Apr 30, 2011

bukan sains roket

Posted by
Macam mana nak tahu hidup lu orang sedang di landa masalah yang paling berat?
hah? pergi berubat kah? minum air R.O 2 balang kah?

bagi gua, cukup lah hujung minggu lu.
lepak mamak sorang2 sambil tengok bola.

Apr 29, 2011

kutu!

Posted by
aktiviti kutu adalah aktiviti paling mencabar dalam hidup,
jadi gua kene sedaya upaya cari kerja.

sekian

Apr 28, 2011

bangang 2

Posted by

Kenapa mesti malaysia ada politik berunsurkan jubo? kenapa mesti ada berunsur main pintu belakang?

Adakah jubo dan pintu belakang adalah perkara paling importanto dalam politik malaysia?

Kenapa mesti politik yang membincangkan posisi ape yang digunakan, fizikal apa yang di gemari, mahupun obat apa yang digunakan untuk kekal power.

dan paling penting, kenapa driber teksi yang membincangkan isu yang lameass ni?

bodoh! bodoh! bodoh!

kalau bincang pasal matematik lagi bagus! lagi membuka minda. lagi mencermelangkan bangsa!

dan buat pemandu teksi semua, tolong hentikan penggunaan ayat kote dan jolok.

jangan tambahkan kebangangan anda semua, selepas harga teksi yang mahal nak mati.

babi kapitalis!

Apr 26, 2011

bangang

Posted by
Mungkin ini soalan paling bangang pernah gua tanya diri sendiri.

1. gua lone-ranger
2. gua selalu msj perempuan yang dah ada balak

konklusi.
gua ni gigolo ke?

ps : baru gua perasan link blog ni adalah sudu terbang.
awesome.

Apr 25, 2011

coeur

Posted by
http://terfaktab.blogspot.com/2011/04/video-setiap-hubungan-ada-peringkatnya.html



ini rare.
bicara soal dalam.

Kalau hati adalah otot hidup,dah lama aku pergi gym.

kasi naik, kasi kental, kasi 6-pek. kasi keras, kasi tahan beban, kasi tahan sakit.

tapi,

aku sendiri tak tahu ape benda yang patut aku buat untuk jadi naik, jadi kental, jadi 6-pek, jadi keras, jadi tahan beban, jadi tahan sakit. sebab hati adalah benda paling, faking hell dan real punya pukimak.



untuk makwe; tolonglah bahagia.

Apr 24, 2011

perkasakan stok

Posted by
Jadi, cuti datang lagi. dan orang macam gua yang hidupnya masih di dalam kitaran yang sama, gua takda benda baru yang fun dan hip untuk dibuat.

Hujung minggu masih sama, tidur dari pagi hingga petang dan malam pergi mamak. tengok bola.
seronok.

Walaupun perancangan gua untuk cuti ni nampak kemas, tapi seperti sebelum-sebelum, semua tu hanya s.h.i.t. dan tak akan pernah jadi. sengaja nak sedapkan hati.

So what, i'm a loner - and enjoying it, maybe? - and books is all i got ( perhaps some video game and stuff )

-.-;; ok. bosan? fuck yu. :D

dan list gua untuk buku seterusnya, gua akan amik 100% dari Priscilla Ahn -makwe gua(angan-angan).

http://girlinatree.blogspot.com/2011/04/reading-list.html

Apr 21, 2011

Tumbuhsaran

Posted by
Setiap hari adalah jerni (journey) hidup yang tak terduga. dan pastinya setiap hari kome akan membesar, baik dari fizikal mahupun mental.

Deme kabor, pengalaman adalah guru. dan pengalaman datang dari jerni hidup.

Ape pun kome buat, tumbuhsaran fizikal dan mental adalah kuasa yang tak mampu kome tahan mahupun lawan.

Begitu juga dengan gua,yang tak lari dari tumbuhsaran tersebut.
Dan, hari ni punya tumbuhsaran, lain macam.

