu, sape yang ade bende ni kira boleh bukak bisnes. satu bisnes sewa track, satu bisnes cas bateri. Scene kerate ni tak lame pun, mungkin sebab mase tu scene konda-kondi dengan bola sepak masih menebal dikalangan pemuda taman,tapi scene ni naik balik mase gua mula-mula datang tanjung malim tahun 2001.

Mase gua darjah 3, gua dapat keputusan yang gila babi punya cemerlang, terus gua mintak mak gua belikan kereta tamiya bersama-sama dengan enjin kerate mainan versi warne ungu. Yes, kerate ni pun ade macam-macam versi enjin, lagi mahal lagi power.

Nak di jadikan cerita, Tanjung Malim mane ade kerate enjin ungu. semua enjin standard keluar kedai aje. Berbekal pulak dengan bateri boleh cas, memang boleh pergi jauh. Memang puas hati betullah gua mase tu, tapi lepas peristiwa kerate ni jatuh longkang berair. Terus gua punya kerate jadi biase-biase.

Scene ni pun bertahan sekejap je, sebelum scene kerate kontrol naik.

Sep 16, 2010

kodi la gua takde cerite raye yedak?

Posted by
Cerita raya gua tahun ni nampaknye banyak gua lupa, ni disebabkan hal-ehwal keramainan dan brotherhood seperti mengetehtarik,berbola,buat lemang(gua tipu) serta bahagi duit raya bagi anak buah(ini lagi gua tipu).

Raya tahun ni dia punya feeling baru up lepas pekene teh tarik dengan kutu-kutu lain, topik paling solid yang dibawak ialah makwe dan hal-ehwal kolej omniversiti. Takde lagi hal-hal kerja rumah banyak, atau tak boleh keluar lewat malam. ape? hal tak banyak makwe? masing-masing dah pekene tangkap gambar makwe. cilakak.

Lemang kampung gua tahun ni pun kurang solid,ape?air gas? lagi serba tak menjadi.
Hari raya pertama lagi gua dah buat waktu tidur, selamat ade solat jumaat. Kalau tak, mau sampai ke subuh gua lajak. Tapi aktiviti paling paling in buat gua time raye adelah solat maghrib (gua tipu), sebenarnye lepas solat ade aktiviti salam sesama sedare. Kali ini dia punya salam ade makna raya yang real dan deep.

Real dan deep yang kalau salam dapat duit, jarang jugak gua salam orang kasi sedekah senyum dapat duit. Tapi ini hanya terjadi pada hari raya pertama selepas solat maghrib di rumah nenek gua.

Kalau sebelum-sebelum ni gua pekene seluar trek buat salam-salam,tahun ni gua tukar jadi seluar melayu yang gua guna dari pagi sampai ke malam.(seluar baju melayu gua nak panggil ape woi!?) Lepas gua dapat tahu yang nenek gua dah mula nak up duit raya, gua terus pekene uniform yang lebih sesuai.

Nampaknye duit raye gua tahun ni lagi banyak dari gua zaman sekolah rendah naik basikal pergi beraya. kah kah kah!

Sep 6, 2010

spirit kene ade

Posted by

Some people think football is a matter of life and death. I assure you, it's much more serious than that. -Bill Shankly


Gua pun tak tahu setan mane terlepas bulan-bulan puase ni yang buat gua punya spirit of Liverpool menaik. Sejak gua pekene bace buku ni, terus gua tak perlu suara Regine Spektor, Nina Pearsson mahupun Zooey Deschanel untuk mendodoi gua tidur, suara makwe? boleh campak jauh-jauh dah.

Berbekal duit yang sepatutnya gua jadikan seluar dan baju raya, tapi gua buat beli buku ni, satu lagi buku Gerard. Baju gua angkot baju Liverpool, gua peduli hape kalau gua tak dapat pekena pak cik paul semit punya jenama yang tengah top tu.

Kali ni kali kedua gua mengecewakan mak gua nak tengok anaknya beli baju berciri borjuis sambil pekene rambut terurus stail kerje kerajaan mahupun beli seluar supermarket. Maaf emak, anak mu lebih suka membazir beli seluar bundle 5ringgit dari beli seluar supermarket yang same harge dengan duit belanje gua 1bulan!

Sep 2, 2010

Bill Shankly , working class hero.

Posted by

Bill Shankly, pengurus Liverpool 1959-1974.
Hero buat manusia kelas pekerja.
2 September 1913 – 29 September 1981


"The socialism I believe in is not really politics. It is a way of living. It is humanity. I believe the only way to live and to be truly successful is by collective effort, with everyone working for each other, everyone helping each other, and everyone having a share of the rewards at the end of the day. That might be asking a lot, but it's the way I see football and the way I see life."

Aug 29, 2010

Lawak orang old skool

Posted by
Peristiwa 1 :

2009 , majlis berbuka puasa.

Dalam keadaan hening selepas berbuka, gua meng-port-kan diri dengan sedare-mare sebaya. Datang sebuah keluarga, atau lebih tepat sedare gua yang gua panggil mak cik Zarah. Terjadi la persalaman diantara saudara-saudara yang gua jugak turut serta.

Gua menghulurkan tangan kepada mak cik Zarah, dengan slumber dia terus pergi membiarkan aku dengan tangan terhulur. Cepat-cepat gua tukar posisi tangan ke posisi tepuk-tepuk nyamuk sebagai langkah cover.

Peristiwa 2 :

2010,majlis berbuka puasa.

Langkah gua memperkenekan baju melayu nyata garang, perkarangan rumah pak cik gua padat. Lauk berbuka terhias rapi,makwe setiap 2 saat bertukar wajah.

Gua dan famili mencari-cari kenalan yang lain, terjadinya persalaman sesame sedare seperti normal. Dalam keadaan khayal bersalaman, gua terus menerpa Mak Long gua dan terus menghulurkan tangan gua.

Dengan rasa slumber-yaya Mak Long gua berkata dekat mak cik gua lagi sorang,

"takpe ke aku salam dengan dia ni ? Batal air wuduk tak?"

Kali ni gua tak tau nak tampar nyamuk lagi atau nak terus terjun tirup ke arah rumput berdekatan.

Nampaknye gua kene slow-down sikit aktiviti brotherhood gua dan tumpukan lebih kepada hal-ehwal keluarga.

Aug 23, 2010

semua polis is bladibabi

Posted by
"harapan setinggi gunung, berderai menjadi debu"
Raye tahun ni gua pasrah tak dapat pekene baju Liverpool.
gua pasrah.

