Sep 12, 2015

aku mamen, si pertualang.

Posted by

Ini adalah film pertama yang termuntah dari mulut Ninne, gadis campuran melayu dan tiong hwa. Dan pertanyaan gua adalah ; "Film apa yang enak, yang puitis ?"

Kalau di Malaysia wujud cerita sebegini, gua akan rekomen pada teman-teman. Ceritanya menggunakan medium yang universal ; cinta , dan diadunkan di dalam elemen yang sering diasingkan; sejarah.

Filem yang diputarkan di ibu negera Indonesia ; Jakarta.


Pernah dulu sewaktu diskusi filem, dan masa hadapan filem Malaysia; pernah disebut suatu kenyataan.

Sekiranya Top 10 Filem Malaysia yang mengaut untung paling banyak digunakan oleh Alien untuk memahami tamadun dan budaya negara kita, adakah filem tersebut layak mewakili tamadun dan budaya kita?

Begitulah serba sedikit ayat bintang filem tersebut, gua pun tak berapa nak ingat. Sejurus itu, gua tampilkan filem-filem yang mengaut untung paling maksimum dalam sejarah perfileman negara.

BIL
JUDUL FILEMPENERBITKUTIPAN ( RM / JUTA )TAHUN
1.The Journey (Kantonis)ASTRO SHAW SDN. BHD. / WOOHOO PICTURES SDN. BHD.17.172014
2.KL GangsterSKOP PRODUCITON SDN. BHD.11.742011
3.Ombak RinduASTRO SHAW / DOUBLE VISION10.902011
4.Hantu BoncengEXCELLENT PICTURES SDN. BHD.8.542011
5.NgangkungMIG PRODUCTION SDN. BHD.8.182010
6.KongsiMIG PRODUCTION SDN. BHD.8.092011
7.KhurafatSKOP PRODUCTION & PRIMEWORKS STUDIOS (GRAND BRILLIANCE) 8.082011
8.Hantu Kak Limah Balik RumahTAYANGAN UNGGUL SDN. BHD.7.902010
9.Adnan SempitMIG PRODUCTION SDN. BHD.7.662010
10.Ah Beng The Movie : Three Wishes (Kantonis)THE FILM ENGINE SDN. BHD.7.552012


Jadi di sini tak perlulah gua berleter lebihan mengenai apa yang patut lu orang konklusikan. Hidup sekarang semua kena fikir sendiri, dan gua hanya mampu kasihan dekat Alien yang terpinga-pinga mencari hantu yang ditayangkan di dalam filem-filem diatas.

Jadi gua akhiri benda-alah ni dengan kata-kata film diatas;
Untuk bisa merasa bahagia, ada tiga hal yang harus kita miliki; pertama - sesuatu untuk diharapkan, kedua - sesuatu untuk dikerjakan, ketiga - sesuatu untuk dicintai.