Tak seperti sebelum-sebelum ini, kalau setakat tukar selara dari nak makan roti canai, ke roti-roti jenis lain. kira normal.

kalau setakat nak tukar penampilan diri dari rambut tak bersikat, ke bersikat sikit. itu kira normal.

tapi, hari ni.
lain macam.

gua,tiba-tiba rasa nak bela arnab.

tumbuhsaran jenis apakah ini??????????????
DHA kah? Enfragrow kah?

Malang – malang – terus malang.- 2

Posted by


Bila hati sudah gembira, dapat pulak baru lepas pekene teh tarik. Memang pri-laku gua akan menjadi macam cerita HKLBR – scene dimana usop naik basikal sambil berangan-angan – begitu juga gua sewaktu naik motorsikal pada waktu pagi yang nak menjelang ke subuh.


Speed biar tahap sedap-sedap angin, otak dah jauh di awangan, ishhhhhh. Merepek lah kalau ada kucing mahupun anjing buat babak percintaan tengah jalan raya, jadi gua tak berapa nak hairan sangat apa yang ada dekat depan.


Dan situasi kali ini, selepas tengok kelab yang power,hensem,dan hebat, Liverpool membelas pasokan Mencester Citi, kelab yang kaya raya, penuh sifat tamak, main bola macam budak pengakap berkawat.


Liverpool 3 – 0 Mencester Citi, 2 jaringan dari penyerang no.9, Andy “Bassier” Carrol. Cukup buat gua melihat masa depan Liverpool, angkat cup itu, angkat cup ini, beli player itu, latih player ini. Pehhh! Di tambah pulak hujan renyai, dan penyakit pundi kencing gua.


Memang berangan tahap paling deep, paling real.


Gua amik jalan, yang selalu gua amik. Jalan yang sifatnye, cemerlang – rata, baru diturap, ada line putus-putus yang di buat dengan rapi,jalan yang lurus,cukup sempurna untuk aku beranggang2.


Cuma, pada hari yang bahagia dan cuaca yang dingin tersebut, dengan kuasa hujan lebat. Ter baring, satu batang pokok kayu yang tidak kecil, tidak besar. Mungkin sudah di tugaskan untuk menjatuhkan gua.


Entah tiba-tiba,mana hilang skill memandu gua. Pokok yang di ketegori sebagai setahun jagung tu pun tak mampu gua elak.


Kecundang.


Kecundang.


Gua balik rumah dengan rasa sakit, dan rasa nak kencing.

Dan gua hilang selipar pemberian mak gua.


Entah ape rasa mak gua.

Malang – malang – terus malang - 1

Posted by
Lepas dah pekena teh tarik, mustahil untuk tidak memperlihatkan andernelin yang mecanak-canak. Gua kayuh basikal gua dengan energi yang di boost oleh air teh tarik.

Power.

Dia punya feel, pergi jauh.

Angin malam jadi lain macam.

Peluh badan jadi macam air sungai.

Sejuk.


Kayuh, terus kayuh.


Sedikit lagi nak sampai ke destinasi – 150meter -, gua upkan sedikit kayuh, biar kalau berhenti ada bunyi, baru boleh belagak sombong. Baru satu tempat futsal tu tahu kehadiran gua.


+ + + + + + + + + + + + + + + +


Yes, ternyata gua mendapat perhatian ramai.


Apabila gua melanggar satu motor yang parking secara dabble stend, dan motor itu jatuh dan menolak motor di sebelah, dan motor yang di sebalah, menolak lagi motor di sebelah, dan motor yang di sebelah,sebelah, menolak lagi motor di sebelah, dan motor yang di sebelah,sebelah,sebelah, menolak lagi motor di sebelah.


Gua terima sorakan gemuruh. Gua jadi bangga.

( Gemuruh yang cenderung ke maki-hamun )

Apr 17, 2011

think tank gua

Posted by
Gua ingat lagi, zaman gua kutu dulu. Mood gua di tentukan di think tank (baca:bilik air). Selalunya waktu tengah hari,sebab gua mana pernah bangun pagi-pagi - atau tak pernah tidur pagi.

Kenapa bilik air?