"Terima kasih pakcik kerana merompak saya.
Selamat Hari Raya." - kate gua dengan nada 1pagi.

Kelihatan pak cik polis tersebut senyum nipis memikirkan duit komisen raya yang bakal gua kasi dekat dia.

"hell,faking hell" kate gua dalam hati.

hari ahad, rabak rabak juga. hal ehwal temankan mak gua tak lupe.

Posted by
Bab perempuan ni gua memang akan angkat bendera putih awal-awal. Dalam keadaaan mate rabak, gua bersama famili gua ke kolumpo.

Hal ehwal membeli belah dan shopping konon-konon menjaga ekonomi negara ni gua tak berapa nak percaya sangat. Jarang pulak gua tengok pak menteri dan pak tengku tungkik ni tak ber mersedis, mahupun tak guna benda export.

Hal tipu rakyat banyak sangat dalam tivee tu,macam gampang.

Bertolak pukul 10, gua duduk sebelah abang gua. Gua takde lasen kerate, jadi gua duduk sebelah angkat kaki ke air-cond. peh, kalau bilik gua ade air-cord kerate ni, mau hari-hari pekene baring paling deep.

Tepat pukul 11, gua dah terpacak depan sogo sambil tengok sorang dua minum air tebu.
Ramadhan taun ni paling perit buat gua, masih tak jejak ke bazar mahupun pekene air tebu sambil tangan kanan cicah murtabak ke kuah. Gua kira-kira, ramadhan ke 18nanti gua dah cukup harta nak beli murtabak dengan air tebu.

Kali terakhir gua ikut famili gua bershopping tahun 2006 dulu, kate orang zaman masih hangat dengan syawal,duit raye boleh kutip sampai 3angke. Masuk ke sogo ni, gua carik-carik juga kedai bundle tapi gagal. Yang ade jual baju stail 50ringgit, seluar nak sampai seratus. Gua pegang-pegang barang tu sambil garu kepale.

Satu perkara yang gua kecawe dengan anak kecil sekarang ialah, time hilang dengan mak bapak cepat sangat berpatah arang, terus pergi ke kaunter pertayaan buat statment anak hilang. Pegi la pekene ke kedai mainan dulu ke,baru la spirit of youth.

Cukup time, lepas mak gua dan famili pekene barang masing-masing kami balik. Gua? gua bawak seringgit aje, kejadah hape nak bershopping. Memang gua selalu simpan duit seringgit, hal-hal emergency senang. Hal macam terbatal puase, boleh lari pecut ke kedai mamak order teh tarik.

Tapi disebabkan bulan puase, minum teh tarik tengah hari boleh buat orang rase nak tumbuk perut. Sedang-sedang gua berjalan, gua tengok orang mintak derma. Stail dia gua nampak macam sempurna sifat, tak stail yang macam kat Tanjung Malim yang cacat boleh nampak. Gua pun gunakan la seringgit gua untuk derma. ************* Gua masukkan balik duit seringgit gua,gua jalan laju-laju.

Rupe-rupenye dia nak derma stail bundar 5 dengan 10. faking hell.

Selain itu, gua nak cakap kalau lu orang pegi KL keluar ikut PLUS, dah boleh nampak lambang pembodohan rakyat. Istana baru yang mahal nak mati.

Aug 13, 2010

Blues bulan pose

Posted by
Baru seminggu puasa, gua tak rase calenging langsung. Nak dijadikan cerite ramadhan tahun ni paling tak mencabar. Kalau tahun lepas gua lebih banyak habiskan masa berbuke stail braderhood,stail berbuka pukul 6:30 baru nak hidop enjen moto, sampai bazar sume kedai dah buat promosi turun harga 90%. Kalau pukul 7:15 tu jalan-jalan depan gerai diaorang, dia kasi pecuma. Kadang-kadang diaorang ajak makan sekali. Tapi gua tolak sebab kalau makwe yang ajak memang sah gua sambar. Kalau bawak 2 ringgit tu dah boleh sambar murtabak sekeping + air sirap. Gua bersama kutu-kutu yang lain pun membraderhoodkan cara berbuka, kira sorang beli kuih, sorang lagi beli murtabak, kalau ramai-ramai memang nampak macam-macam juadah. Habis berbuka terus ke masjid. eh silap, terus ke cc.

Mase ke terawikh tahun ni,lagi macam gampang. Stail duduk sorang-sorang,brader sebelah sembang lohat kelate,sebelah lagi budak-budak cerite pasal katun terbaru. Gua duduk tengah-tengah gaye macam alim,padahal dalam hati takde member langsung.

Kalau dulu,lepas solat isyak terus pecut ke pekan berdekatan dengan kehadiran kutu yang sederhana. Desitinasi paling solid mase tu adalah kedai cd Ravi yang jual mercun. Masuk kedai,usha-usha cd dan terus blah. Jalan jauh sikit, sorang kutu sound,
"woi ! dapat tak dapat ?"

yes,kegiatan paling solid time solat terawikh adalah mencuri mercun. Kalau beli orang kate bakar duit,kalau curi tak tau la ape katenye. Kami lari-lari anak sambil melompat-lompat girang,masjed baru rakaat ke 8 rasenye. Mak bapak masih sibuk didalam. Destinasi seterusnya ialah padang majlis daerah,tempat paling solid kalau nak main mercun.

Pong pang pong pang main,nak dijadikan cerita lagi, lepas penat bermain,seorang kutu menjerit,
" woi bayang ape tu!" sambil kami tercari-cari bayang ape yang ade dalam kegelapan padang ni.

"aku nampak orang belari tadi !" terang kutu tersebut. Dalam umur yang masih muda,pengalaman hal-ehwal mistik memang kurang.

Dengan tak semana-mana, seorang lagi kutu berkata, "woi aku pun nampak la!" sambil tangan ditunjuk-tunjuk kearah gelap.

Faking hell kata hati gua. Seingat gua setan dah masuk lokap,sape pulak yang belari-lari dekat padang malam-malam macam ni?

Berbekalkan semangat takutkan hantu, gua serta kutu yang lain berlari ke arah yang lebih cerah, jam dah lewat. Masing-masing ke pangkuan mak bapak yang baru habis terawikh. Gua? Gua berbasikal sejauh jarak rumah gua ke masjed jamek tanjung malim semate-mate nak solat terawikh, eh silap, main mercun! Time kutu yang lain gembira dipangkuan mak bapak masing-masing,gua masih berpeluh-peluh mengingat peristiwa tadi. Last-last gua lepak setengah jam,tunggu haji-haji yang naik basikal balik. Ni kali pertama gua merase balik dalam stail rombongan.

