Mar 26, 2011

EVOLuci

Posted by
Dalam hidup ni, kita akan alami pelbagai evolusi. Takkan lah dari kecik sampai dah beso panjang nak layan cerita Dragon Ball setiap pukul 9 pagi, hari sabtu? Mesti dari masa ke semasa kita akan berubah, pergi ke definasi baru. Kalau dulu, tengok cerita Doreamon menangis kira ok, sekarang dah kira tak cool. Evolusi emosi.

Sekarang gua alami satu lagi evolusi,yang dikira penting dari sudut sejarah hidup gua. Evolusi gua kali ni betul-betul memberi erti yang deep. Kalau boleh gua tak mahu berubah ke tahap yang gua alami.

++++

Sebenarnya,bukanlah insident lori lagu tubuh badan gua, mahupun gua di pakse cipta jet pejuang untuk di jadikan alat perantaraan di antara pokok rose jiran sebelah dengan bintang di langit berzodiak Leo.

Gua cuma pergi ke restoran mamak ( baca : East Indian Cuisine ), gua order Tandoori Ayam dan kombinasi Naan Keju dan air paling trendy dalam hidup gua sekarang, Ais Kosong. Lepas habis lahap, gua dan 6 orang teman mengadu nasib sebab kene bayar 96ringgit tunai.

Walaupun pujian gua berikan dekat restoran mamak (baca : East Indian Cuisine) tersebut, namun layanan perkerja - yang bengap, macam mana order Naan Cheese boleh tulis Lychee? Pakai vest hensem-hensem, rambut buat stail rempit, tapi kalau bengap. bengap juga! - maka 6 gelas laici bersamaan 27 ringgit.

Jadi, hancurlah hujung minggu gua. Hanya bertemankan wajik durian yang gua sendiri dah lupa bila gua ada, dan juga semangat untuk terus hidup.

++++

sekian.

p/s : Makan dalam restoran berkelas 5bintang, masakan bila hidang boleh nampak asap naik, pekerja mengalahkan dress up pekerja gomen, tapi masih. Teh tarik mamak open-air (lagi-lagi mamak 24,tg malim) masih top of the list.