Apr 21, 2011

Malang – malang – terus malang.- 2

Posted by


Bila hati sudah gembira, dapat pulak baru lepas pekene teh tarik. Memang pri-laku gua akan menjadi macam cerita HKLBR – scene dimana usop naik basikal sambil berangan-angan – begitu juga gua sewaktu naik motorsikal pada waktu pagi yang nak menjelang ke subuh.


Speed biar tahap sedap-sedap angin, otak dah jauh di awangan, ishhhhhh. Merepek lah kalau ada kucing mahupun anjing buat babak percintaan tengah jalan raya, jadi gua tak berapa nak hairan sangat apa yang ada dekat depan.


Dan situasi kali ini, selepas tengok kelab yang power,hensem,dan hebat, Liverpool membelas pasokan Mencester Citi, kelab yang kaya raya, penuh sifat tamak, main bola macam budak pengakap berkawat.


Liverpool 3 – 0 Mencester Citi, 2 jaringan dari penyerang no.9, Andy “Bassier” Carrol. Cukup buat gua melihat masa depan Liverpool, angkat cup itu, angkat cup ini, beli player itu, latih player ini. Pehhh! Di tambah pulak hujan renyai, dan penyakit pundi kencing gua.


Memang berangan tahap paling deep, paling real.


Gua amik jalan, yang selalu gua amik. Jalan yang sifatnye, cemerlang – rata, baru diturap, ada line putus-putus yang di buat dengan rapi,jalan yang lurus,cukup sempurna untuk aku beranggang2.


Cuma, pada hari yang bahagia dan cuaca yang dingin tersebut, dengan kuasa hujan lebat. Ter baring, satu batang pokok kayu yang tidak kecil, tidak besar. Mungkin sudah di tugaskan untuk menjatuhkan gua.


Entah tiba-tiba,mana hilang skill memandu gua. Pokok yang di ketegori sebagai setahun jagung tu pun tak mampu gua elak.


Kecundang.


Kecundang.


Gua balik rumah dengan rasa sakit, dan rasa nak kencing.

Dan gua hilang selipar pemberian mak gua.


Entah ape rasa mak gua.