Gua difahamkan bende yang gua nampak tu adalah kelibat. Banyak jenis pulak bende mistik ni. Tolak tepi, besoknye ke padang mejles daerah lagi dengan tujuan bermain mercun!

Aug 10, 2010

cerite bulan puasa

Posted by
Sedang-sedang gua masih melayan pisang goreng,bapak gua dah sound awal-awal,
"malam nanti jom pegi terawih." Gua angguk-angguk aje,kalau cakap lebih-lebih nanti lari jugak selere gua makan pisang goreng cicah gula ni. Bagi orang muda macam gua,seminggu terawikh tu memang melekat tapi bila masuk minggu dua dia dah tak nampak batang hidung langsong. Rata-rata dah mula pergi main mercun atau paling kodi tengok game bola.

Mase gua dalam perjalanan ke mesjed menaiki kerete sukan, bapak gua membuka cerita-cerita ramadhan. Kalau sebelum ni waktu pilihanraya dekat area rawang,dia bukak cerita hal ehwal politik tapi disebabkan nak masuk ramadhan ni semua perihal tentang solat sunat habis dicerite.
Gua duduk tepi senyap-senyap buat-buat garu kepale aje.

Lalu depan satu surau kampung,bapak gua terus tukar topik.
"ni surau barisan" kate bapak gua sambil tunjuk-tunjuk surau tersebut.
"kenape pulak?" tanye gua kepelikan.
"sebab warne biru,lagi pun tak ramai yang datang!" jawab bapak gua.

Gua gelak keh keh keh aje.

Aug 9, 2010

gua selepas kene banci

Posted by
Petang yang dingin haritu gua ditemani dengan cempedak goreng. Sedang-sedang gua sebuk menelan, tibe-tibe muncul satu suara dari luar rumah, "semekom!". Kalau time hari raya memang gua takkan bukak pintu tu tapi sebab fikir yang puasa pun tak start lagi gua rajinkan la diri tengok siape dekat luar.

"kami nak buat bancian" kate brader tu. Muka dah iras-iras member abang gua je.
Gua angguk-angguk kosong tanda setuju. Selepas gua habis menjawab segale benda yang dia tanye,gua ada satu persoalan yang paling kusut.

"ape kene mengene tanye pasal ipod dengan banci ni?"

Gua dengan rase kerius pun kaji la sikit pasal banci-membanci ni.

"Menyediakan maklumat yang meluas tentang:
  • Bilangan penduduk dan isi rumah serta ciri-ciri demografi, sosial dan ekonomi; dan
  • Bilangan tempat kediaman mengikut jenis, ciri dan kemudahan asas yang sedia ada." -dipetik dari laman web gomen
Adakah dengan adanya pemain DVD,Kamare Digital serta Ipod. Sesebuat keluarga itu mempunyai ekonomi yang kukuh? Cuba-cuba la tanye dalam peti ais ade berape ekor ikan ke,bekalan gula cukup tak cukup ke. Selamat dia tak tanye ade fesbuk atau tak, kalau ade kire macam sosial jugak la yek?

Aug 4, 2010

Dalam gambar ada cerita,dalam cerita ada sejarah

Posted by
Kepada semua peminat Real Madrid "do you remember this-real"?
4-0,Anfield,10 Mar 2009.


Sedang sibuk gua terkincit-kincit mencari buku doa bulan ramadhan nanti, gua meng-into-kan diri dalam arena pengulasan bola,nampaknya cita-cita gua nak jadi jurulatih bolasepak masih cerah,paling kodi pun dapat jadi pengulas.

sila ke saluran sukan paling digemari WAGS-WAGS,
kelik sini.

Aug 3, 2010

jom MABUK!!! ehhh,dah tukar,jom MENABUNG!!!

Posted by
Baju baru yang bertemakan sifat-sifat 'mari menabung' yang mengantikan element-element mabuk. Belum start liga pun dah boleh nampak ciri-ciri dan nilai murni pasukan Liverpool.

Jul 31, 2010

road to ipoh part II

Posted by
Tengah pagi sebelum gerak ipoh,kutu bernama lokman dah hantar mesej siap-siap,"we grak bs0k r...ip0h", gua tak balas mesej tanda faham. Macam selalu-selalu,ayat mesti mau sedap,manis dan berperise sampai boleh ukir senyum nipis.

subuh-subuh gua dah mesej kutu ni,tak cukup mesej gua siap call. Tapi haram tak berbalas,kalau situasi macam ni jadi,harapan nak berjalan rancangan tu jadi 2%,itu ikut pengalaman gua la,taktau kalau-kalau sejak masuk sekolah dia join pengakap dan amal undang-undang no.1 pengakap. Gua turun mamak subuh-subuh pekene neskefe,performence neskefe subuh-subuh pun bawah sikit dari teh tarik je.

gua pun tunggu la kutu ni balas mesej gua subuh tadi,sampai ke-tengahari pun tak berbalas,gua amik langkah bijak,gunakan pengalaman gua. Gua terus tarik selimut,cuaca kat tanjung malim tengahari pun boleh tahan performence dia,matahari tercacak pun ada lagi sejuk-sejuk dia. Tengah sedap-sedap tidur,mesej kutu ni pun masuk "we..lu bleh grak ip0h s0rg2 x",gua pandang acuh tak acuh,gua teruskan tidur.

Gua bangun tidur pukul 11,kutu ni mesej lagi sekali "we chers..s0ry r s0rg pun xnk gerk ip0h..ak nk g nek bs pun duet xdo de", gua bace sambil senyum-senyum.
"tak sia-sia gua teruskan tidur gua"bisik gua. Ajak gua pergi,tapi takde duit?? kahkahkah
selamat tak ajak gua pergi kawin! gua balas mesej "takpe,gua dah biase kene tipu dengan lu ni".


notakaki; ilmu datang dari pengalaman,lu takkan dapat ilmu nak kesan penipu kalau lu tak pernah merase kene tipu atau jadi penipu.

Jul 28, 2010

bukan selalu gua nak cerite-cerite kisah rakyat marhein yedak?? II

Posted by
Kalau bab musik dekat tanjong malim ni,gua boleh kasi -4bintang,gua ingat boleh cecah -5 jugak,tapi tanjong penah buat satu gig dekat upsi yang gua sendiri pun tak rase macam gig,yang datang memang ramai,dari pakcik-pakcik "berjaya" baju batik perut boroi,sampai makwe-makwe tengok band perform macam tengok orang mengaji,takde nak bertepuk takde aksi mahupun reaksi. Gua syak dia nak lagu-lagu ala-ala cinta-kau-aku-sampai-kubur punye stail. dah yang ber-not-so-moshpit pun boleh kira gune jari kaki.