Selain dari persekitaran dan susur-atur bilik air yang sangat sinonim dan sebati dengan diri.
bilik air gua jugak ada sistem pemain lagu.

sistem pemain lagu dari jiran belakang rumah gua.
kadang-kadang pasal lagu yang sweet-sweet, gua mandi pun jadi seronok.

tapi gua terus tak nak mandi sampai malam bila diaorang pekene karoake.

sumbang
lagu macam babi
ahhhhhhhhhhhhhh!

Apr 12, 2011

Malang – malang – terus malang.

Posted by
Gua ada lesen memandu kelas B2, sepanjang gua pegang lesen, gua tak pernah aksident. Kalau setakat nyaris-nyaris nak langgar kucing, itu lain cerita.

Jadi sudah 4 tahun gua aksident-free, gua megah, bongkak, dan bila memandu selalu nak pandang atas bagi menunjukkan yang gua ni sangat eksyen. Ingat mudah ke tak aksident? Jalan berliku, jalan licin, konar baring dan pelbagai situasi jalan telah gua tempuhi.

Motor tak berlambu, tayar pancit, takde no.plate, tayar botak, brek tak makan nasik. Jangan cuba nak sangkal kehebatan gua dalam arena aksident-free. Apa? Takde helmet? Naik 3 orang? Celah gigi.

Cuma pernah sekali, circa 2008, ada satu motor langgar gua dari belakang, itu dia punya salah, bukan salah gua. Ape bangang lampu trafik dah merah, tapi masih pulas trottle. Selamat motor gua kebal, dan mudguard depan moto dia yang pecah – itu pun mintak gua ganti – dan nak menunjukkan yang dia ni lebih bangang, jalan yang selalu jadi taman permainan lori balak, lori pasir dan beberapan kumpulan geng motor selalu lalu, dia boleh tak pakai topi keledar.

Jadi setelah 4 tahun gua bersih dari arena aksident, akhirnya gua kecundang. Lepas ni gua akan bawak motor macam first time dapat lesen, malah akan lebih fokus dari waktu ujian JPJ.

Malang – malang – terus malang.

Posted by
Gua ada lesen memandu kelas B2, sepanjang gua pegang lesen, gua tak pernah aksident. Kalau setakat nyaris-nyaris nak langgar kucing, itu lain cerita.

Jadi sudah 4 tahun gua aksident-free, gua megah, bongkak, dan bila memandu selalu nak pandang atas bagi menunjukkan yang gua ni sangat eksyen. Ingat mudah ke tak aksident? Jalan berliku, jalan licin, konar baring dan pelbagai situasi jalan telah gua tempuhi.

Motor tak berlambu, tayar pancit, takde no.plate, tayar botak, brek tak makan nasik. Jangan cuba nak sangkal kehebatan gua dalam arena aksident-free. Apa? Takde helmet? Naik 3 orang? Celah gigi.

Cuma pernah sekali, circa 2008, ada satu motor langgar gua dari belakang, itu dia punya salah, bukan salah gua. Ape bangang lampu trafik dah merah, tapi masih pulas trottle. Selamat motor gua kebal, dan mudguard depan moto dia yang pecah – itu pun mintak gua ganti – dan nak menunjukkan yang dia ni lebih bangang, jalan yang selalu jadi taman permainan lori balak, lori pasir dan beberapan kumpulan geng motor selalu lalu, dia boleh tak pakai topi keledar.

Jadi setelah 4 tahun gua bersih dari arena aksident, akhirnya gua kecundang. Lepas ni gua akan bawak motor macam first time dapat lesen, malah akan lebih fokus dari waktu ujian JPJ.

Apr 6, 2011

Keluar 210 (untuk mereka yang masih berhaluan sama)

Posted by


Tak ada teman, telah terpancar, namun aku tetap berputar “


****************************

"Nama gua Sidek", ujar Sidek apabila ditanya namanya oleh makcik bertudung ala Yuna yang merupakan orang sebelah di dalam bas.

Sekali pandang,Sidek seperti manusia yang kuraj - kurang ajar - tapi tak, dia cuma lebih suka berdiam. Tambahan pula, bila dah mengantuk, lagi-lagi dalam bas yang ber-kondisi 21 darjah celcius. Memang lari mood nak bersembang, mesti dah terfikir pekena baring terus.

