Jul 17, 2011

scene paling baru

Posted by
lepas ni, gua kene tapis sedikit kosakata, tatabahasa dan segala benda yang ada kena mengena dengan kata-kata.

sebab apa?
adakah gua dah mula nak jadi manusia berwawasan? tidak.
adakah gua dah mula bermakwe-makwe? tidak.
adakah gua dah mula mendekati irama pop korea? tidak.

sebab sekarang, dalam kelas, gua kene belajar hal-ehwal blog.
gua rasa, tak manis pula kalau gua taip yang tak berapa nak senonoh yedop?

Jul 8, 2011

Umi

Posted by
Kadang-kadang gua jeles jugak dengan Umi gua sebab dia punya variasi skil power seperti memasak,menjahit,basuh baju, sidai kain dan pelbagai lagi skil yang gua takda.

Tapi, setakat memasak tu. Gua tak berapa nak hairan.
jadi hari ni, muncul rasa yang paling tak berapa senang.

Mak gua reti bawak Motor Klass Tangan !

mana gua nak letak muka?!! mana? mana?!!

gua pun terkial-kial nak bawak!

Jun 22, 2011

makan maggi

Posted by
Gua baru selesai makan maggi yang gua masak secara DIY, sudah hampir 4-5 bulan jugak gua tinggalkan scene maggi ni. Gua mula into balik scene maggi ni sebab mak gua dah start berkerja balik, jadi peluang gua nak makan sedap-sedap dah kecundang.

Maggi pada zaman gua kecik-kecik dulu, sama level dengan KFC zaman sekarang. Bukan tahap kesedapan, tapi tahap bolehcapai.

Jika gua kecik-kecik dulu, jauh restoran KFC dan jauh kedai runcit, bagai langit dan bumi. Gua hanya perlu jalan kaki se-menit dua,dan sampai ke kedai runcit. Kalau restoran KFC, mungkin gua terpaksa naik bas, menapak dan pelbagai lagi cabaran yang gua tak mampu hadapi waktu zaman kanan-kanak gua.

Dan, perkara paling core dalam ilmu pembesaran seorang rokes adalah mempelajari cara-cara masak maggi, gua tengok budak zaman sekarang dah hilang spirit of masak maggi. Kalau setakat tuang air panas, lu sebenarnye tengah menghina kredebiliti maggi.

Gua mula berjinak dengan scene maggi sewaktu zaman kecik gua. Gua yakin scene maggi gua bermula dari abang gua - dan rasanya segala benda pun datang dari diaorang .

Sewaktu gua darjah 4. Gua selalunya berjaga sampai ke subuh, bersama dua tiga orang sepupu gua yang di dalam arena pembesaran yang sama. Waktu ni gua dekat kampung gua.

Kalau dah pukul 2-3 pagi, mesti lah takda makanan. Jadi gua dan sepupu gua membuat kata putus, kalau asik-asik pukul 2-3 pagi je lapar. Ini masalah yang sangat serius dan tak boleh dipandang enteng.

Gua terus belajar cara-cara masak maggi dari nenek gua. Bagi gua, nenek gua merupakan ikon,idola serta mentor dalam aspek masakan ni.

Selepas sessi belajar lebih kurang 2-3 minit, gua dan sepupu gua tu yakin, masalah lapar tengah malam takkan muncul lagi.

***

Sebenarnye banyak lagi gua nak tulis, tapi lagi banyak gua nak tulis. lagi macam takkan wujud entri ni.

keh keh keh

May 27, 2011

Dalam proses

Posted by
Gua pernah mem-buruh 2kali dalam hidup.
Satu untuk suka-suka, lagi satu untuk sara diri - atau nama lain secara serius.

ni antara quote dari teman kerja gua.

Pak cik gua ; " Kuat la sikit angkat tu min! "

Bangla PA pak cik gua ; " @!#$$ ( bahasa melayu yang tak berape nak melayu) "

Member gua ; " kuat la lagi doh! "

Brader kelatan ; " teke kuat siki "

Brader perak ; " hang angkat la banyak sikit, senang habis"

lu orang sabar, nanti gua jadi badang. gua selesaikan semua kerja gua sebelah tangan!

May 15, 2011

me too. (want the one i can't have)

Posted by


Bila menjadi kutu ni, segala cabaran hidup datang. Lagi-lagi nafsu, bukan kepalang. Kalau jenis nafsu amik wuduk boleh hapus takpe, ni sampai kawal otak. kawal hati.

