Jun 22, 2011

makan maggi

Posted by
Gua baru selesai makan maggi yang gua masak secara DIY, sudah hampir 4-5 bulan jugak gua tinggalkan scene maggi ni. Gua mula into balik scene maggi ni sebab mak gua dah start berkerja balik, jadi peluang gua nak makan sedap-sedap dah kecundang.

Maggi pada zaman gua kecik-kecik dulu, sama level dengan KFC zaman sekarang. Bukan tahap kesedapan, tapi tahap bolehcapai.

Jika gua kecik-kecik dulu, jauh restoran KFC dan jauh kedai runcit, bagai langit dan bumi. Gua hanya perlu jalan kaki se-menit dua,dan sampai ke kedai runcit. Kalau restoran KFC, mungkin gua terpaksa naik bas, menapak dan pelbagai lagi cabaran yang gua tak mampu hadapi waktu zaman kanan-kanak gua.

Dan, perkara paling core dalam ilmu pembesaran seorang rokes adalah mempelajari cara-cara masak maggi, gua tengok budak zaman sekarang dah hilang spirit of masak maggi. Kalau setakat tuang air panas, lu sebenarnye tengah menghina kredebiliti maggi.

Gua mula berjinak dengan scene maggi sewaktu zaman kecik gua. Gua yakin scene maggi gua bermula dari abang gua - dan rasanya segala benda pun datang dari diaorang .

Sewaktu gua darjah 4. Gua selalunya berjaga sampai ke subuh, bersama dua tiga orang sepupu gua yang di dalam arena pembesaran yang sama. Waktu ni gua dekat kampung gua.

Kalau dah pukul 2-3 pagi, mesti lah takda makanan. Jadi gua dan sepupu gua membuat kata putus, kalau asik-asik pukul 2-3 pagi je lapar. Ini masalah yang sangat serius dan tak boleh dipandang enteng.

Gua terus belajar cara-cara masak maggi dari nenek gua. Bagi gua, nenek gua merupakan ikon,idola serta mentor dalam aspek masakan ni.

Selepas sessi belajar lebih kurang 2-3 minit, gua dan sepupu gua tu yakin, masalah lapar tengah malam takkan muncul lagi.

***

Sebenarnye banyak lagi gua nak tulis, tapi lagi banyak gua nak tulis. lagi macam takkan wujud entri ni.

keh keh keh