Feb 17, 2011

sistem ( untuk mereka yang ada hati untuk memilih )

Posted by

Ini barangkali bukan cerita mengenai krisis di pertengahan hidup, mahupun krisis ekonomi global. Jadi tak perlu minda yang matang, mahupun jiwa yang radikal untuk memahami segala tanda seru,koma dan noktah dalam cerita ini.

Seperti biasa, gua selalu struggle dalam perubah. Perubah dari memakai t-shirt hitam bercop band kegemaran gua kepada pakaian batik,serta baju berkolar di kemaskan dengan tie pelbagai corak. Perubahan dari suatu sistem ke suatu sistem yang lain, sistem yang dahulu gua selalu anggap sebagai dogma dan barangkali menyokong bahawa yang tidak jujur merupakan Winrar.

It’s all about being one of us, or against us. Walaubagaimanapun, gua dikurniakan dengan ‘pilihan’ dan lu orang juga ada ‘pilihan’.

Kita bukan kucing peliharaan, tak berdaya untuk ‘memilih’. Hari ini dijamah makanan kucing berjenama dari Germen, dan esok makan tulang ikan dari sungai berdekatan yang ikan itu sendiri belum mumayiz. Apa yang diberi, itu yang kita telan. Best tak best, letak tepi. Walaupun hati kata yang ikan ni merupakan ikan haram kacukan ikan pari dan jaws jawa,kita kene tetap mamah juga untuk terus hidup.

Sebab kucing peliharaan tersebut tiada ‘pilihan’ seperti kita.

Dalam setiap perkara, pasti ada ‘pilihan’. Sama ada 2, 3, 4 atau pun lebih dari 61. Kita tetap akan ada ‘pilihan’, walaupun perkara itu semudah memilih tandas mana untuk dijadikan tempat melabur. Ataupun serumit memilih posisi tidur untuk mendapatkan rasa tidur yang syurga dan deep.

Dan yang paling utama, ‘pilihan’ kita janganlah dijadikan senjata untuk menghentam ‘pilihan’ orang lain, ‘pilihan’ adalah kombinasi rasa,jiwa dan akal. Bukan kombinasi serbuk berlerang, kacukan atom-atom letupan dan rasa benci.

Contoh,

Mak Eton jual nasi lemak berlauk udang galah dari perancis, tapi Rosnah Gelek jual nasi lemak berlauk karipap ber-inti sambal ikan bilis. Ehhh, Mak eton tiada hak untuk menkritis ‘pilihan’ Rosnah Gelek!

Pak Sharifp tangkap ikan guna jala, manakala Daud Besi guna kaki untuk tangkap ikan. Ehhh, Pak Sarip tak boleh cakap yang Daud Besi guna magis kaki yang harom dari sudut agama! Pak Sharifp juga tak boleh cakap yang jala dia ada ISO 9001:123, dan dengan ISO tersebut rasa ikan tangkapan dia akan rasa seperti chicken chop!

Dari kombinasi rasa,jiwa dan akal. Kita menkonklusikan ‘pilihan’ ikut keselesaan. Bukan ikut keselesaan kucing kedai makan, mahupun keselesaan Salmah penjual karipap taman Cempaka yang paras rupa horny gila babi.

Jadi, guna kan kudrat lu orang untuk membuat ‘pilihan’. Jangan jadi kucing perliharaan yang tak punya ‘pilihan’, walau bagai mana pun. Gua yakin ketiadaan ‘pilihan’ juga membuat kucing jantan tak pernah segan silu bersenggama dengan puluhan kucing betina walaupun tanpa ikatan yang sah, mahupun sijil yang di cop oleh JPA.