Apr 12, 2011

Malang – malang – terus malang.

Posted by
Gua ada lesen memandu kelas B2, sepanjang gua pegang lesen, gua tak pernah aksident. Kalau setakat nyaris-nyaris nak langgar kucing, itu lain cerita.

Jadi sudah 4 tahun gua aksident-free, gua megah, bongkak, dan bila memandu selalu nak pandang atas bagi menunjukkan yang gua ni sangat eksyen. Ingat mudah ke tak aksident? Jalan berliku, jalan licin, konar baring dan pelbagai situasi jalan telah gua tempuhi.

Motor tak berlambu, tayar pancit, takde no.plate, tayar botak, brek tak makan nasik. Jangan cuba nak sangkal kehebatan gua dalam arena aksident-free. Apa? Takde helmet? Naik 3 orang? Celah gigi.

Cuma pernah sekali, circa 2008, ada satu motor langgar gua dari belakang, itu dia punya salah, bukan salah gua. Ape bangang lampu trafik dah merah, tapi masih pulas trottle. Selamat motor gua kebal, dan mudguard depan moto dia yang pecah – itu pun mintak gua ganti – dan nak menunjukkan yang dia ni lebih bangang, jalan yang selalu jadi taman permainan lori balak, lori pasir dan beberapan kumpulan geng motor selalu lalu, dia boleh tak pakai topi keledar.

Jadi setelah 4 tahun gua bersih dari arena aksident, akhirnya gua kecundang. Lepas ni gua akan bawak motor macam first time dapat lesen, malah akan lebih fokus dari waktu ujian JPJ.