Jan 14, 2011

TANJONG "RARE" MALIM

Posted by

Dah lame sebenarnye gua cari buku di atas, hampir semua kedai buku ternama di kota-kota besar gua kunjungi. tapi, hampa. Antara buku lain yang gua cari adalah, Off The Map. Kisah mengenai 2 manusia yang melupuskan peta, ketakut dan segala yang bersangkut paut dengan plan ketika membuat pengembaraan. Gua yakin quote Joker di guna pakai dalam buku ni,
Do I really look like a guy with a plan?
Selain buku Off The Map, gua juga cuba mencari buku Saman karangan Ayu Utami, dan juga buku Catatan Seorang Demostran karangan Soe Hok Gie. Sebenarnye banyak buku yang gua cari, tapi tak jumpa-jumpa. Kesemua buku yang gua kenal pasti yang tak terdapat dalam rak-rak kedai buku ternama ini, gua kategorikan sebagai RARE.

Perkara mengenai RARE ini memang gua suka, sebab. Ianya macam satu cabaran untuk mencari benda-benda yang RARE ini. Tapi selalunya, bila gua dah jumpa. Masalah yang timbul selalunya dari isi dompet gua.

Ok, sekarang gua ceritakan point utama gua mengenai Tanjong "RARE" Malim, sebagai sebuah pekan kecil yang hanya beroperasi seawal pukul 10pagi hingga 10malam. Tanjong Malim memang sebuah pekan yang common. Takde supermarket bertaraf mega, mahupun restoran makanan segara bergelar Mcdonal. Semua itu tak wujud disini.

Tapi, mengikut pepatih omputih berbunyi.

Dont Judge a Book by its Cover

Mengikut sejarah, Tanjong Malim merupakan sebuah kolinial Jepun. Di ceritakan bahawa se-setengah kawasan sekolah gua dahulu, ada dijalankan upacara pancung kepala dan mayat di tanam secara pukal. Jadi begitu ligat sekali sejarah mengenai Tanjong Malim ini.

Secara logiknya, semestinya Tanjong Malim menyimpan pelbagai khazanah yang cukup, atau sangat berharga. Ditambah lagi fakta mengenai sebuah Instutusi Pengajian Tinggi yang sepatutnya menjadi gedung ilmu, bukan gedung perempuan. seperti yang terjadi sekarang.

Nak dijadikan cerita, gua terjumpa buku Sukarno : A Political Biography di sebuah kedai yang terletak di Tanjong Malim. Kedai yang bersaiz sederhana besar, tak setanding langsung dengan besar kedai KFC yang terletak dihujung simpan jalan didepan kedai jual songkok tu.

Jadinya, disini gua ingin katakan. Tanjong Malim memang PADU walaupun tiada band bername bankfes.