Scene tanjong malim rate-rate adalah mat rempit,"dalam hati ada taman" & paling gempak pernah belaku adalah scene skinhead punk tahun 2007,tapi scene skinhead punk dekat tanjong malim adalah unik dan spesial. Yang bertukar hanya gaya pemakaian je, bukan attitude. rambut pacak bau telo,doc marten,baju seluar jean ketat,kalau tengok memang betol-betol rebel brader tu,tapi pergi jamming main lagu cinta-kau-aku-sampai-kubur dan lebih parah dress-up macam tu turun tanjong beli buah epal,kalau gua adalah penjual epal,sudah tentu mimpi gua malam tu mimpi ngeri.

Berbalik kepada scene tempat kerja gua, bila muncul lagu-lagu bangfes,rata-rata akan cakap "lagu ko min!",ni disebabkan pakaian mase gua masuk-masuk kerja sudah seperti rockstar,sluar skinny&kasut converse(korang ingat pencuci pinggan tak berjiwa rockstar ke,kehkehkeh),gua buat tak port je. Tradisi macam biase bila dah bosan,dapur dah bersih-berseri,takde order yang masuk adalah bluetooth lagu sambil sembang kosong,kadang-kadang ganti dengan usha makwe-makwe lalu,performence makwe dekat kawasan kerje ni memang solid.Kalau bluetooth lagu,memang henset gua diaorang takkan usik gara-gara lagu dalam henset gua macam gampang, band dari zimbabwe(gua tipu),orang asli awstrawliar,asli hulu & omputih duduk cigago. Mane penah diaorang dengar name-name Ramones,Killers, lagu Beatles pun tau satu je,Lucy in the loo,goldfinger,ben gibbard yang kawin dengan makwe idaman gua,Zooey Deschanel. Macam omputih kalau kasi durian,pelik bebenor demeh da!

tapi komrad kerje gua kalau bab motor memang genius,kalau time rokok-break (rehat sambil isap rokok) semua perihal motor dia cerita. gua duduk diam sambil angguk-angguk kepale. tak manis pulak kalau gua mencelah pasal musik ataupun ekonomi negara,boleh bawak bergaduh nanti.

-bersambung
saje-saje gua buat sambung-sambung ni,baru la hidup bizi sikit nak kene siapkan yedak?

Jul 27, 2010

bukan selalu gua nak cerite-cerite kisah rakyat marhein yedak??

Posted by
tak karat lagi skill paint gua ni yek.
dari kiri;tempat kerja gua,ben gibbard,powerpop,reel big fish&oag


Sehari sebelum dapat gaji pertama antara saat-saat genting,bagi komrad-komrad yang baru nak rase berkerja.
Dengan memulakan hidup baru sebagai hamba kapitalis, kudrat serta penat kerja dihadiahkan dengan wang.Jumlah yang orang kata,kalau nak berkeluarga memang tak boleh hidup,tapi kalau buat belanje makwe,boleh tambah sayang. keparat punye peribahasa. 775rm adalah jumlah yang besar buat gua,600 gaji basic,100 elaun & 75 OT. Respon komrad kerja yang lain "awal-awal kerje memang la rajin".

Aim awal gua sudah semestinya yang moden,top,hip,&trendy, iPhone. Tapi disebabkan gua terlalu desperate & tak mampu mendengar alunan-alunan musik gampang buatan menstrem Malaysia,gua terus angkut Bluetooth Headphone,harge 400. Dekat tempat kerja gua,satu-satunya bunyi musik ialah dari radio,dan siaran yang paling kerap dipasang adalah MuzikFM & SinarFM (malam ahad ada carta ROCKKKKK DIIII SINARRRRRR,yes bunyinya sangat gampang) disebabkan gua punye tukang masak yang setting-setting radio tu,gua tak berani nak usik atau kondem.

Baru satu bulan dekat situ,gua dapat rase brotherhood gua terhadap musik-musik alternatif terhakis, tiba-tiba gua boleh bersiul lagu Adam Lembut.faking tak faking sehari 7kali ulang lagu ni,lagu yang top mase tu datang dari pek meggi...ops, maksud gua akedemik fantatsia.Ada kadang nya sesi karoke jugak berkumandang dari dapur, lagu yang wajib top volume adalah lagu Salim yang awal-awal tarik & lagu Pak Long-selagi ada rindu.

Gua syak ni adalah penindasan hak,tapi kalau gua bersuara pun nak buat ape? Bukan nya carta ROCKKKKKK DIII SINARRRR tu mampu letakkan lagu true rock dalam carta. tak habis-habis dengan lagu kisah cinta berakhir di pelamin,longkang mahupun dalam semak diiringi ketukan drum sekali sejam.

-bersambung,gua nak pergi kedai mamak dulu carik idea!

Jul 26, 2010

road to ipoh part 1

Posted by

luorang jangan terkejut sangat kalau nampak muke gua keluar tivee,
ipoh adalah adik kepada hollywood. Harap-harap gua dapat tackle dania denilie


"woi minggu depan ipoh mali" sms ringkas dari Lokman.
cilakak,mangkuk ni tak tido lagi,agaknya masih tak tahu peraturan budak sekolah kene tidur sebelum pukul 12 agaknya. Kalau gua boleh ingat-ingat balik,lepas gua bundarkan,dekat 30 kali jugak mangkuk ni mengajak gua pergi ke Ipoh. Namun,sekali pun tak pernah menjadi,dari zaman sebelum,sedang,mahupun selepas SPM. Dari hajat hati nak mengorat makwe bandar sampailah mencari rezeki,tak pernah jadi.last-last gua yang kene mengaji dekat situ.

-bersambung

Jul 23, 2010

kisah bola (lagi dan lagi)

Posted by
"Asyik jersi warna suram je,patut la gua punye performence ngorat mawek slow!,
dengan baju Liverpool ni,gua konfem dapat 2 makwe dalam mase 30menet"
begitulah kate Joe Cole,udah rupe testimonial jusmate5 ddR yedok?


Agak kurang ranum jugak blog gua sekarang asyik-asyik bubuh gambar-gambar pakwe je.(kepada makwe-makwe yang ade posing dengan baju Liverpool,kasi dekat gua,gua post besar-besar dalam ni).

Jul 21, 2010

gua patut ke mainstream?

