Apr 21, 2011

Tumbuhsaran

Posted by
Setiap hari adalah jerni (journey) hidup yang tak terduga. dan pastinya setiap hari kome akan membesar, baik dari fizikal mahupun mental.

Deme kabor, pengalaman adalah guru. dan pengalaman datang dari jerni hidup.

Ape pun kome buat, tumbuhsaran fizikal dan mental adalah kuasa yang tak mampu kome tahan mahupun lawan.

Begitu juga dengan gua,yang tak lari dari tumbuhsaran tersebut.
Dan, hari ni punya tumbuhsaran, lain macam.

Tak seperti sebelum-sebelum ini, kalau setakat tukar selara dari nak makan roti canai, ke roti-roti jenis lain. kira normal.

kalau setakat nak tukar penampilan diri dari rambut tak bersikat, ke bersikat sikit. itu kira normal.

tapi, hari ni.
lain macam.

gua,tiba-tiba rasa nak bela arnab.

tumbuhsaran jenis apakah ini??????????????
DHA kah? Enfragrow kah?