Feb 1, 2011

Gugusan-gugusan Memior Pernando

Posted by

Goal pertama Torres selaku pemain kelab terunggul,hensem dan power. Liverpool. Sewaktu pertemuan di antara Liverpool ( kelab terunggul,hensem dan power) dan Celski (kelab yang tak punyai rasa cinta dan dipenuhi dengan nafsu buas saiton ni rojim).

Umum maklum bahawa gua merupakan peminat,penyokong dan (bakal) pemain kelab terunggul,hensem dan power. Liverpool. Kepoweran kelab bernama Liverpool ini sudah tiada tolok bandingnya.

Dan hari ini, 1 febuari 2011.


Ini bukan Torres, ini Karim Mahmud, raja of mengorat perempuan dan pemutar cerita cinta. Dan sedikit masa lagi, raja of clubing dan segala rumah pelacuran di kota Landon.

Seorang kesatria dari bumi Metador, telah menikam, meludah serta melakukan pelbagai perangai yang tidak senonoh lagi kepada rakyat jelata kelab Liverpool yang sebelum ini memberi rasa cinta, kasih dan pancaran suria kegemilangan kepada kesatria dari bumi Metador tersebut. Rasa cinta yang betul-betul made in Liverpool. Sememangnya rasa cinta itu di tagih oleh kesatria dari bumi lain.

Interview sahaja Sami Hyypia, satria berbadan lampai yang punya akal serta otak untuk meng-iterperasi lawan. Pastinya, anggukkan kepala sebanyak 50 ribu kali di tambah dengan gaya tangan seperti penjual ubat terkemuka, rozmey di dalam promosi filemnya. bersetuju dengan keistemewaan cinta made in Liverpool.

Ya, rasa cinta yang telah di nikmati oleh ratusan satria dari bumi Liverpool yang mekar di dalam hati setiap seorang. Pekikan nama, melodi indah dicipta serta layanan kelas A diberikan buat meraka yang di anggap tersayang di setiap seorang rakyat jelata Liverpool.

Memori yang semestinya akan di ceritakan pada setiap generasi satria, dan cerita itu akan di ulang-ulang sehingga tiada lagi manusia di muka bumi ini.

Seperti di dalam setiap kisah yang dikarang, pasti terjadinya peristiwa yang menyedihkan. Tidak terkecuali juga buat Liverpool, satria yang selama ini di puja oleh para kanak-kanak. Makwe-makwe berusaha tekun memetik bunga di taman untuk di jadikan sejambak bunga segar demi di hadiahkan buat beliau dan para pakwe-pakwe yang tak putus-putus mencipta senjata tajam untuk di berikan kepada satria yang dipuja.

Dan, 6 febuari 2011 merupakan hari yang di tetapkan oleh takdir dimana, satria pujaan, satria yang selama ini nampak hensom walaupun sedang mengait buah rambutan, akan ber'gaduh' dengan Liverpool.

Adakah rasa cinta made in Liverpool akan membuatkan hati satria bumi el-matador berlembut? atau pun menjadi punca kehebatan untuk menewaskan Liverpool. Walau apa pun yang di tetapkan oleh takdir,

gua tetap menghargai setiap memori yang di kongsi bersama.

You;ll Never Walk Alone.