Posted by
lame jugak tak update blog gua ni yek?,
performance hidup gua tengah dalam slow se-slow tempo irama new boyz & 4u2c,
cukup gampang.

entah apahal,2-3hari ni gua asyik nak merabel je,
ni banyak terpengaruh dengan cerita-cerita alternatif la ni,
patut tak gua kembali kepada mainstream?

Jul 16, 2010

gua edisi bola bola bola

Posted by
gua tulis entri ni sambil lari setempat 12km/j,
2jam lagi gua ada match futsal.


Gua,bola,dan bola.
Sejak dari era pampers,seluar kain biru lusuh,seluar kain biru pekat,seluar hijau rebel tua,sampai ke era skinny jeans dan jeans koyak,boxer. lu cakap je bila,bola adalah benda yang gua takkan miss. Tapi malangnya menjadi seorang gila bola dekat Malaysia memang tak boleh nak pergi jauh,paling-paling pun join felda tengok dekat stadium.ahhhh stadium tu bukan tengok bola,tengok orang bercomolot je lebih,gampang!

gua syak bola ni ada jampi-jampi sikit, zaman sekarang,gua tengok makwe pun dah 'in' pasal bola.Dulu gua era tadika,sepak-sepak bola,makwe main masak-masak.tahpape.
Hari tu RTM ade siar satu drama sucksta,pasal makwe nak jadi pemain bola.gampang punye cerita!! macam shuffle! tak seronok!

sekarang ni,dah maju gua tengok.zaman gua nak main bola dulu,kene sharp datang padang.takde nak ber SMS.sekarang ni? siap buat event dekat fesbuk.
bladibabi advance!

Jul 15, 2010

gua syak kalau ini keluar negara mundur

Posted by

kahkahkah...
...kahkahkah
kahkahkah...

ini macam baru la boikot !
ape bende Tak Nak merokok?
tak nampak islamic langsung la kempen tak nak merokok!

...kahkahkah
kahkahkah...
...kahkahkah

gua serta kasut maha art

Posted by

Teringat jugak gua sama kenangan time beli kasut konverse ni, waktu umur-umur belum mumaiyiz dulu gua tak pernah ade kasut, cume kasut yang ala-ala onizuka tiger harge 20 ringgit beli dekat pekan tanjung & kasut sekolah. Kasut ala-ala onizuka tu gua buat pergi program motivasi dekat sub-urban KL. Tengah time rehat,gua pun pergi la konon-konon bersembang dengan orang kolompor ni,
"weh aku minat dengan kasut design macam ko ni,ape jename eh?" ujar seorang budak badan besar sambil tunjuk dekat kasut aku.

Gua tengok kasut dia dah macam brand-brand punye, time ni gua tak kenal lagi Adidas sama Nike, cukup la Kiko,itu paling kacip. takpun Cantona 7,baju sekolah abang-abang gua yang ade lambang MU. Gua tak kenal MU pun,tapi macam hebat jugak pergi sekolah ade lambang setan merah(logo Manchastee United).

"ni kasut mak gua beli,gua pakai je,asal? ni kasut fames dekat sini ke?" kembang juga ayat gua ni yedak?
"ape name nye?" tanye budak badan besar tu.
kucar-kacir jugak gua tercari-cari name kasut ni,tak tau pulak pasal kasut ni pun boleh buat jadi topik.
"rhinoserus" jawab gua.

Cilakak,
dalam hati tak pikir pun jename tu jename busuk woi!!
gua tengok dia gelak-gelak sambil senyum tipis,gampang.

Peristiwa mase gua angkut kasut konverse ni,bulan puasa,hari raye tak lari seminggu dua je.
Gua dengan kutu-kutu lain dah rancang awal,"shopping takde makbapak" adalah term yang paling 'in' mase ni, kalau dengan mak bapak, mesti gua tak dapat angkut kasut konverse ni,dan kutu-kutu lain dah rancang angkut t-shirt Avanged sebagai t-shirt raye.

Dalam otak gua dah terbayang-bayang kaki gua dalam dakapan kasut konverse, PERGH!
lagi-lagi ada makwe-makwe usyaa,PERGH!

kutu masing-masing dah dapat ape yang diaorang nak, feel beb.
tengah gua jalan pulang,gua pikir panjang...................................
gua dah dapat kasut,mane baju?seluar?songkok?selipa?
gampang! duit gua dah habis,beraya dengan kasut konverse je la gua tahun ni.
balik rumah,mak gua dah senyum nipis.

kasut konverse gua tersemat lagi sampai hari ni,
comot-comot sikit,tapi masih comel. kadang-kadang gua bawak pergi main futsal, last time gua sekor guna kaki kiri. kasut ni bantu. gua tahu. tapi semestinya gua tak bawak kasut ni untuk pergi pasar malam dekat tanjung,gampang ape budak-budak ni pakai kasut sebab nak pergi pasar?

mase gua balik rumah baru beli kasut ni,
adik gua menjerit "woi kasut jonas brader!"
gua down.

Jul 13, 2010

semalam yang mimpi dan pesta yamseng!

Posted by
entri kali ni,
entri yang agak dalam dan tiada fantasi.mungkin.

dunia jadi kucar-kacir,
makwe-makwe makin gelisah bukak wiki,search pasal (pemain) bola sepak-sepak,
dari ke flop Torres,ke rockstar Puyol.
Dari belah pakwe-pakwe,sume dah ready ayat-ayat panas membare-bare buat sang kawan yang bakal kalah,baju team dah perfume sejak semalam.

ahhhhh,klise,cliche.
bagi gua,gua sambut kecil-kecil.
Takde nak panggil makwe-makwe,buat dinner party ke,candle light sume.
cukup sekadar teh tarik. Tapi ini malam, gua set tempo high sikit, kalau layan dekat kedai mamak,kedai haji din masakkan seafood,dia tempo macam lagu-lagu jiwang.
Gua gerak bandar urban sikit dari tanjung malim ni,kot-kot team gua menang ade post-party ataupun berarak gune bas double dacker tu. PERGH!

