Sep 8, 2015

abangsador ; baca ambassador.

Posted by
Inilah yang akan berlaku dalam tempoh 6 bulan akan datang, menjadi sosok yang mewakili sebuah negara yang tiada asingnya di tanah Indonesia.

Kalau hari-hari gua makan steak, mungkin orang disini akan ingat bahawa Malaysia sudah mengalami revolusi makanan yang ketara. Tapi secara hakikatnya, tidak ada yang beza pun disini mahupun di sana, kalau ada beza pun mungkin harga makanan yang kurang 500 rupiah berbanding disini.

Tapi terpacak susuk ini bukan sebagai lambang dari sebuah negara yang kucar, sebab gua sendiri ingin mengenal negara paling rapat dan paling serumpun. Untuk pertama kalinya gua rasa betul puas bila bersembang dengan seorang bangsa cina, bila tuturnya menggunakan bahasa yang boleh difahami.

Budak kecik main dekat taman pun, tak kira bangsa, cakap bahasa yang sama.
Apalah yang gua merepek ni, harap saban hari nanti gua update la dekat sini.