Apr 5, 2011

Kalau sudah jodoh : kisah yang di takdirkan sejak azali buat gua

Posted by
Mungkin pernah dalam hidup ini, lu orang rase bila terjumpa dengan sesuatu itu,rasa macam telah dirancang, macam lu orang dalam prank show - semuanya terjadi dengan kadar yang laju - dan tiba-tiba lu dah pun bersame dengan sesuatu itu. boleh tahan power jugak gua sembang hal jodoh ni.

Nak di jadikan cerita, gua ada berkenan dengan something - thing! thing! bukan one, faham. edukasi ingeris ni kadang-kadang boleh datangkan parah pada diri sendiri- dan untuk mendapatkan benda tersebut, gua haruslah bangun pagi, menapak ke pekan, beli tiket ke kolumpo, dan macam-macam eksen lagi gua kene buat,di tambah pula dengan keadaan uang yang tak mengijinkan.gua jadi putus harapan.

Lepas gua pekene Nasi Lemak legend tanjong, gua terus berubah sifat,serta mentaliti gua menjadi seorang P.C ( personal coach ) yang bertaraf PRO, dan bukan taraf liga M.

Selesai sesi latihan, gua terus pecut ke rumah. pekene baring. sambil mengenangkan rasa kecewa gua, memang menjadi gua punya baring.

Entah kuasa kosmik mana yang muncul, gua sedarkan diri di dalam kehangatan cuaca tengah hari, dan entah kuasa kosmik mana yang muncul, abg gua muncul depan gua sambil berkata,

" lu nak ikot pergi shah alam tak? "

Entah kuasa apa yang gua baru dapat, terus gua buat gerakkan windwhirl, pong pong pap! Sekarang gua berdiri teguh sambil capai baju. dan gua capai henset, sms brader yang nak jual barang tu. "gua datang amik itu barang " (tipu sangat kalau gua buat urus niaga guna bahasa macam ni).

Nak di pendekkan cerita, gua sambung tidur dalam kereta, gua sampai shah alam, gua turun, pergi makan, gua naik semula kereta, gua turun satu tempat, gua beli barang itu, gua naik semula kereta, gua tidur balik dalam kereta, gua sampai rumah, gua turun, gua sambung balik tidur dalam bilik.

Memang, jika dah nasib kita jodoh tu, mesti tak kemana. kalau dah gunung, takkan lari kemana. Jadi, ape kene mengene lirik lagu XPDC dengan soal jodoh? gua pun tak tahu. jangan tanye gua, gua minat misai ali aje.


Timbuk2 - jodoh gua selepas dikecewakan untuk mendapat Chrome.


Oh dan,untuk kali pertama dalam hidup gua.


Gua melihat,pegang dan mind-masturbate mengenai Bianchi Pisata.

Balik rumah, gua terus cakap dekat mak gua, gua nak satu. Dia suruh gua belajar sungguh-sungguh, dapatkan pointer 3.8. mungkin kalau hati dia bertukar menjadi suci dan secara tiba-tiba ada uang kertas jatuh dari langit. dia akan belikan untuk gua.

gua jadi terharu,
dan gua terus kan tidur.