Jam tepat pukul 1:00 pagi,gua dah kucar-kacir carik tempat nak layan final.
woi! gampang ape sume kedai full. baru pukul 1! time umumkan raye pun tak se-full ni. cilakak punye KL. Kebiasaan kalau macam ni alternatif nak tengok mesti secara am-nya menjadi gampang. Lepas gua tolak offer nak tengok sambil berdiri dan tengok depan komputer,gua pergi port dekat kedai makan cina. Botol Carlsberg dah tersedia atas meja,gua buat tak port.

game nak start lagi 10menet, datang seorang boroi berbangsa india + 2 lagi lagi kuncu bodyguard dia mungkin,
"boleh duduk dik?" ujar boroi.
gua pun kasi,takde nak kedekut sangat.
baru duduk 2menet dah mula melabon boroi ni.
gua buat tak dek,topik pun dah bosan. macam mane gua nak layan yedak?
biar dia cakap sorang-sorang. tapi ad satu topik yang best,cerite pasal pompuan,katenye pernah romen sama cina,melayu,india,omputeh.
PERGH!

final tahun ni biasa-biase je gua tengok,
balance.Cuma referee tu,gua memang dah tau dia mangkuk.
Dari segi tektik,gua tengok banyak gune fizikal, counter-attack pun agak jarang.
atau pun tektik paling gampang penah gua tengok, ball-possession tahap 70%.
Setiap team di beri peluang,tapi gagal.gagal.gagal. Kesian gua tengok Haziq,tak berbaloi pakai baju Belande.kahkahkah

si boroi sudah mula memekak-mekak,dengan 4 botol air arak yang dah habis ditegoknye,
"apasal luorang bising-bising? tak masuk pun, ini bola bukan macam Malaysia punys la",
ahhh,nak saja gua cakap, "habis lu konkkek bising-bising apasal?, ini PASSION la bugima",
tapi sebab pikiran gua yang tak 100% rebel dan peratus botol arak ke kepale gua adalah tinggi,gua diam kan aje.

game masuk puncak klimaks,tambahan 30menet,gua tengok Haziq dah mula ketar-ketar,nampak sangat belum cukup pengalaman tengok bola. Gua tenang tak tenang, teh tarik takde tenang pun dah lari jauh. moment akhir game, goal sulung dari inesta,kebodohan reff yang terserlah.

buat gua down.

post kecik-kecik sebab hati gua tengah kucar-kacir

Posted by

"gua tak dapat score goal macam drogba/rooney pn"
"gua dapat cium ini dunia!"
kahkahkah

Jul 12, 2010

gua hilang diri,bukan sebab gua pergi madrid

Posted by

"gua memang suke united"
"padan muke lu!"
"manchaster united & paling penting united malay national organization"



Gua,kene beb.
Gua,kene.
cilakak ini referee.


MANA ABG SUBB WOI?
ABG SUBB?

gua hilang pergi post-motem dengan NKBV,
dekat amsterdem katenya,gua angguk aja.
so jangan tanya mana gua hilang.

Jul 9, 2010

dua proletar yang masih tak maju

Posted by
lokman,kutu yang satu-satunya "sambung" belajar dekat dengan tanjung malim.
dah seminggu gua tak jumpa dia,malam tadi jumpa,rambut dah serupa haram.
baru seminggu,gua syak lagi sebulan,mau jadi mat rempit,takpun ape-ape mazhab yang datang dari sekolah.

pukul 6pagi,waktu paling in kalau nak melepak ke kedai mamak,
waktu macam ni,mamak dia punye senyum kembang habis,dia punya service memang tip-top.lagi-lagi kalau air suam-suam-panas ni. PERGH!
bagi kaki minum top.10 dalam tanjung,tak sah kalau lepak mamak 2-3jam. tak true langsong!
orang yang selalu kucar-kacir bile lepak, orang yang ade makwe.
memang selalu peraturan dalam melepak,henset+makwe campak jauh-jauh.ni bagi tak menggangu konsintrasi untuk menjana idea-idea futuristik.

pongpangpongpang sembang,habis 5jam.ahhhhh,dekat-dekat waktu budak sekolah nak balik dah ni,tak manis pulak kalau tak dapat usya makwe-makwe sekolah yedak??
si kutu lokman ni port dekat rumah gua,ni nak mengelakkan balik rumah awal,tak pasal-pasal kantoi ponteng sekolah dengan mak dia.umur dah tua pun takut ponteng sekolah,bugima.
jam baru pukul 11,mate dah ngantuk.pukol 1 nanti kene keluar pulak,kalau tido memang mengundang bahaye.

"woi bosan ni,lu ade chess? chess?" ujar lokman.
cilakak,mangkuk ni memang sengaje buat gua masuk kancah sakit kepale.
lame jugak gua tak sentuh binatang chess ni,selalu main dengan komputer asik kalah,
chess ni permainan dia bosan,sebab queen (makwe) lebih hebat dari king (pakwe),tapi bila makwe dah mati,sume jadi kucar kacir. ni permainan prejudis dan memalukan terhadap kaum-kaum pakwe dunia!

gua ingat mamat yang bakal dapat STPM ni lagi genius dari gua,
sekali kene tapau 3-1!

Jul 8, 2010

hari-hari terakhir rakyat malaysia kenal bola

Posted by
8 julai,tambah lagi beberape hari world cup sudah tamat.
pegi mampus la same orang-orang yang melalak-lalak dekat wall-fb-blog-mespes tu.
diaorang jenis kaki tengok bola-2tahun sekali. euro dengan world cup.
Asian Football Cup,malaysia kalah 5-0 tau sebab pg sekolah,kalau tak.haram!
ad seorang, negare tu menang siap tulis, "awww,so happy for my hubby". the shit!

orang-orang macam ni memang best buat gelak.
papepun,
ORANJE
masuk final.

buat sume-sume yang minat germen/england/portugirl dsb.
kan gua dah cakap, join HOLLAND,solid punya!
kahkahkah! tak pasal-pasal lu dah kene kutuk.



HOLLAND!

Jul 5, 2010

dulu zaman gua sekolah rendah,gua tak pernah beli buku latihan matematik 365muke surat pun gua tak fail math

Posted by
malam semalam gua terpakse men-tutuion-kan adik gua semate-mate untuk cari duit bagi gua meneruskan hasrat nak tengok World Cup dalam suasana urban-kotenporari-moden dekat KL kalau team pilihan gua masuk. Asik-asik gua layan world cup dekat tanjung malim ni dengan suasana family bahagia,bapak komen lebih-lebih,maknye hanye mengangguk. tak rock! lagi-lagi time goal,ade sembang pasal sekolah? pekajadah!

dalam banyak-banyak matepelajaran sekolah rendah,gua hanya mampu master satu je,
matematik, yang dulu mase sekolah banyaknye gua habiskan mase untuk tido. gua pun ragu-ragu kenape tak pernah nak ade slot untuk time tido, gua pun harap cikgu-cikgu tau macam mane nak tangani murid-murid yang suke tido ni, asyik-asyik suruh basuh muke,tak taraf cikgu la macam tu punye penyelesaian.

