Feb 9, 2015

23

Posted by
secara kad pengenalannya, gua sudah berumur 23 tahun.
secara mentalnya, gua masih muda remaja.
secara emosinya, gua sudah lama di alam barzakh.

dan

tradisionalnya, gua akan hadiahkan hadiah kepada diri sendiri,
hadiah yang mampu buat gua senyum kambing, dari pagi sampai ke malam.

biarlah di'cop' kasihan.
yang penting gua yakin itu adalah hadiah, simbol sebuah penghargaan untuk sesiapa yang penduli.

dan pada umur 23 tahun , umur yang dikatakan sedap untuk sembang pasal karier, sembang dunia boleh dicapai dengan tangan, rokok tidak lagi perlu mintak kawan dan cinta itu benda yang real.

dan pada umur 23 tahun, sedang kawan sedang giat menayang kejayaan sendiri secara sedar atau tidak, menayang cinta berbuah secara sedar atau tidak,mahupun menayang cahaya mata yang comel ya tuhan.

dan pada umur 23 tahun, gua telah menghadiahkan diri sendiri dengan sepasang slipper,  brand yang gua sendiri tidak ingat.

sebuah penghargaan yang gua letak di kaki
untuk keselesaan sendiri
dan pengubat hati
selepas selipar lama
di curi
di masjid




Ini real senyum kambing,
ikhlas.