Dec 8, 2010

Masalah Cekelat

Posted by
Gua mengeliatkan tubuh, sambil tangan mencapai henset yang lantang dan berusaha keras membuat bunyi penggera.

Matahari dengan cemerlang memberi sinaran,yang mana cahayanya masuk ke dalam kamar gua melalui corong-corong rumah.

Gua mengeliatkan tubuh,kali kedua. Lantas, gua membuat satu back-flip dari atas katil dan mendarat dengan cemerlang di lantai bilik. Gua membuka langkah ke dapur, cuba mendapatkan minuman berkondisi sejuk,adalah sangat penting untuk memulakan hari-hari dengan minuman segar.

Peti sejuk dibuka rapi, kelihatan sos cili berkeadaan kering kontang dan beberapa biji telur ayam. Gua capai satu botol, "SUSU COKELAT DUTCH LADY" pemberian mak gua tatkala melawat gua tempoh hari. Umppphh!! gua teguk mana yang patut, lebihan air, gua tinggalkan untuk kesejahteraan hari pagi gua pada masa akan datang.

Selesai meneguk, gua kembali ke kamar. Capai tuala, dan terus ke bilik mandi.

. . .

Sekarang,gua segak bergaya. Berbatik hodoh warna kuning taik itik, berseluar hitam, dan berkasut konverse. Ahhh, gila babi ape nak pakai kasut kulit. gua baru berumur 18tahun. takkan nak pakai pakaian orang berumur 40!

Jam masih awal, sedang teman sebilik gua masih sedap lena. Gua membuat langkah bijak, laju-laju gua capai roti COKELAT yang gua beli secara pukal di kedai apek dihadapan taman gua ni, dan terus memberi satu langkah mendada ke kedai mamak berdekatan.

"Milo Suam satuuuuuuuuuuu", jerit mamak berstatus pelayan restoran kepada komradnya iaitu mamak berstatus pembuat air.

Gua membuka bungkusan roti berinti COKELAT, sambil mata ralat memandang mamak berstatus penebar roti yang terhibur mendengar lagu berkonsepkan hidustan modern pop dancing dancing. Tak syak lagi, semestinya minda mamak berstatus penebar roti tersebut asyik dengan memorinya, mungkin terusik dengan kenangan di taman bunga bersama kekasihnya pada masa lampau. Ahhhhhh, mungkin juga dia teringat akan kuah kari masakan teman istimewanya tatkala hati gundah memikirkan tentang tawaran berkerja oversea.

Lupakan mamak tersebut, air milo suam terhidang dihadapan gua ni, lebih penting. Campuran sempurna diantara serbuk dan susu pekatnya, tidak dilupa. Kasih sayang yang turut disertakan di dalam setiap hidangan,semanis sekiub gula. Mamak berstatus pembuat air, mungkin seorang bapa yang merindui anaknya. Gua pasti, sementara menjerang air panas di sektor pembuatan air, fikirannya leka berimiginasi tentang anaknya. Mungkinkah kaget berdiri dihalaman rumah, menunggu kereta kontrol berprestasi mewah dari bapanya, ataupun sedang berdoa, moga-moga emaknya berkahwin dengan orang yang lebih kaya.

Gua menghirup air milo, perlahan-lahan. Umhhhh. Ternyata kasih sayang lebih penting dalam penyediaan hidangan, berbanding bilangan sudu gula.

Cukuplah 15 minit yang begitu bererti pada pagi ini, gua berdiri tegak dihadapan kaunter pembayaran sambil mata liar mencari gula-gula. Ah! gula-gula pilihan hati sudah di jumpa, tangan di panjangkan, menyeluk ke dalam ratusan KOPIKO.

Dua note rm1, dan sedikit senyuman. memastikan kebahagiaan mamak berstatus penjaga kaunter sentiasa berkekalan sehingga ke akhir shift.

. . .

Sekarang ni, kalau gua ulang-ulang benda ni hari-hari. Berak gua boleh jadi keras!
Baru gua sedar, tendency gua terhadap benda cokelat begitu ketara. Mulai esok, gua nak semua putih!

Dimulakan dengan roti berkrim vanila, air suam dan sedikit gula-gula berwarna putih. gua mampu lebih berjimat! dan mampu kaya cepat!

YES! YES!

Gua boleh, gua hadhari, 1GUA!