tajuk gua tu gua tuju tepat buat adik gua,
ape kejadah lu pegi angkut buku latihan matematik 300 muke surat,gua dulu sekolah rendah latihan buku tulis je. ahhhhh, gampang. ni kapitalis punye kerje la ni, takpun tepikal punya cikgu,nampak buku tebal-tebal sikit,konon isi ade baik.
cilakak.lu tengok durian,lu boleh tau isi dia ke? dahla takde tulisan bahase melayu,harap tajuk depan je bahase melayu,terkial-kial gua transelete, buat malu gua je.

hari ni kutu name awer dah berangkat sambung pelajar,tinggal gua sorang je yang terkial-kial tak sambung belajar lagi,kalau makwe-makwe sekolah tau,habis gua. diaorang tu harap je pegi sekolah,gua pergi mamak naik basikal pun dah buat senyum sinis,paranawei lu punye perut baru tau.

ayat-ayat tipikal gua buat awer "ade makwe lebih jangan makan sorang",
lebih kurang 5 orang jugak gua cakap macam tu, masing-masing takde perkembangan yang positif,gua syak tempat diaorg pelajar kurang pompuan.

notakaki;ini malam Oranje lawan.gua tengah kucar-kacir carik teman tengok bola.cilakak,tak best la tak boleh kutuk-kutuk.

Jul 3, 2010

hunjan renyai-renyai kuala lumpar memang 'in' dengan hati gua

Posted by
kalau lu orang cakap "eh,sape menang bola semalam? brazil kan? i tengok kaka nangis-nangis,mesti tengah tangkap leleh sebab nak angkat piala", lu memang KODI!

gua sanggup turun ke Kuala Lumpur semate-mate nak tengok perlawanan yang gua tau,
sengit,kompetetiv,dan kutuk-kutuk kan dari member kalau team pilihan gua kene leading.
cilakak tak cilakak punya perangai.

separuh mase pertama gua miss banyak aksi,
ni sume gare-gare hujan. lepas second half baru gua dapat tengok.
baru game 15menet, kutu-kutu dah msj gua.
kene titik la,sempat tukar team la,jangan tutup henset la.

cilakak haram,gua taknak kucar-kacir sangat,gua kompem at least boleh kasi saingan.
goal equaliser disedekah oleh bakal langenda Brazil, Melo melo. kuit kan name dia? ik ik ik.
gua hanya mampu senyum nipis,dan mesej gua untuk para pengutuk, "kucar-kacir jugak defand Brazil ni yek?"

gua tengok player-player brazil ni agak tak suke oren,lagi-lagi robben. keja bole ade serupa taknak,tapi bila tackle si robben ni. kemain sungguh! kombinasi paling kacip dalam team ni macam biasa, robben-sniejder-v.Persie. kadang-kadang tukar style. kombinasi goal pertama, robben-sniejder-mello mello-goal. kedua robben-kuyt-sniejder-goal.

akhir game gua senyum tipis sama mamat awe,
balas satu dua mesej dengan senyum sinis.

Jul 2, 2010

im in lobe with abe gomen

Posted by
lepas gua berenti kerja dan sambung hidup gua jadi kutu,
jarang-jarang topik perbincangan dengan kutu lain lari dari pasal makwe-teh tarik kurang tarik-mase depan-futsal-bola.

keadaan kutu-kutu yang kucar kacir tak tau mane nak sambung belajar seakan menjadi isu paling serius,isu-isu seperti masuk ipta/ipts nak belajar betul-betul pun ada, tapi selalunya masing-masing akan senyum nipis,kalau gelak kahkahkah punya style memang merajok la.

masa zaman ni,hidup masih kurang progresif. masing-masing baru berenti kerja,konon-konon duit dalam bank nak buat jadi duit mas kahwin,harapan paling realis pun konon-konon nak belanje makwe.

gua hirup teh tarik,jam masih lagi awal,baru pukul 7pagi.
"gua ingat gua nak bukak restoren,gua usya boss gua tu restoren cikai-cikai,boleh jugak pakai kerate luar negare" cadang gua. Kutu-kutu yang lain dok kekek-kekek.

"gua taknak bisnes-bisnes ni,gua nak keje gomen, boleh senang buat pinjaman,pakai semat-semat,boleh kawin mude,boleh ade kerate sebelum umur 24" celah sorang kutu yang belom lagi kene brainwash dan masih in lobe with abe gomen.


notakaki;semasa entri ini ditulis,masih tinggal lebih kurang 20jam sebelum sepak mula Orange vs Brasil. Gua dengan yakin ajak sume kutu tengok bola. review akan disediakan untuk kedua-dua pihak.

Jul 1, 2010

madnoor seorang proletariat dari negeri perak

Posted by
mad Noor mungkin sebuah nama paling manis untuk menjadi seorang penari ballet antarabangsa,namun di tanjong malim,nama mad Noor tidak sebegitu manis, dia merupakan ikon,simbol serta mesteri paling epik bagi lelaki proletar.

langit biru di tanjong malim mungkin kelihatan biase bagi lu & kedai mamak masih terlalu awal mencecah waktu puncak bagi mad Noor. Bagi seorang pemusik jalanan, mereka berasa lebih lively bila bermain di tepian-tepian lorong,bersama gitar & irangan musik kota yang rawak. Berbeza pula dengan seorang sosialis,mereka terasa siksa bila status facebook tidak ter-update,tidak berkongsi perkara-perkara ter-awesume hari ini.Dia tidak mampu berasa lively.

Itu mereka,tapi tidak bagi mad Noor. Dia tidak percaya akan musik, dia tidak endah akan sosial. Dia adalah seorang rokok-ism-itc-iat,mahupun segala perumpamaan yang hampir menyerupai mad Noor. Dia lebih asyik bila bejuang perkara yang dia gemar,yang dia rasa lebih LIVE!

yes.rokok.ROKOK!
bagi mad Noor, rokok lebih dari himpunan bahan kimia,lebih dari ke-asyikan malam pertama,lebih dari seorang higusan berangapan merokok kelihatan lebih cool.
Rokok ibarat kable penyambung daya imiginasi kepada mad Noor. Hari ini dia adalah seorang ahli tinju, lantas dengan se-pam rokok, dia menumbuk-numbuk angin. Dalam otaknya,dia adalah Sapok Biki. Esoknya dia adalah seorang seorang anak muda putus cinta,dia buang rokok lantas baring atas lantai sambil terpekik terlolong. tiap hari bagai satu advanture baru baginya.

