Jan 2, 2011

Mekanikal sebuah basikal

Posted by
Hidup ni, pelbagai. tapi dekat negara yang ligat dengan terma " tanah tumpah-nya darah ku", jarang kita boleh terima akan ke-pelbagaian ini. Di sini, telah tercipta sistem mutual di-mana buat meraka yang menyimpang dari sistem tersebut, dianggap gila, kurang waras, terlebih bebal dan macam-macam.

Kita di-lahirkan dengan pelbagai etnik. Tapi hanya 3*(atau lebih) sahaja yang di akui oleh sistem ini, iaitu. Melayu, Cina, India *(dan lain-lain).Kalau ada yang nak cuba jadi peranakan jawa-melayu, tak dibenarkan.Itu contoh.

Sekarang ni, kenapa kita tak meraikan perbezaan ini? Apa masalahnya dengan kulit warna? bahasa komunikasi?Jangan jadi bullshit. Tapi, kita harus akur. Bukan semua benda yang kita minat, orang lain akan minat & benda yang orang lain minat, belum tentu kita minat. ini hukum alam.

Jadinya, gua nak menceritakan pasal minat gua ni. Kalau lu orang tak minat, ikut lu orang lah.

Ini basikal. Basikal ini kalau ikut harga semasa, boleh cecah 2000ribu jugak. Sebagai seorang eks-kutu, semestinya gua tak ada jumlah wang yang macam tu punya banyak. Tetapi di sebabkan hidup gua ni berpaksi kepada sistem "DIY", gua tak boleh cepat kalah.

Untuk meringkaskan mekanikal basikal ni, terdapat part-part yang gua ketegori sebagai mainstream dan alternative.

Untuk part mainstream, benda yang paling tunjang dalam sebuah basikal adalah badan, atau nama inggeris frame.


Sebuah frame mampu mencecah ribuan ringgit, tapi gua amik yang paling murah. Atau lebih senang, gua akan gunakan frame basikal gua sekarang untuk penjimatan yang effisent. Selain benda ini, gua perlukan 2 buah rim & tayar.

Harga bagi dua buah tayar,rim adalah 490. Memang agak mahal, tapi aspek kualiti tayar adalah sangat penting, memandangkan kalau tayar lu barai, maka tanah merupakan distinasi paling kerap lu landing.

Di antara benda yang paling utama sekali adalah handlebar. Bagi gua, penyumbang kepuasan utama adalah tangan, hidup tanpa tangan boleh di kategori sebagai kerugian besar. Makan menggunakan tangan, menjadi golkeeper memerlukan tangan, pulas throttle moto jugak perlukan tangan. Bahkan, pegang makwe pun kena guna tangan.

Harga benda ni boleh cecah ratus-ratus kalau brand-new, tapi dalam terma "DIY", kita amik sini sikit, sana sikit, ketuk sini sikit, terajang sana sikit, terhasil benda yang kita nak.

Kalau semua benda ni siap di pasang, kita sudah boleh nampak sebuah basikal yang hampir fully-function. Tapi, macam dalam hidup. Semua benda dalam dunia ni memerlukan sesuatu yang kecil untuk menyebabkan benda itu menjadi benda. Seperti sebuah gitar, kalau guna material paling mahal sekalipun untuk buat body gitar tapi, tanpa tali. tak berbunyi jugak.

Seperti falsafah, lelaki dan perempuan, complete each other circles. Begitu juga hub ( gambar rajah sebelah tayar) yang melengkapkan tayar. Sebuah stem memastikan handlebar memberi service terkukuh ketika berkayuh, dan sebuah seatpost di perlukan untuk memasang saddle (tempat duduk).

Tapi jangan risau. Stem,seatpost dan mekanikal lain di dalam kategori alternative. Mesti lu orang pernah tengok kerate buatan Malaysia yang ada luaran iras-iras kerata sensasi buatan negara luar bukan?

Yes! cara yang sama jugak di kekalkan dalam pembuatan sebuah basikal. Luaran nampak lawa, tapi dalaman, cis! jahanam!

Sekarang, sebagai langkah pertama dalam proses DIY ini adalah.

tidur dulu!

p;s :