Dari kecik-kecik gua mengenal permainan tradisional, sampai lah dah akhil baligh. nafsu untuk mendapatkan sesuatu yang takkan dapat tu tak pernah luput.


(GAME BOY- sebuah devise yang membuat nafsu serakah budak umur 8 tahun mengenal erti rabel)

Dan setiap hari proses tumbuhsaran tu berlangsung, satu hari kenal ini. esok hari kenal ini pulak. dua tiga hari lagi,kenal itu pulak.

Dan proses itu tak akan putus. mungkin satu hari nanti, akan jatuh seguni kepingan emas dari langit. baru boleh gua beli semua nafsu2 ni.

Secara am, kita semua akan ada perasaan untuk memiliki sesuatu yang tak mungkin untuk kita milik. tapi, atas nama nak berangan-angan. jadi, sibuk-sibuk nak jugak.

Ahhhh hidup.

kitsch nak mampos.

May 4, 2011

bola dan zaman youth

Posted by

Bola; sejenis alat sokan yang paling marhain dalam sejarah beradaban manusia - jangan percaya sangat dengan ayat gua ni - , datang dengan pekej yang comel ; bulat. dan harga yang berpatutan.

Kalau 10 tahun lepas - gua mengaji darjah 3 - adalah hari pertama gua berpindah dari Hulu Langat - kawasan happy,fun dan kejiranan yang banyak makwe - ke Tanjong malim - bandar koboy, takde yang fun selain kfc (ehem, KLfc?) dan kejiranan yang cakap bahasa alien.

Gua jadi kucar-kacir, gua tinggalkan kareer persekolahan.

Hari pertama persekolahan - sekolah agama - gua terlupa bawak kotak pensel. Gua tak bertegur sapA dengan sape-sape. Masuk sebelah petang - sekolah gomen - langkah pertama yang gua buat bila tiba di meja kelas adalah aktiviti yang paling humble, paling honest untuk dilakukan, apadia? yes. tidur.

Begitu lah rutin harian sekolah gua, tapi tak kan gua nak ulang macam ni hari-hari? buat malu muka gua dan status gua sebagai budak dari kawasan happy,fun dan kejiranan yang banyak makwe.

Selang seminggu, gua mendapat jemputan untuk pekene main bola di Taman Pelangi. Adalah seorang dua budak kelas gua. tegor pun setakat senyum-senyum dan laga bahu semase beratur nak beli nasi lemak.

Jadi hari pertama, segale macam skill keluar, segala macam teknik passing muncul.

dan semenjak hari pertama tersebut, kekal bersahabat sampai hari ni.
errr. gua rasa tak sampai 15% pun yang kekal.

keh keh keh

apapun, terima kasih kepada bola yang memberikan ruang untuk orang macam gua yang tak reti nak tegur manusia lain, untuk bersosial sedikit-sedikit.

kalau gaduh pasal bola tu, gua bukak hari lain.

May 1, 2011

Bukan sebarangan brader

Posted by
Christopher Mccandless merupakan name sebenarnye brader atas ni, nama yang lebih fames ;Alexander Supertramp.

Siapa brader di atas ni? Kalau nak tahu lebih lanjut, sudah tentu lu orang patut google yedak?

Brader atas ni bukan biase-biase punya orang, bukan sengaja dia bergambar dengan kaki silang macam tu. Kalau niat dia bergambar sambil silang kaki nak mengorat makwe, sudah tentu dia tukar stail rambut dan sikat rambut pacak. atau pun tukar baju macam K-pop punya umat.

Gua tak tahu nak cerita apa pasal brader atas ni.

Cuma yang buat gua minat dengar brader atas ni, dia menjadi susuk yang cuba untuk survive dalam society. cuba untuk survive.

Selain dari kutipan - apakah? ni semua google translator punya kerja - yang awesume seperti ;

"
You don't need human relationships to be happy, God has placed it all around us." - something that i hold.

Dan lu orang semua patut tengok movie ni - Into The Wild (2007) - atau pun lu orang boleh baca buku - gua masih mencari - Into The Wild ( Jon Krakauer ). Sangat sesuai untuk manusia yang melankolik,pessemis, loner , loser dan segala phrase yang bersamaan dengan itu.

Kalau lu orang rase, lu orang single dan lu orang tak suka hidup lu. lu silap beb!
this bloke will teach ya' a memorable lesson! Being a (single) man if freakingggg awesome! ( ayat macam nak sedapkan hati sendiri pun ada. )



dan soundtrack cerita ini adalah dari EDDIE VEDDER! lu orang tak kenal??
ok, pergi mati sekarang!