tapi, tanjong malim tidak mampu mentafsir perkara yang membuatkan mad Noor LIVE, dengan tipikal, dia di label gila,tidak senonoh,tak cool,tak moden,tak art.tak pelbagai-bagai lagi.
mad Noor hanya memperjuangankan apa yang dia rasa LIVE, apa salah mad Noor sebagai rakyat Malaysia? Dia tidak memotong kepala lembu sebagai tanda protes,dia tidak membakar gereja sebagai tanda dia betul,dia hanya MENGE'PAU rokok dari mereka yang dia sangkakan berasa LIVE bila menghisap rokok.

yes,seperti lu,gua dan lain lain, hidup dalam dunia kapitalism memang tiada yang percuma. ini yang mad Noor rasa bila dia tidak mampu berkongsi menghisap rokok Marlboro.
gua yakin suatu hari nanti, mad Noor akan bangkit, bangkit selepas berjaya menghasilkan sebuah daerah tembakau miliknya, dan gua pasti, rokok adalah percuma & rokok menjadi lambang kepada sebuah impian seorang proletar.

.....mat Noor,sebuah empayar mesteri seorang proletar dari daerah kecil-kecilan yang pentingkan ISO....

;notakaki; gua pun pernah kene pau dengan mad Noor, chicken chop lagi. berat jugak gua nak kasi,takut-takut dia tak layan taste orang amarika.

Jun 29, 2010

gua seorang liberal kecil-kecilan II

Posted by
sifat liberal gua agak merudum dalam lingkungan kawasan sekolah, penah jugak gua cuba-cuba bangkitkan semangat liberal dalam kawasan sekolah,tapi cubaan gua memang tak lari jauh. paling hebat pun gua kene denda tak boleh masuk kelas bi. ahhh,kelas bi tu memang anti-liberal! takde kebebasan nak tido langsung! tak suasana sekolah la takde pelajar tido! ni kelas sume pelajar bangun upkan hipokrit je!
gua tak hipokrit jadi gua tido. penah-penah jugak gua try buat karangan bi ala-ala rabel. tak pasal-pasal jadi karangan contoh kategori "karangan paling layak dapat zero" yang julung-julung kali karangan gua kene tayang dalam kelas.

gua dapat syak kemuncak gua dalam soal liberal ni mase gua keje cuci pinggan dulu,baru seminggu gua kerja sudah turun naik jumpa boss. kahkahkah, gaji gua tetap penuh. lu jilat bontot boss tu,kerja nak mampos pun gaji tak sepenuh gua,kahkahkah.
ade jugak gua try-try cakap sama member kerje gua bukak restoran sendiri,liberal la sikit buat kerje tu. kerja-kerja jugak,time nak tengok makwe tengah makan mane boleh kacau boss!
harapan gua dapat makwe time kerje memang tak dapat,senyum nipis makwe-makwe order chicken chop je la yang ada.

seminggu lepas gua berenti kerja,
makwe solid masuk kerja.






cilakak!

Jun 27, 2010

gua seorang liberal kecil-kecilan

Posted by
gua pun agak lame tak pegi kenduri-kenduri ni,
last time pegi pun gua dah tak ingat bila. gua start in kenduri time sekolah rendah,time sekolah rendah memang kemuncak,mase ni kerje-kerje kenduri tak payah buat dan aktiviti kutip duit & gula-gula memang gua pegang,tapi setiap yang hebat pun takkan kekal hebat kan?
sekarang gua dah tak in dengan kenduri,gua lagi banyak habis mase duduk rumah je.

semalam gua terpakse join kenduri si mamat lokman,lame jugak dia menghilang.gua syak dia nak buat kenduri kahwin.rupanya ade kunduri apetah,gua duduk luar sambil sembang bola. cukup time gua ambik makanan. baru gua tau kenape si lokman asik menghilang, rupanya dia adelah seorang budak skolah tua.
kahkahkah...dah tue nak skolah lagi...kahkahkah
kahkahkah...dulu lepak kedai mamak tak habis-habis kutuk budak skolah...kahkahkah
kahkahkah...rupanya lu pun skolah balik...kahkahkah
kahkahkah...pukul 10 mak call balik rumah...kahkahkah
kahkahkah...konon alasan masuk sekolah boleh dapat ramai makwe...kahkahkah
kahkahkah...entah-entah budak-budak tu pun kutuk lu...kahkahkah

lepas kenduri tu,tenaga gua diperlukan. last time gua buat kerje kenduri ni mase gua kerja kedai makan,gua pun pelik apasal boss gua boleh selambek dek je ambik tender kenduri. kenduri cina memang mencabar,selamat la dia tak buat babi panggang,cuma arak satu ice box besar tu je. kalau kenduri melayu gune boyband. diaorang karaoke dalam rumah sudah,jimat. aktiviti paling dapat sambutan ialah judi. penuh maje. duit takyah cakap,kurang-kurang menang dah sama dengan gaji aku 2bulan.cilakak. patut la judi dah halal. boleh jana pendapatan.

kerja-kerja kenduri yang paling sinonim dengan gua memang bab membasuh je,walaupun rekod membasuh gua dalam rumah agak mengagalkan. pernah sekali gua kene jadi penunjuk arah,orang pandang gua sambil gelak-gelak.


cilakak.

Jun 24, 2010

kajian dr.M (takde kene mengene dgn DrRozmey)

Posted by
lepas gua ter-kodi-kodi main badminton tadi,
gua ter-inspirasi, sejak dua menjak ni gua pun hairan mane sifat malas gua.

whatahellmen?
ok seriesly straight to the fucking point.

so, kalau lu orang masih kucar-kacir tentang status sebenar rakyat malaysia(macam gua),
ni gua kasi hint lu orang pikir sendiri. secara am,gua memang takde rujukan tentang ni.so gua buat sendiri la,apaadahal?

rata-rata sukan paling pop dalam malaysia ni,
1)badminton
2)bola

ohh,mungkin ada yang lain,tapi tolak tepi.
bila gua tengok dua benda ni,
ada 2 je hero. Super Mokh & Chong Wei (gua harap lu tak anggap hafiz hashim mahupun indra putra hero lu orang), bila gua bukak youtube atas name diaorg ni.

Chong Wei - 291,651 views "Lee Chong Wei vs Taufik Hidayat"

Mokhtar Dahari - 75,902 views "Selangor 1986"

tengok macam cukup banyak,
tapi cube beze dengan ni.

rempit...... - 918,258 views

men,seriyes man,
whatthehell!!??


notakaki;gua syak kalau sape-sape bagitau gomen tentang ni,rempit masuk SUKMA.