Jan 28, 2011

PROLOG ;

Posted by

Sebagai insan yang lahir pada bulan yang awal, gua sering di datangi dengan ujian-ujian besar. Ujian seperti, amik gambar kad pengenalan, ujian lesen moto. Di mana kawan-kawan yang lain masih mampu berseronok, gua terpakse bertarung dengan benda-benda ini.

Gua pun tak tahu dengan masalah diri gua ni, selalunya bila naik kenderaan 2 roda ni. Gua selalu gagal untuk kali pertama (selalunya lebih dari gagal, lebih berat kearah tragedi).Kali pertama gua naik basikal adalah seawal umur 6 tahun, basikal racing bapak gua yang gua pasti bertaraf RARE dan LAGENDARY, sebab basikal ini merupakan evolusi kepada zaman remaja bapak gua. Yes, bapak gua juga pernah ade spirit of youth di mana waktu mula-mula berkecimpung dengan arena siswa dahulu, dia ada angkot sebuah basikal ( bapak gua dulu atelit basikal, tapi gua jadi ragu-ragu sebab dia kaki bangku, tapi lepas dia tunjukkan dia masih mampu mengayuh dari rumah gua sampai ke proton city pergi balik di usia 50an. Gua jadi kagum ) . Untung lah, zaman tu kalau ade basikal masih di anggap normal. Tapi zaman sekarang orang jadi pelik ( dengan pengecualian budak sekolah tabika dan rendah). Ohh, basikal bapak gua tu, gua tak kayuh pun,setakat naik dan terus jatuh.

Kegagalan (baca tragedi) gua ni menjadi lebih terserlah lagi apabila gua accident gaya Valentino “the Doctor” Rossi mengunakan motor milik abang gua (yakni motor yang hilang). Baru first time naik motor, terus accident. Gua jadi tak berape nak nikmat bila naik motor. Tapi itu tak mengagalkan gua untuk menunggang motor. Mungkin gua tak berape nak minat dengan motor ni, sebab utamanya adalah ; motor ni rumit, walaupun pada mata kasar hanya pulas throttle dan tayar tu bergerak, tapi pada gua tak ada makna sesuatu itu kalau kita tak mengenalinya 100%. Bayangkan seorang pelumba motosikal, hanya tahu pulas throttle, goyang bontot kiri kanan dan brek. Ehhh, babi ape kalau mamat tu tak tahu apa itu pitstop, nama krew-krew pitstop, makanan kegemaran brader tukar tayar, moto guna minyak petrol ron97 atau ron95, atau guna bateri sel kering. Jadi semua itu penting, ini dapatlah gua sama ertikan bila seorang rempit itu menjadi sell-out. Ok,rempit sell-out ni gua ketegorikan rempit yang sekejap dia minat motor. Lepas tu cukup 2minggu dia berubah angin menjadi seorang penari lagu teknologi dan lagi 2 minggu dia masuk scene cross-dressing. Ahhh! Merepek-repek!

Mungkin pertemuan gua dengan motor ni agak pelik, selalunya bagi pemuda era modenisasi ni. Jarang pertemuan macam ni berlaku, selalunya pertemuan yang jenis, motor baru keluar kedai je yang banyak. Walaubagaimanapun, ini yang buat motor ni bermakna. Ahhhh! Jangan fikir bukan-bukan, makna motor gua ni sama sekali tak ada sangkut paut dengan arena of rempit!

Jadi selepas gua berhempas pulas, bertarung dengan ujian komputer,ujian brek emergenci,dan ujian insyarat tangan. Gua lulus untuk menjadi seorang pemandu kenderaan berkelas B2 didalam sistem kerajaan Malaysia dan disitu, pahit getir gua dengan Belalang Tarung bermula.

Pahit getir yang jenis aksi kejar-kejar dengan polis, langgar lari dan angkut makwe-makwe tu takda. Kalau itu yang lu orang harap, cepat-cepat bukak “rempit” dalam youtube.