Jadi mula lah pengembaraan Sidek dari point A ke point B, yang setiap minggu di ulang-ulang perjalanan yang sama, cuma yang beza hanyalah orang yang duduk disebelah, tapi belum pernah lagi dia jumpa dengan makwe-makwe jenis lawa, yang kerap adalah makcik tudung ala Yuna dan kadang-kadang makcik bertudung anak dan kain belah.

Bunyi ejen bas yang kuat, sama kuat dengan degupan jantung Sidek. Walaupun Sidek punya paras yang kasar, dan buat mereka yang rabun jauh, acapkali Sidek di anggap Stone Koll.

Namun,Sidek masih punya hati yang sangat halus,pink dan mentah. Mungkin sebab dari kecil, dia sudah gemar main anak patung berbentuk tedy ber, dan selalu tengok sinetron indonesia. Tapi, tak pernah sekali pun dalam hidup dia, dia menyalahkan tedy ber mahupun sinetron yang telah membuatkan dia punya hati yang halus,pink dan mentah.


*bersambung (kalau gua rajin)

Apr 5, 2011

Kalau sudah jodoh : kisah yang di takdirkan sejak azali buat gua

Posted by
Mungkin pernah dalam hidup ini, lu orang rase bila terjumpa dengan sesuatu itu,rasa macam telah dirancang, macam lu orang dalam prank show - semuanya terjadi dengan kadar yang laju - dan tiba-tiba lu dah pun bersame dengan sesuatu itu. boleh tahan power jugak gua sembang hal jodoh ni.

Nak di jadikan cerita, gua ada berkenan dengan something - thing! thing! bukan one, faham. edukasi ingeris ni kadang-kadang boleh datangkan parah pada diri sendiri- dan untuk mendapatkan benda tersebut, gua haruslah bangun pagi, menapak ke pekan, beli tiket ke kolumpo, dan macam-macam eksen lagi gua kene buat,di tambah pula dengan keadaan uang yang tak mengijinkan.gua jadi putus harapan.

Lepas gua pekene Nasi Lemak legend tanjong, gua terus berubah sifat,serta mentaliti gua menjadi seorang P.C ( personal coach ) yang bertaraf PRO, dan bukan taraf liga M.

Selesai sesi latihan, gua terus pecut ke rumah. pekene baring. sambil mengenangkan rasa kecewa gua, memang menjadi gua punya baring.

Entah kuasa kosmik mana yang muncul, gua sedarkan diri di dalam kehangatan cuaca tengah hari, dan entah kuasa kosmik mana yang muncul, abg gua muncul depan gua sambil berkata,

" lu nak ikot pergi shah alam tak? "

Entah kuasa apa yang gua baru dapat, terus gua buat gerakkan windwhirl, pong pong pap! Sekarang gua berdiri teguh sambil capai baju. dan gua capai henset, sms brader yang nak jual barang tu. "gua datang amik itu barang " (tipu sangat kalau gua buat urus niaga guna bahasa macam ni).

Nak di pendekkan cerita, gua sambung tidur dalam kereta, gua sampai shah alam, gua turun, pergi makan, gua naik semula kereta, gua turun satu tempat, gua beli barang itu, gua naik semula kereta, gua tidur balik dalam kereta, gua sampai rumah, gua turun, gua sambung balik tidur dalam bilik.

Memang, jika dah nasib kita jodoh tu, mesti tak kemana. kalau dah gunung, takkan lari kemana. Jadi, ape kene mengene lirik lagu XPDC dengan soal jodoh? gua pun tak tahu. jangan tanye gua, gua minat misai ali aje.


Timbuk2 - jodoh gua selepas dikecewakan untuk mendapat Chrome.


Oh dan,untuk kali pertama dalam hidup gua.


Gua melihat,pegang dan mind-masturbate mengenai Bianchi Pisata.

Balik rumah, gua terus cakap dekat mak gua, gua nak satu. Dia suruh gua belajar sungguh-sungguh, dapatkan pointer 3.8. mungkin kalau hati dia bertukar menjadi suci dan secara tiba-tiba ada uang kertas jatuh dari langit. dia akan belikan untuk gua.

gua jadi terharu,
dan gua terus kan tidur.